VLOG 1: BERIMPIAN

1.3K 5 0
                                    


Kedengaran bunyi loceng menandakan sesi pembelajaran akan bermula sebentar lagi. Aku, Cikgu Ramli merupakan cikgu yang baru ditempatkan di sekolah lamaku dahulu yang telah menyimpan banyak kenangan dan nostalgia. Ini adalah hari pertama aku bertugas sebagai seorang pendidik. Perasaan gemuruh dan resah gelisah menghantui diriku membuatkan diri aku terkaku sebentar sebelum masuk ke kelas. Siapa sangka aku yang nakal dahulu, yang sering dimarahi guru, kini kembali semula ke sekolah asalku dan berdiri dihadapan pelajar sebagai seorang guru. Ramai guru yang memuji diriku di atas usahaku selama ini dalam mengejar cita-cita sebagai seorang guru. Namun dalam kalangan guru yang bangga di atas pencapaian aku, terdapat seorang guru yang tidak berapa selesa dengan kehadiran aku. Sepanjang kehadiran aku di sekolah ini, belum pernah beliau menegur aku, malahan apabila ditegur aku, beliau hanya membuat muka bengis dan lalu di hadapan aku sahaja. Itu lah Cikgu Mad, cikgu yang selalu memarahi aku dan kawan-kawan aku sewaktu aku di bangku sekolah dulu.

Namun tidak lupa dengan hadirnya seorang insan yang bergelar seorang guru, iaitu Cikgu Vanessa. Tanpa beliau, mungkin aku tidak berdiri sebagai seorang guru sekarang ini.

"Cikgu, bila cikgu nak mula mengajar? Dari tadi asyik termenung." Tegur salah seorang anak muridku yang menunggu aku untuk memulakan sesi pembelajaran. Dalam perasaan gemuruh bercampur baur dengan rasa takut ini, aku sukar untuk fokus di dalam kelas bersama dengan pelajar. Jadi aku berbuat keputusan untuk membuat sesi perkenalkan diri bersama pelajar untuk mengisi waktu pembelajan dan berkenalan dengan anak didik.

Loceng sekolah sekali lagi berbunyi menandakan waktu rehat sudah bermula. Ramai pelajar berpusu-pusu keluar ke kelas untuk ke kantin. Melihat gelagat mereka mengingatkan diriku kepada zaman persekolahan dulu. Dalam perjalanan aku menuju ke bilik guru, tiba-tiba aku terlihat pelajar bergaduh di hadapan kelas. Aku segera ke tempat tersebut untuk meleraikan keadaan. Kemudian, datang kelibat Cikgu Mad ke tempat tersebut.

"Hah kau, kenapa kau bergaduh dekat depan kelas? Nak tunjuk samseng ke depan perempuan?" teriak Cikgu Mad kepada pelajar tersebut. Suara Cikgu Mad memang tidak pernah berubah dari dulu, teriak dia seumpama ngauman singa bagi pelajar. Bila dengar sahaja suara Cikgu Mad, semua pelajar akan senyap seolah-olah tiada perkara yang berlaku.

Aku memerhati pakaian budak tersebut. Warna putih yang pudar, terdapat kesan koyak di seluar dan kasut sekolah dalam keadaan yang lusuh. Dalam fikiran aku menyatakan bahawa budak ini seperti dalam golongan keluarga yang susah. Apabila aku melihat tanda nama di baju pelajar tersebut, aku seolah-olah hendak ketawa dihadapan Cikgu Mad. Nama pelajar itu "Ramli", sama dengan nama aku. Aku cuba untuk menahan ketawa daripada dilihat oleh Cikgu Mad.

"Hah yang kau ketawa kenapa? Apa yang lawaknya lihat aku marah?" tiba-tiba pandangan Cikgu Mad berubah ke arah aku. Aku terdiam dan terpaku. Mulutku rasa cuak untuk menjawab pertanyaan tersebut. Kemudian suasana di tempat tersebut menjadi senyap, seolah-olah dapat didengari bunyi angin bertiupan.

"Kamu berdua boleh balik ke kelas sekarang dan kau, Ramli ikut aku ke bilik disiplin sekarang juga. Kau tak sedar ke yang keluarga kau hidup miskin, sekarang kau pula yang buat hal? Mak dengan ayah kau hantar kau dekat sini sebab nak kau tunjuk samseng ke? Dah lah duduk kelas hujung, tak memberi sebarang manfaat kepada sekolah pun. Kalau macam itu baik kau berhenti sekolah, tolong ibu bapa kau yang kerja buruh sekarang." Cikgu Mad menengking Ramli.

"Cikgu tak seharusnya cakap begitu kepada dia. Apa kata cikgu dengar dulu penjelasan daripada dia, baru cikgu boleh meletakkan hukuman kepada dia." Suara aku mencelah kata-kata Cikgu Mad. Hati aku seolah-ingin menentang kata-kata Cikgu Mad kepada Ramli kerana bagi aku, seorang guru tidak seharusnya berkata begitu terhadap seorang pelajar.

"Kau cikgu baru dekat sini, jangan ingat kau boleh ajar aku benda yang aku dah buat selama berpuluh tahun. Aku tengok sendiri yang dia belasah budak dua orang tadi. Kau nak pertahankan apa lagi? Ke sebab nama dia sama dengan nama kau, sebab tu kau nak pertahankan dia? Pelajar seperti ini tak menjamin masa depan diri sendiri, inikan pula masa depan sekolah. Sampah seperti ini baik dibuang dalam institusi sekolah ini, kerana hanya mampu mencemarkan nama sekolah sahaja." Cikgu Mad menjawab persoalan aku sambil menghina Ramli.

Aku Cikgu!Where stories live. Discover now