Short Story

69 6 0
                                    

TAJUK: SERUAN MALAM
NUKILAN: SUZIE aka CHA/Fb Kupa Kerdil

****************************************************************************************


SUATU malam, Markus menyuruh isterinya mengejutkan dua orang anak mereka yang sedang tidur lena di atas riba ibu mereka. Perjalanan mereka untuk kembali ke kebun pada petang tadi, tergendala kerana hujan lebat yang tiba-tiba sahaja turun. Mereka terpaksa singgah di rumah Pak Patrick, sementara menunggu hujan reda. Markus berasa tidak selesa duduk lama-lama di rumah majikannya. Walaupun majikannya telah mempelawa mereka untuk bermalam di rumahnya, Markus menolak dan tetap berkeras untuk kembali ke kebun tempatnya mencari sesuap nasi untuk keluarga kecilnya. Markus berasal dari negara seberang, dia berhijrah ke malaysia bersama anak dan isterinya. Markus telah mendapat perkerjaan sebagai, penoreh getah di sebuah ladang milik seorang penduduk kampung yang dikenali sebagai, Patrick. Siang tadi, mereka ke pekan untuk membeli sedikit barang keperluan harian.

"Esok pagi sajalah kamu balik ke ladang, Markus. Hari dah malam nih, kamu tak kasihan ka dengan anak-anak kamu tu?" Patrick memandang simpati kedua-dua anak Markus yang masih kecil. Seorang berumur enam tahun, dan seorang lagi lima tahun. Mereka berdua mengosok-gosok mata akibat mengantuk.

"Takpa, Pak Patrick, ladang tu bukan jauh sangat pun. Lagipula... esok, pokok getah tu harus ditoreh."

"Janganlah degil sangat, Markus. Tengok anak-anak kau tu, tak baik bawa mereka jalan malam-malam macam nih. Dahlah gelap, jalan hutan pula tu. Kau takda dengar cerita orang kampung ka? Minggu lalu, ada seorang penduduk kampung terserempak dengan makhluk aneh. Dengar kata, makhluk tu suka dengan budak-budak kecil, kau tak takut ka?" kata Patrick. Dia berharap Markus akan terpujuk dengan kata-katanya.

"Jangan percaya sangat dengan cerita orang, Pak Patrick. Kadang-kadang, mereka tu saja nak takut-takutkan orang. Kalau betul makhluk tu wujud, dah lama budak-budak kat kampung nih hilang," Markus nekad dengan keputusannya. Dia sudahpun mengemas semua barangan mereka ke dalam sebuah beg galas yang diperbuat daripada rotan.

"Kau nih keras kepalalah Markus, jaga-jaga anak kau kat jalan tu nanti. Maaflah, aku tak dapat hantar kamu ke ladang, kereta aku masih kat bengkel," Patrick menepuk perlahan bahu Markus.

Sememangnya, Patrick adalah seorang majikan yang sangat prihatin terhadap pekerjanya. Namun, kedegilan Markus terpaksa membuatkan Patrick mengalah.

"Takpelah, Pak Patrick. Bukannya kami tak biasa berjalan kaki," balas Markus.

Mereka sekeluarga meminta diri, lalu meninggalkan kediaman majikan mereka.

Beberapa hari yang lalu, penduduk kampung telah digemparkan dengan kemunculan makhluk hodoh, berambut panjang dan berkaki pendek. Namun, berita itu tidak dapat disahihkan kerana, tidak ada sebarang bukti dari penduduk yang menyatakan penampakan itu. Makhluk itu dikatakan, pernah muncul di kampung itu pada beberapa tahun yang lalu. Beberapa kanak-kanak telah hilang, dan tidak dapat ditemui sehingga kini. Penduduk kampung mempercayai bahawa, makhluk itu telah menculik kesemua kanak-kanak tersebut. Dipercayai, sesiapa yang menyahut seruan makhluk itu, mereka akan disesatkan dan dibawa ke alam ghaib.

"Mar... kenapa kita tak bermalam aje kat rumah Pak Patrick?" Celia, isteri Markus, tiba-tiba bersuara setelah berdiam diri sedari tadi.

"Kau dah tahu, kan? Aku nih jenis yang tak suka bermalam kat rumah orang!" bentak Markus.

"M-maaf, Mar. Aku cuma kasihan dengan anak-anak kita," raut wajah Celia tampak ketakutan. Bukannya takut dengan khabar angin yang diceritakan oleh Pak Patrick. Tapi, dia takut dengan suaminya sendiri. Panas baran yang dimiliki oleh suaminya, hanya isteri dan anaknya sahaja yang tahu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 13, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SERUAN MALAMWhere stories live. Discover now