' rasa apa-apa '

39 3 0
                                    

" OI Luna! mana kau dari tadi? berbulu kitaorang tunggu dekat sini tahu tak! " Ashran memekik kuat. mamat ni memang tak rilek ke?

beg bewarna hitam dicampak perlahan keatas meja. kerusi kosong di sebelah Adrean ditariknya kuat, lalu dilabuhkan punggung di atas kerusi plastik tersebut.

" aku dah cakap dalam group kan? banyak assigment kena settle la, Ash. " ujar Arluna. tangannya diregangkan. huh, lengah menaip!

" itu la kau. aku dah cakap jangan malas. dah assigment banyak tertunggak. cakap orang tua tak nak dengar. kan dah mendapat. lain kali dengar cakap aku. baru la hidup senang takde kerja. kerja semua settle, nak lepak pun- "







buk!

" woi! sakitlah! "

cawan plastik kosong bersama straw tepat mengenai mulut Ashran.

Arluna menepuk tangan. tanda berjaya baling tepat ke sasaran. sementara Adrean dan Aleya sudah galak ketawa.

" sakit? haa padan muka hang! banyak sangat cakap pasaipa? "

" eh hang tu yang ketegaq hang tau dak- "

" dah, dah! Arluna, Ashran sila diam. " Adrean menarik lengan Arluna, menyuruh gadis itu duduk. haih, nama je perempuan. perangai serupa jantan kau ni Luna!

" Ad, aku lapar do. dari pagi tak makan ni. "

Adrean memandang Arluna sambil mengangkat kening.

" Luna, benda dah ada kat kedai makan. order jelah. "

Arluna membuat muka. bahu Adrean dicuit perlahan.

" apa? "

" aku lapar betul ni. "

" dahtu. "

" tapi aku tertinggal purse dekat bilik. "

mendengar itu, terus Adrean memutar bola mata keatas dengan muka malas.

" cakap jelah kau nak suruh aku belanja, paria! "

" ha tu nak dengar tu! "

bahu Adrean, Arluna tepuk kuat.

" ni sayang Adrean ni. meh nak hug sikit. "

" baru sekarang reti nak sayang? heh dah la. order la kau nak makan apa. "

Arluna tersengih lebar.

" oi mana boleh camtu. Luna je? aku nak jugak! "

" entah. aku yang sebilik hari hari jadi alarm kau ni taknak belanja ke? "

Adrean memandang Aleya dan Ashran sambil mengeluh.

" sila lah pesan makanan yang anda nak wahai kawan-kawan. Adrean sedia membayar. "

" woi aku tak cakap apa-apa pun! " Adrean menolak perlahan kepala Arluna.

" alah kau ni. harap je anak dato, jangan lah kedekut dengan kawan-kawan. elemek. " sekali lagi, bahu Adrean ditepuk kuat oleh Arluna.

tapi Adrean dah biasa, so tepukan kuat tu dah tak rasa sangat pun.

" yelah yelah. order ah korang nak apa. aku payung. "

" cantek lah Ad! "

___

" PLEASE la, Luna. "

" jangan kacau la, Ad! assigment Prof. Aziz aku tak siap lagi ni! " tangan Adrean yang menyentuh bahunya, Arluna tepis. matanya masih fokus di skrin komputer riba.

unexpect heartbeat Where stories live. Discover now