Bab 29 { AWAK NAK TAHU TAK? }

3.1K 160 2
                                    

Tik-tok, tik-tok bunyi jam diralit. Buat seketika, Ain seperti termenung. Namun tak lama, dia tersenyum pula. Entah apa yang difikirkan, cuma dia yang tahu.

Terdengarkan bunyi kunci dibuka, lantas dia menoleh ke arah pintu bilik; pintu besi.

Noel melangkah masuk.

"Helo, Nancy," ujar lelaki itu datar.

Ain bangun dari katilnya. Masa untuk dia bekerja.

"Saya dah siap." Tenang dia menghampiri; Noel tak banyak cakap. Lantas saja mereka beriringan keluar dari bilik tersebut dan melalui koridor-koridor ke makmal utama tempat Ain melakukan kajian terhadap Saint Luna.

Sudah dua minggu berlalu sejak dia berutin di situ. Banyak muka yang dia sudah nampak, banyak benda juga dia sudah lihat.

Apa yang dia boleh katakan, tempat ini kelihatan seperti ruang bawah tanah.

Namun tiada apa yang dia boleh lakukan selain patuh dan berharap. Dia cuma seorang. Lebih baik dia utamakan dirinya dahulu dan elakkan buat perkara bodoh.

"Noel, awak nak tahu tak?" Sengaja Ain bertanya. Destinasinya masih jauh.

Noel menoleh kepada wanita itu.

"Kenapa atuk saya namakan formula tu 'Saint Luna'," ujar Ain lagi. Pendek Noel menyoal.

"Kenapa?"

"Sebab ia paling berkesan ketika bulan penuh," jawab Ain, mudah. Terhenti langkah Noel. Dia tarik lengan wanita itu. Terundur Ain selangkah.

"Aip!" Namun refleks juga dia menyentap. Tidak suka disentuh sesuka hati. Tatapan maut diberikan.

Namun Noel cuma buat bodoh. Dia terus bertanya lagi.

"Seberapa fatal kesan Saint Luna?"

Terjungkit kening Ain bila mendengarkan soalan itu. Sesaat dia tersengih sebelum berpeluk tubuh dan menyambung semula langkah.

Sambil berjalan, dia berkira-kira. Noel menyaingi penuh sabar.

"Well, bergantung kepada medium penyebaran... kesan Saint Luna mungkin berbeza. Tapi awak tahu kan komponen utama Saint Luna ialah racun katak?"

Perlahan Noel mengangguk. Itu dia sudah sedia maklum. Namun medium penyebaran? Ini semakin menarik...

Buat seketika, suasana hening antara Ain dan Noel. Lelaki itu kelihatan sibuk dengan pemikirannya sendiri, Ain pula melilau melihat keadaan di depan; masing-masing punya keutamaan sendiri.

Sampai saja depan makmal, lantas Ain bersuara, "By the way, awak ada dengar apa-apa berita daripada suami saya?"

Dan hal itu menyentak fokus Noel kepada berita yang dia terima daripada anak-anak buahnya beberapa hari yang lalu.

Seketika, dia tersenyum sinis.

"He's being the good husband he is." Penuh makna jawapannya. Ain mengagguk saja. Faham...

*****

"Yes and no."

"Kau main-main dengan aku?" Suasana berubah tegang. Timbul urat terik di leher dan dahi Sadhom tatkala telinganya menangkap apa yang baru dikatakan oleh tetamu paksa rela di depannya kini.

Mereka di pejabat, tempat Sadhom——Bahagian sofa untuk menyambut para tetamu.

Ezray kekal tenang. Dengan bersahaja dia ke depan dan mengambil remote tv di atas meja sebelum menutup siaran tv yang terpasang dengan saluran berita terkini.

Tajuk utama yang sempat ditangkap sepertinya menggariskan sebuah skandal seorang ahli politik yang sangat berpengaruh.

Dan Sadhom cukup kenal gerangannya kerana isi yang diuar-uarkan oleh pemberita menunjuk ke arahnya.

Dia——Bengang!

Berani betul bedebah di depannya ini gunakan pihak media untuk mengugutnya?!

Dan semuanya untuk apa?

Bini dia yang entah siapa-siapa itu?!

Hah!

"Kau fikir aku ada masakah untuk main permainan mafia kau ni?" desis Sadhom keras. Ezray pandang lelaki itu dengan tatapan maut. Berkeletak-keletuk jari telunjuknya berbunyi di sisi tempat duduknya.

Deras...

Dan semakin deras.

Sesaat, pergerakannya terhenti.

"Kalau aku tak buat begini, kau juga yang akan rugi." Mudah jawapan yang diberikan Ezray.

Sadhom berdecit.

"Aku dah siasat tentang Noel, dan aku juga dah siasat tentang kau. Kau tahu di mana Noel sekarang?" Ezray bermain kata.

"Get the fuck, out of my office," dingin Sadhom menghalau. Refleks Ezray menggeleng.

"Tidak. Aku datang dengan cara yang sama kau buat untuk duduk di kerusi tu," ujarnya sambil menunjuk ke arah kerusi pejabat Sadhom yang terletak bertentangan.

Sadhom genggam penumbuk.

Ezray menyambung lagi, "Jadi aku mahu berikan peluang untuk kau kekalkan posisi kau. Dalam beberapa bulan lagi Noel akan datang kepada kau; the MOU event with the Asians. You better think fast."

Sepucuk sampul berisi dokumen diletakkan atas meja. Ezray bangun setelah itu. Butang kot dipasang sambil dia berkata, "Well, sekarang ni dah tengah hari... Aku pergi dulu."

Serentak, dia berjalan ke arah pintu keluar; meninggalkan Sadhom bergelut dengan perasaannya sendiri.

Mata lelaki itu memerah.

Buk!

Sofa ditumbuk.

"Bangsat! Celaka punya jantan." Dengusan kasar dilepaskan.

*****

Beberapa pasang mata menoleh tatkala bunyi deruman enjin kereta yang kuat melatari suasana.

Namun Ezray cuma buat bodoh. Dia lantas membuka pintu dan masuk ke dalam, memperlihatkan Ben di tempat duduk pemandu, segak berkaca mata hitam.

"Media semua okey?" Sepintas Ezray menyoal. Ben lantas mengangkat tiga jarinya menunjukkan simbol 'OK' sebelum mula memecut keluar dari perkarangan bangunan pentadbiran.

"Urusan pejabat kau boleh urus, kan?" Ezray bertanya lagi.

Tenang Ben mengangguk sambil berkata, "Yeah, kau tak perlu risau. Fokus saja pada misi kau kali ni dan bawa balik Nancy. Aku pun rindu nak tengok muka dia kat pejabat. Vibe dia lain."

Ezray langsung menjeling. Keadaan hening sejenak sebelum Ben tersedar.

"No! Bukan macam tu... Maksud aku, dia tu pendiam, tapi cerdik! Aku suka dia sebab dia buatkan aku rasa hormat pada dia," tingkah Ben, gagap. Berdecit Ezray sebelum dia berpeluk tubuh. Ceh!

"Just drive." Cuma itu yang dia balas sebelum membuang pandang ke luar tingkap. Fikiran melayang pada memori-memori lalu.

Seketika, dia tersenyum tipis.

"Stay safe, M'lady..." desisnya.

___________________________

Tbc...

You know what? I need new cover. SKSKSK Doakan aku rajin nak buka laptop sebab laptop aku berat nak mampus.

Thank you for reading~

My Sagittarius {SEDANG DISUNTING SEMULA}Where stories live. Discover now