Bab 11

18 1 0
                                    

PULANG dari tapak projek, segera dia mencari Hanim di pantri. Namun, kelibat gadis itu langsung tidak kelihatan. Selepas itu, terus sahaja dia beredar.

Nafas ditarik lega apabila matanya sempat menangkap kelibat Hanim yang baru sahaja keluar dari bilik Cik Sarah sambil memegang bulu ayam. Bergegas dia menuju ke situ untuk berjumpa dengan Hanim.

Rasanya, seharian dia tidak dapat berbual dengan Hanim kerana dia sendiri pun sibuk pada hari ini. Sekarang, dia mahu menuntut satu penjelasan daripada Hanim berkenaan apa yang sudah diperkatakan Lia pagi tadi.

Hanim yang melihat Dinn Dzakir berjalan laju menuju ke arahnya, segera bertindak mahu melarikan diri. Entah kenapa, dia tidak sanggup berdepan dengan lelaki itu. Mungkin dia belum bersedia untuk meluahkan kata putus.

"Hanim!" Laung Dinn Dzakir sambil pantas mengejar Hanim. Dia bingung kenapa Hanim lari apabila ternampak kelibatnya.

"Hanim tunggu!" Laungnya lagi.

Ternyata, langkah Dinn Dzakir lebih panjang daripada Hanim dan membuatkan dia berjaya memintas gadis itu. Pergelangan tangan Hanim sempat disambarnya sehingga membuatkan tubuh Hanim berpusing menghadap secara bertentangan dengannya.

"Lepaslah..," pinta Hanim dengan nada suara perlahan.

Dinn Dzakir segera melepaskan tangan sambil menarik nafas seketika. Tercungap-cungap sedikit nampaknya dia kerana penat mengejar Hanim.

Masing-masing memandang sekeliling dan ternyata kedua-duanya sudah berada di luar kawasan pejabat.

"Kenapa Hanim lari bila nampak saya?" Soalnya sambil memanah tepat pada bebola mata Hanim.

Hanim segera melarikan matanya lalu menjawab perlahan, "mana ada saya lari."

"Tipu..," sepatah Dinn Dzakir membidas.

Hanim mengeluh kecil. Nafas ditarik beberapa kali kerana dia juga sebenarnya penat melarikan diri daripada Dinn Dzakir sebentar tadi. "Saya tak tipu laa.."

"Kalau betul Hanim tak tipu, cuba pandang mata saya. Tengok dalam-dalam mata saya," Dinn Dzakir bertindak mendekati Hanim. Dipaksanya gadis itu supaya merenung ke dalam anak matanya.

Hanim mendongak memandang Dinn Dzakir yang lebih tinggi. Dipandangnya kedua-dua mata lelaki itu sebentar tetapi tidak lama. Ternyata, dia tidak boleh memandang mata Dinn Dzakir walau untuk beberapa saat sekalipun. Seringkali dia tertewas dengan renungan mata jejaka itu.

"Kenapa larikan mata tu? Tak sanggup nak buat macam apa yang saya suruh? Itu bermakna, memang betul lah Hanim tipu saya. Cakaplah, kenapa Hanim lari bila nampak saya. Kenapa bila saya panggil, Hanim buat-buat tak dengar? Buat-buat tak nampak saya? Apa yang tak kena ni?" Bertalu-talu dia menuturkan soalan sehingga langsung tidak menarik nafas.

Saat telinga Hanim ditampar dengan bermacam-macam soalan, reaksi wajah Hanim mulai berubah sedih. Mudah sahaja air matanya menitis dan keadaan itu menimbulkan keresahan di pihak Dinn Dzakir yang melihatnya.

Dengan reaksi wajahnya yang cuak, Kedua-dua bahu Hanim disentuhnya lembut. "Kenapa Hanim menangis? Saya ada buat kesalahan ke?"

Hanim menggeleng lemah. Masih lagi menitiskan air mata. Kemudian, dia bertindak menjarakkan diri. "Tak.. Encik Zakir tak buat kesalahan apa-apa pada saya. Cuma saya je yang..," bicara Hanim terhenti.

"Ada sesuatu yang Hanim nak cakapkan pada saya?" Dinn Dzakir lekas-lekas memotong. Wajahnya menampakkan riak tidak tenang seperti ada sesuatu perkara buruk yang ingin diberitahu Hanim kepadanya.

Hanim tunduk. "Saya rasa hubungan kita satu kesilapan."

"Kesilapan?"

Hanim mengangguk lemah.

Kalau Sungguh Bagai DikataWhere stories live. Discover now