S E M P U R N A

14 2 0
                                    

Siapa yang sempurna di dunia ini?
Ada yang tampil berani?
Mengatakan dialah bidadara, dia lah bidadari.
Yang tiada cacat cela pada fizikal mahupun hati.

Manusia terlalu mencari yang sempurna.
Lelaki mahupun wanita sama sahaja.
Impikan pasangan yang sempurna di mata.

Pada kaum lelaki,
Mungkin kamu impikan seorang wanita seperti Khadijah, yang terserlah keibuannya dan solehah.

Mungkin kamu impikan seorang wanita seperti Aisyah, yang muda, juga cerdas orangnya.

Mungkin juga kamu impikan wanita seperti Zulaikha, yang menawan dan kaya orangnya.

Tapi,setiap manusia ada kelebihan, ada kekurangannya.

Khadijah bukanlah wanita muda. Apakah kamu sanggup terima sepertimana Rasulullah menerimanya walaupun umurnya jauh lebih tua?

Aisyah pula kuat cemburu orangnya.
Adakah kau sesabar Rasulullah yang sentiasa senyum menghadapi kemarahan istrinya?

Zulaikha pula punya masa silam dimana dia pernah menggoda lelaki itu tanpa rasa malu. Adakah kamu akan bertindak seperti Yusuf yang memaafkan dan menerimanya dengan telus?

Sedangkan isteri para Rasul juga punya kekurangan,apalagi wanita pada zaman sekarang?

Sebagaimana kau tidak sempurna dan meminta pasanganmu menerima kekuranganmu,begitu jugalah dengan pasanganmu.
Jangan pernah menuntut kesempurnaan pada pasanganmu.

Cintai dia tanpa tapi.

Dan.

Sayangi dia dengan hati.



Edited by H.M

Puisi ni inspirasi dari puisi hamba Allah. I don't know siapa sebab lupa. Sy cuma tambah sedikit. Thanks for reading 🌸

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 01, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bicara HatiWhere stories live. Discover now