002

4 0 0
                                    

Keesokkan harinya

" Wey Arina , tangkap gambar aku dengan Ecah jap . " Mell meminta pada ku sambil menghulurkan telefon bimbitnya padaku .

Aku tergelak kecil lantas mencapai telefon bimbit tersebut .

Eeii , budak dua ekor ni memang rapat betul . Mana² mesti berkepit je .

" Okay , senyum au . 1 .. 2 .. 3 ! " Macam² gaya yang diorang buat . Adehh pening aku tengok dua ketul manusia ni .

Bella yang semakin rimas dengan perangai Mell dan Ecah terus bersuara .

" Ni nak pergi mana dulu ? Makan dulu la , aku lapar do ."

" Kau tu sentiasa lapar . Mana pernah kenyang ." Balas Risa dengan selamba nya .

Aku tergelak dengan apa yang Risa cakap . Bella memang kuat makan .

" Okay , jom lah makan dulu . Aku pun lapar ni ." Balas aku pula .

" Nak makan dekat mana ?" Ahh , Aini ! Kenapa kau keluarkan soalan tu ? Tu soalan yang paling puaka sekali !

Aku menjawab " Jom la makan kat food court da alang² kat sini . Lagi pun aku nak makan mee sizzling ." Oh my god , mee sizzling . Makanan kegemaran aku sejak kecil . Tak pernah jemu .

Ecah dan Mell membantah " Tak nak lah food court . Kitorang nak makan dekat Uncle Jack . Murah je wei . Satu set tak sampai RM5 pun . Jom la makan kat Uncle Jack ."

Disebabkan malas nak bergaduh dekat food court tu , aku hanya setuju dengan mereka berdua . Aku mana pernah menang kalau bertengkar dengan diorang dua orang ni . Asyik nak menang je ! Huhh ..

Yang lain hanya bersetuju dan membuntuti langkah Mell dan Ecah yang menuju ke escalator .

Sedang menuju ke escalator aku ternampak kedai haiwan yang baru buka berhampiran dengan escalator .

" Weii Bella , cuba tengok ni ! " aku menarik tangan Bella dan melihat hamster yang di display depan kedai tersebut . Yang lain hanya mengikuti langkah aku .

" Asal dengan hamster ni ?" Bella memandang ku . Ya ampun Bella ! Aku suruh tengok sebab hamster ni comel ! Tak kan la hamster ni pelik ada 6 kaki pulak !

Aku membalas " Comel ! Tengok tu perut dia ! Oh my god , gentle comel do ! Aku nak beli , tapi tak boleh . " riak wajah ku berubah sedikit sedih .

" Kenapa ? Da suka kan ? Beli jela hamster tu . " Aini membalas .

" Rumah aku nanti jadi macam zoo pulak . Cukup la ada kucing aku Si Shadow tu dengan ikan kelisa ayah aku tu . " Balas ku sambil menuju ke escalator .

Sedang aku mengelamun di escalator , tiba² Bella memanggil ku " Arina !" Aku menoleh belakang .

" Apadi— " Kata² aku terhenti bila ternampak camera telefon bimbit di halakan di muka aku . Ahh ! Ni mesti rakam ! Bella sangat suka merakam aku bila ada peluang . Mungkin dia suka tengok muka aku yang hodoh ini ye dok ?

Aku terus buat gaya comel dan bermacam² mimik muka aku tiru . Yang lain hanya gelak besar melihat gelagat aku . Ya , itulah aku , Arina . Sentiasa ada idea untuk menghibur kan kawan² aku . Aku suka tengok diorang happy , walaupun aku sendiri tak happy dan penuh dengan masalah . Tetapi bila dengan diorang , aku akan pura² jadi happy . Sebab apa ? Sebab diorang tak kisah pasal ku . 

Sesampai sahaja di Uncle Jack aku , Bella , Risa dan Aini mengambil tempat di bahagian tepi .

Aku bersuara " Weii Mell , bole tolong orderkan tak ? Aku tak pandai la order makanan dekat kedai macam ni ." Aku tersengih sambil menghulurkan duit .

Mell mencapai duit di tangan ku lalu berkata " Siapa lagi nak aku orderkan ? Bagi duit dekat aku ." Mell menghulur tangan tanda meminta duit . Risa dan Bella meletakkan duit pada tangan yang dihulur tadi .

" Jom wei Ecah pergi order . " Mell mengajak Ecah lalu mereka menuju ke kaunter .

" Aku nak pergi amik sudu dan sos sekejap . Korang nak sos apa ? " Aini bangun lantas memandang kami bertiga .

" Ambik je semua sos cili . " Balas ku ringkas . Aini mengangguk dan berlalu pergi .

Aku mencapai telefon bimbit ku lalu membuat Instagram Live .

"Weii , Akasyah wei . Dengan Gomu ." Bella mencuit tangan ku untuk menarik perhatian ku .

Aku ternampak kelibat lelaki itu mememasuki ke dalam Uncle Jack dan menuju ke meja yang paling hujung dan agak tertutup sedikit .

" Biarlah dia . Malas nak tegur . " aku kembali fokus pada Live ku .

Sedang asik menikmati makanan sambil membuat Live . Tiba² aku ternampak username Akasyah tertera diruang comment yang menandakan dia memasuki Live ku .

" Weii , Akasyah masuk Live aku do ." Aku bersuara .

" Mana wei mana ?" Mell menanya pada ku .

Aku serah kan telefon bimbit ku kepada dia .

" Arina suka la tu crush dia masuk live dia ." Ecah mengusik aku .

Aku hanya tersenyum malu dan mengambil telefon bimbit ku daripada Mell dan menyandarkan nya pada botol air di tepi ku .

Akasyah masih lagi di dalam Live aku . Tiba² aku ternampak Akasyah dari jauh menuju ke meja kami . Aku hanya membisu .

Akasyah memandang ku lalu berkata " Dekat Uncle Jack pun jadi nak buat live . Hahaha . " Dia pun berlalu pergi kembali ke meja nya .

Aku kebingungan apa motif dia ? Mell bertanya kepada ku " Asal dengan dia , wei ?"

" Entah , aku pun tktahu . Biar la dia tu . Kau kan tahu dia tu tk betul sikit ." Balas ku selamba sambil menekan butang end live di telefon bimbit ku .

Bersambung ...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 21, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hanya Kau Seorang Where stories live. Discover now