RINDU

5 2 0
                                    

Perasaan itu misteri,
Tatkala muncul aku kecelaruan,
Adakah ia benar atau sebaliknya,
Diriku buta kepastian,
Menagih cahaya mahu lihat kebenaran,
Diriku terus dihentak persoalan.

Perasaan itu terus bersemadi,
Walau badai menentang bumi,
Ia masih belum pergi.
Apa yg engkau mahu dariku,
Aku hnya bersendiri,
Tiada teman istimewa di sini,
Di dampingku hnya orngtua sbg nyawaku,
Tuhan sebagai penyempurna kisahku.

Aku menanggung hadirmu,
Dari terbit si fajar,
Hingga terbenamnya si matahari,
Dirimu masih bersamaku,
Terima kasih "rindu".
Tersuratmu kelat tetapi manismu tersirat.

Pada siapa aku rindu?

-sinners-

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 02, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

RINDUWhere stories live. Discover now