The Solutions Time

7.6K 41 0
                                    

Dengan itu joyce telah kembali kepada perancangan asal untuk mencari pekerjaan sambilan. Dengan pekerjaan sebagai cleaner dan penyusun barang di market, gajinya agak kecil dan amat meletihkan. Joyce mencari peluang lain bagi menjana pendapatan sambilannya.
Setelah puas mencari joyce ditemukan dengan linda x student di universiti yang sama dengannya juga.

Linda bekerja sebagai ejen menjual rumah  di sekitar london, dengan gajinya yang agak tinggi dan mempunyai komisen jualan yang agak banyak terang linda. Joyce turut perasan dari segi pemakaian, linda agak up to date n mampu memiliki kereta supercar.

Setelah diterangkan dengan teliti oleh linda, joyce telah dibawa bertemu leader kepada linda iaitu mr Alexander, bertubuh sasa dan mempunyai raut wajah menarik dan sangat baik hati. Pelbagai kaedah dalam penjualan rumah diajar kepada joyce oleh linda dan mr Alexander.

Namun joyce faham tidak semua perkara boleh diajar melalui penerangan, kaedah terbaek joyce kena belajar sendiri di lapangan. Masa cuti semester kali ini joyce tidak pulang ke kampung halaman kerana ingin fokus kepada pekerjaan yang baru ingin beliau ceburi ini.

Setelah segala detail diberi oleh mr Alexander, joyce diarah menjual 2 rumah terlebih dahulu tapi dengan bantuan linda. Tugasan pertama dengan 2 buah umah perlu dijual adalah tugasan yang agak memeritkan. Alamat dan lokasi aku telah membuat tinjauan bersama-sama linda dan dia memberikan tips2 yang amat penting.

Pagi itu joyce menerima panggilan dari mr alexander yang mana ada pembeli yang mahu melihat rumah yang dibawah seliaan joyce, mr alex turut mengarahkan linda menemaninya sebagai sesi pembelajaran.

Joyce agar berdebar namun apabila dibantu oleh linda maka rasa nervous itu berkurangan,. Jam 11pm mereka dikunjungi oleh pasangan suami isteri yang baru bertukar tempat kerja dari Newcastle ke london, maka mahu mencari rumah baru untuk keluarga mereka.

JOYCE just EnjoY the Life!!! Where stories live. Discover now