× Bab 16 ×

693 62 0
                                    

MAX mundar mandir di hadapan Lisa. Lagaknya seperti dia yang akan diculik lagi dan bukannya Lisa. Sekali sekala di berhenti berjalan dan menoleh ke arah Lisa lalu selepas itu dia kembali mundar mandir. Sampai naik pening kepala Lisa tengok.

"Awak, boleh duduk tak? Pening saya tengok awak. Kang haus pula tapak kasut awak dok mundar mandir macam tu." Soal Lisa. Dia menggeleng kepalanya.

Max menoleh ke arahnya lalu meminta maaf dan duduk di sofa yang bertentangan dengan Lisa. Namun begitu Max masih kelihatan risau.

"Saya dah selamat awak. Luka saya pun tak teruk sangat." Lisa cuba menenangkan hati Max.

"Habis tu kau nak tunggu nyawa kau di hujung tanduk dulu ke baru nak ambil tindakan. Macam tu?" Max separa menjerit membuatkan Lisa agak terkejut sedikit. Sekali lagi dia meminta maaf.

"Bukan macam tu. Saya tak bermaksud kena tunggu nyawa saya di hujung tanduk dulu baru ambil tindakan lebih berat. Lagi pun kan awak, saya kan dah bagi rupa lelaki tadi dekat police artist. Nanti dari sketch tu kita dapat cari lelaki tu balik. Awak risau macam ni, tak buat perkara selesai lebih cepat." Ujar Lisa panjang lebar. Dia melihat tepat ke arah anak mata Max. Dia serius dengan apa yang dia cakapkan tadi.

Selepas lukanya dirawat, pelukis yang berkhidmat untuk polis dipanggil ke sana. Untuk mencari lelaki itu, Lisa kena bagi info pasal wajah lelaki yang menculiknya. Mujurlah dia masih ingat lagi jadi mudah bagi pelukis itu melakar wajah suspek. Usai wajah suspek dilakar, mereka disuruh tunggu sekurangnya 24 jam sebelum lakaran itu diudarakan di televisyen juga laman sosial.

"Aku risau. Risau kalau benda tu hampir jadi lagi." Max mengeluh berat. Rasa ingin tahu Lisa tentang benda yang diperkatakan oleh Max semakin tinggi.

"Maksud awak? Apa maksud awak risau benda tu hampir jadi lagi?" Lisa menyoal Max dengan wajah serius. Namun lelaki itu membisu, enggan memberi jawapan. Lisa semakin hilang kesabaran. Dia tetap memaksa Max untuk memberikan dia jawapan.

"Sebab hari di mana mak ayah kau kemalangan, hari tu kau juga hilang untuk beberapa jam! Lepas tu kau dijumpai di satu tempat yang hampir dibakar." Akhirnya Max memberi Lisa jawapan yang dia mahukan. Lisa diam terkaku di tempat duduknya.

'Apa benda dia mengarut ni? Culik? Masa kemalangan ibu dengan ayah? Bukan saya ada dengan diorang ke? Tapi saya selamat. Mustahil! Argh! Kepala saya sakit!' Lisa memegang kepalanya yang mula sakit.

"Lisa-" Linda cuba memegang bahu Lisa namun ditepis oleh gadis itu.

"Bagitau saya lebih detail. Maximillian Dante, saya nak info lebih." Lisa memberi arahan kepada Max dengan nada suara yang serius. Auranya sebagai seorang ketua terpancar saat ini. Tenungannya juga berubah menjadi lebih serius. Lagak Lisa seolah jikalau dia tidak mendapat jawapan yang dia mahu, sesuatu yang buruk akan berlaku.

Max mengeluh sebelum memberi apa yang Lisa mahukan.

"Semasa hari kejadian, ada saksi yang nampak kau keluar dari kereta beberapa minit sebelum kereta yang korang naiki meletup. Tapi belum sempat saksi datang dekat untuk tolong, dia nampak ada kereta van hitam berhenti di sebelah kau dan lepas tu kau hilang. Mujur juga dia ada ternampak dan dia ingat nombor plat van tu. Kalau tak, memang nyawa kau pun melayan sekali. Kenapa kau tak ingat? Memori terlalu traumatik untuk kau jadi 'pusat memori' dekat kepala kau kunci memori ni supaya kau tak sengsara dan tak dihantui dengan memori ni. Sebab tu aku, dan yang lain-lain ambil keputusan untuk tak beritahu kau. Sebab kami yakin kau akan sengsara kalau ingat balik." Max menghembus nafas selepas selesai memberi jawapan yang panjang lebar kepada Lisa.

Lisa memandangnya tanpa berkelip. Ada banyak persoalan yang bermain di minda Lisa sekarang ni. Kenapa dia langsung tak ingat semua ni? Kenapa tiada cebisan memori dia diculik dengan Linda di dalam kotak memorinya? Kenapa?

"Habis tu... kemalangan parents saya, bukan satu kemalangan tapi satu pembunuhan yang dirancang?" Soal Lisa. Dia sudah tahu jawapannya tapi dia tetap menyoal. Max mengangguk kepala.

"Ya. Tapi suspek utama sampai sekarang belum dikenal pasti lagi." Jawab Max lagi.

Lisa berdiri dari tempat dia duduk. "Saya perlukan masa bersendirian." Lisa berlalu pergi tanpa menunggu jawapan dari Max ataupun Linda. Dia masuk ke dalam biliknya. Dia duduk di atas katil. Lisa terasa seperti banyak cebisan memori yang tiada di dalam kotak memorinya. Dia kena soal seseorang yang pakar dalam perubatan.

(A/N: SEMUA MEDICAL INFO DI BAWAH TIDAK 100% BENAR. INI KERANA PENULIS BUKANLAH DARI KALANGAN DOKTOR MAHUPUN JURURAWAT. OLEH ITU PEMBACA DISARANKAN AGAR TIDAK MENGAMBIL SERIUS TENTANG FAKTA-FAKTA DAN INFO PERUBATAN DI BAWAH. SEKIAN.)

Lisa mengeluarkan telefon pintarnya lalu dia mendail nombor doktor peribadinya iaitu Dr. Ying. Tidak sampai 3 deringan, panggilannya disambut.

"Hello, Cik Lisa. Ada apa boleh saya bantu?" Kedengaran suara Dr. Ying di hujung talian. Walaupun dia berbangsa cina, bahasa melayunya sangat lancar tanpa sedikit pun slang cina di dalamnya.

"Dok, apa maksud kalau ada cebisan memori yang kita langsung tak ingat? Seolah memori tu terkunci di dalam kotak memori kita." Soal Lisa kepada Dr. Ying.

"Maksud cik macam amnesia?"

"Tak pasti. Tapi saya jalani kehidupan saya dengan normal tanpa memori tu datang balik. Macam memori yang dikunci tu, tidak pernah terjadi." Lisa memberitahu Dr. Ying apa yang dia rasa. Di masa hadapan dan juga sekarang.

"Rasanya amnesia ni cik. Sebab selalunya kalau kes hilang ingatan biasa, memori selalunya akan datang balik. Lain pula kes dengan amnesia. Tak semua pesakit dapat memori dia balik. Lagi-lagi kalau PTSD pun bercampur. Walau apa cara pun kita buat, tiada jaminan untuk memori tu datang balik." Dr. Ying berkata dengan serius. Lisa mendengar dengan senyap.

"PTSD?"

"Yup. PTSD ni stands for Past Traumatic Stress Disorder. Ini bermaksud sesuatu kejadian di masa lampau sangat traumatik untuk diri kita handle. Jadi kita sendiri memilih untuk tidak mengingat perkara tu secara sedar atau pun tidak sedar."

"Kalau seseorang tu ada amnesia, memori dia boleh dimanipulasi? Maksud saya, seseorang bagi dia info pasal memori palsu dekat dia."

"Bergantung kepada seberapa banyak kepercayaan kita terhadap seseorang. Kalau kita memang percaya dengan seseorang, memang senang kita dimanipulasi."

Lisa mengucapkan terima kasih lalu mematikan panggilan telefon. Dia merenung ke arah dinding biliknya. Selang beberapa saat kemudian, dia baring di atas katil.

Kalau betul dia mempunyai amnesia selama ini dan memorinya dimanipulasi oleh Ruby dan Raphael, adakah semua yang berlaku dengan dia dan Max itu cebisan memorinya yang hilang? Tapi kenapa diri dia memadam semua memori dia dan Max? Lisa yakin yang mesti berlaku sesuatu di masa hadapan, yang dia juga tidak tahu. Dan kejadian ini bukan sesuatu yang indah.

Back In Time (Complete √ )Where stories live. Discover now