Aku berasa terpempan di situ kerana aku ditempatkan di kelas 3M .Kelas yang aku ingini selama ini.Bagiku aku hanya masuk ke kelas 3A1.Aku tidak menyangka dengan keputusanku ini,aku dapat naik ke kelas yang pandai.
Hatiku berdebar-debar disaat aku mula-mula masuk ke kelas ini.Aku merasakan semuanya serba tidak kena dengan persekitaran di sekelilingku.Aku takut dengan semua kawan-kawanku yang tidak aku kenali.
Aku cuba untuk mesra dengan kawan-kawanku walaupun aku masih tidak boleh berkomunikasi dengan baik.Aku masih tidak dipinggirkan dengan kawan-kawanku yang baru walaupun aku tidak dihiraukan oleh mereka.
Lama-kelamaan diriku boleh diterima oleh mereka semua.Aku mempunyai kawan rapat iaitu annisa,syamiera,suhada,aziani,aesha,atirah,anis dan atiyah.Aku merasa mereka lebih menawan daripada diriku.Aku sungguh bahagia dengan kenangan yang aku kecapi di kelas ini.