misi kedua: rapat

231 20 9
                                    

Mirae P.O.V

Harini abang aku tak ada. Katanya dia ada program dan dia kena jadi facilitator . Suka lah dia jumpa budak-budak sekolah. Dan harini aku terpaksa rehat seorang memandangkan abang aku tak ada.

Sedang aku bermain dengan aplikasi instagram, " hai Mirae ! " aku memandang kepada empunya suara. " hai Kuanlin . " aku memandang lelaki lampai dihadapan aku. Dia mengambil tempat dihadapanku.

" mana abang awak ? " aku menutup telefon pintarku dan mula berborak dengan Kuanlin. " dia ada program katanya 3 hari. " Lelaki lampai itu sekadar mengangguk. " awak tak ada kelas ? " tanya Kuanlin kepada aku lagi . Aku sekadar menggeleng tanda tiada kelas .

" since awak tak ada kelas dan saya pun tak ada kelas. Awak nak tak makan tengah hari dengan saya nanti ? " aku mendengar pelawaan daripada Kuanlin. Aku berfikir sejenak. " boleh . Pukul berapa ? " tanya aku sambil menyimpan telefon pintarku kedalam beg.

" pukul 1.30 . Saya tunggu dekat kafe . " lelaki itu sekadar tersenyum. Aku pun mengangguk tanda setuju. " oh ya sebelum tu , awak sama kos dengan Yeonjun tu ke ? " tanya Kuanlin lagi.

Aku mula teringat lelaki yang agak tinggi itu merangkap kawan baik abang aku . " ya, tapi dia pelajar tahun kedua. Kira tahun terakhir dia. " Kuanlin mengangguk. " awak rapat dengan dia ? "

Aku agak terkejut dengan soalan yang dilontarkan oleh lelaki lampai itu. " Rapat ? Rasanya dia lebih rapat dengan abang saya berbanding saya. " aku sekadar tersenyum selepas memberi penjelasan tentang soalannya.

Yeonjun P.O.V

Aku ternampak Mirae dengan budak lelaki tu di perpustakaan. Kawal Yeonjun kawal. Mereka cuma kawan. Bukan pasangan bercinta. Tanpa membuang masa. Aku pergi ke tempat mereka duduk.

" hi Mirae . " kedua-dua figura itu memandang kearah aku selepas aku bersuara. Mungkin aku pengacau. Tapi tak salah kan ? " hi Yeonjun . " Akhirnya pujaan hati menegur si peminatnya !

" saya nak ajak awak lunch nanti boleh ? " aku mempelawa gadis berambut lurus dihadapanku . " maaf Yeonjun , saya dah janji dengan Kuanlin untuk lunch sama-sama. Mungkin lain kali ? "

( dan tak seharusnya aku~ bertemu dirimu.. didunia ini~~ )

Melepas kau kalini Yeonjun ! " kalau petang awak free tak ? Teman saya cari buku. " akhirnya aku jumpa alasan . Mungkin alasan yang kukuh. " oh maaf Yeonjun. Petang saya dah janji dengan Beomgyu untuk kelas violin. Beomgyu minta saya ajarkan dia. "

Beomgyu pula! Kacau daun lah makhluk asing ni. " tapi kalau awak nak tengok sekali boleh saja. Memandangkan memang saya berdua dengan Beomgyu nanti . " kata-kata yang aku nantikan daripada gadis tersebut. " betul ke ? "

Gadis itu mengangguk tanda dia bagi aku untuk sertai dan besertakan senyumannya. Sumpah buat aku tak keruan. Aku rasa macam tulang rusuk aku tengah bergetar. Tolong aku.

" okay, nanti awak ikut saja Beomgyu. " aku mengangguk. Aku rasa mahu menjerit sekarang. Senpai noticed me !! " jumpa lagi ya ? Saya nak gerak dulu. " aku melihat Mirae mula bangun dan ingin keluar daripada perpustakaan tersebut.

Dengan lemah lembut dan berhemah gadis itu meninggalkan aku dan juga Kuanlin. " tak payah lah beria sangat. Dia tak suka kau. " aku memandang empunya suara. Ya aku cukup kenal suara tu.

Siapa lagi kalau bukan lelaki yang ada dekat dengan aku sekarang ni. Aku sekadar diam. Malas mahu melayan manusia yang entah apa-apa ni. Aku terus beredar daripada perpustakaan tersebut. Daripada aku duduk lama disitu, makin panas pula nanti.

Reading mode

" jangan mimpi Mirae suka engkau. "

Yeonjun pulang ke asramanya. Pintu dikuak. Rakan sebiliknya tidak kelihatan. Pintu bilik itu ditutup semula. Lelaki itu mula menghempaskan badannya diatas katil. Terasa penat dan mengantuk menguasai dirinya.

[COMPLETE] Misi Memikat Pujaan Hati → Choi YeonjunWhere stories live. Discover now