01

7 3 0
                                    

Kakiku menapak keluar dari syarikat game dengan senyuman lebar.

Kedua penumbuk digengggam erat sebelum melonjak gembira.

"YESS!!!AKHIRNYAAAA!!!"

Pada saat itu, orang yang lalu lalang sudah tidak dipedulikan.

Aku kisah apa?

Yang penting, ini adalah antara hari terbaik yang aku alami selama aku berpijak dibumi.

Kaki terus menapak menuju ke arah tempat parking motosikal.

Bike segera ditunggang sambil hati menyanyi riang.

"Tak sabar nak bagitahu diorang!"

(Rumah)

Pintu terus dikuak sebelum mata meliar ke sekeliling.

Kelibat Appa dan Jhope terus dilihat di ruang dapur.

Lantas aku berlari anak sambil menjerit riang.

Jhope yang sedang menyumbat makanan didalam mulut kini fokus kepada aku yang seperti orang meroyan.

"Ko dah kenapa? Macam beruk kena potong anu dah aku tengok"

Amboi bahasa.

Aku menjelingnya tajam.

"Kau nak kena sunat untuk kali kedua ke?"

Dia tersengih kecil.

"Boleh je bosskur"

Tak guna bercakap dengan orang macam tu.

"Appa!" panggilku.

"Apa dia?" ujarnya sambil menghadap aku kemudian berpeluk tubuh.

"Yeon ada berita special untuk korang"

Terus membulat mata mereka.

"Menang nombor ekor ke?!"

Aku terus muram mendengar tutur kata Appa.

Bapak borek anak rintik.

"Eh, dengar la dulu!"

Jhope dan Appa terus tergelak.

"Ye,cakapla" ujar Appa tenang.

"Ingat tak yang Yeon pernah cakap yang Yeon apply keje dekat satu syarikat game nih?"

Appa mengangguk manakala Jhope menggeleng kepala.

"Orang dapat keje weh!!!"

Appa membeliakkan mata sementara Jhope tersedak.

Kedua-duanya bingkas mendekati aku dan turut melonjak gembira.

"Serius lah, Yeon?!"

"Aku bangga ada adik macam kau!" terpercik roti dari mulutnya.

Pipi kananku yang menjadi mangsa percikan roti diusap, geli dengan perangai Jhope.

"Air liur dengan roti terpercik lah, kuda!"

Lengannya ditampar kuat, namun responnya hanya ketawa.

Lepas penat terkinja-kinja, Jhope terus terbaring kepenatan.

"Penat weh" dia tercungap-cungap keletihan.

Appa hanya tersenyum melihat gelagatnya.

"Okey, malam ni kita makan besar!"

(Dapur)

Makanan yang tak mampu dihabiskan diatas meja dipandang sepi.

Wajah Appa aku pandang.

"Bak kata orang dulu-dulu..."

"Orang tamak memang rugi"

Lelaki tersebut hanya tersengih kecil.

"Takpe, tak habis bagi jiran sebelah"

Aku terbeliak.

"Diorang bukannya kucing!"

Haih, nak pecah perut aku.

Jhope yang dari tadi asyik ligat main handset ditenung.

"Eceh, kau chat siapa?"

Soalanku dibiarkan sepi.

"Aku ni hidup lagi, Hoseok"

Dia cuma tersenyum. "Kau dah mati bagi aku"

***TRIGGERRED***

"Nate beruk"

"Sialla ada abang macam kau nih"

Aku yang membebel dihadapannya tidak diendahkan, malah kakinya melangkah keluar dari ruang dapur.

"Bye, cute girlrlrll..." hujung rambutku ditarik sebelum dia berlari ke pintu rumah.

"Yarh! Jung Hoseok!"

Aku merengus geram sementara Appa hanya tersengih.

"Kesian..." kepalanya digelengkan sementara aku mencebik geram.

"Isy, tak guna betul la si kuda tu"

Appa hanya tersengih.
"Kuda ke tak kuda ke, abang anda jugak, bukan?"

Aku tersengih kecil. "Abang tak guna"

Dia cuma tersenyum nipis sebelum mendiamkan diri.

"Kalau lah Eomma ada kat sini.."

Dahiku terus dikerutkan.

Again?

"Boleh tak jangan cakap pasal dia lagi?"

Aku paling pantang bila Appa terkenangkan orang yang dah tinggalkan dia demi lelaki lain.

"Dia tu tak layak bergelar 'Eomma' "

Appa cuma terdiam. "Tapi, dia tu masih Eomma kamu, Yeon"

"Tak baik cakap macam tu"

Aku tersentak kemudian bingkas bangun.

"Appa,tolong lah jangan jadi naif"

"Bagi Yeon, dia dah tak wujud"

Pinggan mangkuk terus aku bawa menuju ke singki.

Appa hanya melepaskan keluhan berat.

(Bilik)

Apa yang aku cakapkan petang kini berlegar di minda.

Tak terlalu kasar ke cara percakapan aku tadi?

Tak terasa ke hati Appa?

Runsing bila memikirkan tentang tu.

Aku memalingkan wajahku kearah meja di tepi katil.

Mataku terus tertancap pada bingkai gambar lama.

Gambar tersebut ada aku dan Eomma.

Sekarang, cuma tinggal kenangan bila dia lari dari rumah semata-mata demi mengejar lelaki yang lebih berharta.

Mungkin dari mulut, aku kata benci.

Tapi dari hati, aku tak pasti.

Kalau aku benci, dah lama gambar tersebut aku buang dalam tong sampah.

Aku bingkas bangun dari baring dan duduk menghadap cermin panjang di tepi dinding.

Pantulan dari arah cermin bukan menunjukkan identiti seorang gadis yang sebenar.

Hitam dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Malah kedua belah telinga dihiasi dengan subang dengan rambut pada paras leher.

"Disebabkan Eomma lah... Yeon jadi macam ni..."

Setelah wanita tu keluar dari hidup aku, banyak yang berubah pada penampilan aku.

Dari seorang gadis normal yang berpakaian seperti seorang perempuan kepada seorang tomboy yang tidak lari dari pakaian seperti lelaki.

Tomboy | Playboy { kth }Where stories live. Discover now