Perempuan. Dibicarakan tentang dia, tentang dunia dia yang tersendiri atas jasa dan peranan hidup ini. Dia cuma seorang manusia bergelar perempuan yang inginkan seperti mana perempuan lain mahukan. Cuma ingin jadi terbaik walau sejahat mana telah hati itu berfungsi. Janganlah diukur ditahap mana keberadaannya diketika ini dengan melihat masa lalunya kerana itu cumalah satu sesi perjalanan hidup yang pasti berlaku. Dalam soal cinta pula memang selalunya golongan itu yang terkesan dengan setiap yang datang dan pergi kerana dia adalah perempuan. Jiwanya itu dibeli dengan keikhlasan ataupun permainan, itu yang membimbangkan. Kemana mereka selepas itu, apa akibat padanya, di tahap apakah nilainya di pandangan mata lelaki, itu yang terkesan. Dia tidak menyebut takdir menjadi permasalah konsep ini disebabkan dia dilahirkan di dalam golongan perempuan, cuma dia mungkin belum punyai kekuatan yang setara dengan segelintir yang pernah lalui istilah kekecewaan. Usah diceritakan tentang kegagalan , kerana itu sedia tertulis di dalam diri setiap manusia dalam proses pembelajaran dalam menyesuaikan diri di dalam kehidupan. Jadi apa yang diperlukan? Cuma perhatian yang sesuai dalam setiap keadaan. Perkenalan itu mendatangkan satu perasaan yang besar bagi dirinya dengan secara tak langsung mampu mengubah personalitinya. Tetapi itu bukanlah sesuatu yang dipanggil hipokrit, itu cuma menunjukkan betapa besar cinta dan sayang itu mempengaruhi kehidupan seseorang itu. Tetapi banyak perbezaan penerimaan dimata sesiapa yang memandang. Perkenalan itu mengajarnya tentang apa yang dimaksudkan di dalam setiap baris perkataaan sayang dan cinta itu sendiri. Berhati-hatilah. Jagalah penghormatan diri yang diberi.
![](https://img.wattpad.com/cover/188283442-288-k689909.jpg)