Chapter 2

5 1 0
                                    

"Eh dah pukul berapa sekarang ni?" Soalku dalam keadaan mengantuk.Semalam tidur lewat sebab syok sangat layan movie.

Jam menunjukkan pukul 4:30 a.m.Aku segera bangun dan pergi mandi.Bagus juga la dapat bangun lebih awal hmm harap tak ada apa lagi perkara buruk berlaku pada aku hari ni.

Hari ini merupakan hari selasa di mana hari ini ada 1 Murid 1 Sukan (1M1S).Aku bersemangat sungguh hari ini.Seperti biasa,aku akan menunaikan solat subuh dahulu lepas tu pergi breakfast and then pergi sekolah.

Kali ini aku takkan naik bas pergi sekolah tapi kali ini aku akan naik Grab hahaha kenapa la kemarin tak terfikir naik Grab errrr.

Akhirnya aku tiba juga di sekolah.Aku tertanya-tanya adakah kawan kawan jannah aku tu dah sampai.Aku segera pergi ke kelas untuk melihat sama ada diorang dah sampai.

Tibanya aku di kelas,hmm aku berharap sangat yang ada kat dalam kelas tu ada si Hafiz sebab dia ni awal kalau datang sekolah eh malah ada si Mira kat dalam kelas tu.Aku masuk ke kelas untuk letak beg.Selepas aku letak beg aku,aku terus blah dari situ tiba tiba...

"Herr kesian orang tu terkena tin minuman masa berjalan" Kutuk Mira sambil tersenyum.

Langkah ku terhenti sejenak.Oh jadi dia lah yang baling aku tin minuman semalam ye!!!

"Oh jadi kau lah yang baling tin minuman kena kepala aku ye" Jawab aku dengan suara yang agak tinggi sedikit.

"Kalau aku yang baling kenapa? Kau nak marah ke? Marah la" Usik Mira.

Cis kurang ajar juga perempuan ni nasib lah dia ni perempuan kalau dia lelaki dah lama dah aku belasah.

"Oh tak aku tak marah pun terima kasihlah sebab baling tin minuman tu dekat aku at least time tu aku dapat pahala sebab sabar dengan perbuatan biadab kau tu" Balas aku dengan ayat yang power walaupun tak power sangat.

Mira terdiam dan sepertinya dia naik angin dengan apa yang aku cakap hah lain kali jangan nak perang mulut dengan aku dia tak tahu yang aku ni juara perang mulut kat kelas ni.

Aku keluar dari kelas dengan perasaan yang happy huhu.Sewaktu aku sedang berjalan jalan di blok menengah atas,aku terdengar ada suara yang sedang memanggil nama ku.Segera aku mencari di mana suara tersebut datang.Aku memandang kiri kanan atas bawah rupanya suara tu datangnya dari belakang.Lantas aku menghadap ke belakang oh rupanya cikgu Maznan yang panggil aku.Segera aku datang ke arahnya.

"Ada apa cikgu?" Soal ku kepada cikgu Maznan.

"Hari ni kan 1M1S so saya nak minta tolong sedikit dengan kamu hari ini saya tak dapat nak jaga kamu semua jadi saya mahu kamu ganti tempat saya nanti" Jawab Cikgu Maznan.

Cikgu Maznan merupakan penolong kanan kokurikulum dan dia juga adalah guru untuk club olahraga hah club aku tu.

Tapi cikgu kenapa saya yang mesti jaga? Kenapa cikgu tak minta tolong cikgu Fatimah je yang jagakan?" Soal ku lagi kerana masih tertanya-tanya.

"Kamu kan pengerusi untuk club olahraga and cikgu percayakan kamu.Cikgu tak boleh sangat nak minta tolong cikgu Fatimah sebab takut menyusahkan dia so cikgu minta tolong kamu je la ye cikgu yakin kamu boleh urus mereka"

Wow yakin gila cikgu Maznan cakap yang aku ni boleh dipercayai hmm mungkin sebab aku ni ada lesung pipi kot sebab fakta menyatakan orang yang mempunyai lesung pipi ni adalah orang yang boleh dipercayai.

"Baiklah cikgu,saya akan ikut arahan cikgu" Jawab ku kepada cikgu Maznan.

"Okay terima kasih Sufian cikgu berharap pada kamu"

Selepas cikgu Maznan pergi muncul pula Hafiz di belakang aku.kenapalah suka sangat muncul kat belakang aku ni cubalah muncul dari depan ke.

"Hey yaw my friend" Ucap Hafiz kepada aku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 02, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Our Love StoryWhere stories live. Discover now