SINOPSIS

27 2 0
                                    

Meskipun terpendam perasaan benci tehadap Mikayla, Zahra masih berpihak pada abangnya dan menerima kenyataan bahawa Mikayla, musuhnya telah menjadi sebahagian daripada hidup abangnya, Adam. Sayangnya hubungan mereka tidak berpanjangan.

Tidak cukup dengan kematian Hariz kini Zahra serta Mikayla perlu tabah dan menerima kenyataan ini dengan sepenuh hati mereka kerana mereka telah kehilangan seorang lagi insan yang disayangi.

Kesilapan sebesar zarah dapat menanam perasaan dendam dan amarah. Inikan pula yang telah berlaku dihadapan matanya sendiri. Dendam Zahra kian lama makin mendalam terhadap Mikayla.

Meskipun Mikayla merupakan anak ustaz yang cukup terkenal dan dicontohi ramai, malangnya dia dituduh membunuh kekasihnya sendiri. Dua pilihan telah diberi kepada Mikayla, iaitu ke tali gantung ataupun mengadai maruahnya sendiri. Mikayla yang yang tetap pendiriannya telah membuat keputusan .

Setiap pilihan tidak pernah ada yang tepat, ia bergantung dengan apa yang bakal berlaku kelak.

Selepas sebulan berlalu akhirnya Mikayla bertemu semula dengan Asyraff teman sekelasnya ketika di bangku sekolah. Kehadiran Asyraff amat mengembirakan Mikayla. Mikayla yang tekad untuk memperoleh hati Asyraff mula merancang pelbagai rancangan bagi menjayakan misinya.

Perubahan Asyraff yang amat ketara hingga menjadikan misi Mikayla bagi memperoleh hatinya semula lebih mencabar dari yang dijangkakan.
Dapatkah Mikayla mencuri hati Asyraff yang sukar dijangka?

LIMERENCEWhere stories live. Discover now