Semoga setiap urusan yg kita lakukan
bermula dgn niat yg ikhlas kerana Allah SWT.Sentiasalah beristighfar untuk memohon keampunan daripada Allah SWT.
Surah Nuh Ayat 10:
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا
“Sehingga aku berkata (kepada mereka): 'Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. {71:10}
Istighfar itu ialah meminta agar Allah SWT menutupi segala sifat kita iaitu memohon kepada Allah Taala supaya menafikan atau meniadakan (mengosongkan) ego sendiri yakni keakuan, personaliti sendiri, segala yang bersangkutan dengan diri sendiri, bahkan menghapuskan rasa wujud hakikat diri sendiri dengan merujuk kepada sifat-sifat-Nya semata.
