Marah

63 3 0
                                    


"Apehal lambat? Suruh buat kerja senang pun terhegeh-hegeh."ekor matanya hanya melihat Syila yang memapah Mueen masuk ke dalam kereta bahagian penumpang.

Pintu kereta dihempas kuat tanda protesnya.Angkara diugut teman lelakinya,Syila terpaksa melakukan sebegitu.

"Good girl..sayang,I just nak bagitahu yang I cintakan you."pipi Syila dielus lembut tetapi ditepis cepat.

"Cepat sikit boleh tak!"

Syila kemudian memboloskan diri ke dalam kereta.Tidak mahu lagi melayan karenah lelaki itu.

*****

Mueen tersedar daripada tidur.Pelipis diurut perlahan kerana masih lagi sakit di bahagian kepala.Dia cuba mengingat kembali apa yang berlaku semalam tetapi gagal.

"You dah bangun baby?"susuk tubuh yang amat dikenalinya keluar dari bilik air.

"Syilaa? Kenapa I ada kat sini?"baju t-shirt dikutip lalu disarungnya.

"Siapa perempuan yang You cakap semalam?"soalan Mueen diabaikannya.

"I ada cakap apa-apa ke semalam?"

"Yup,you cakap yang you taknak balik rumah perempuan tuh.Siapa dia?"

"Arghh! Sudahlah I nak balik.."rambutnya diraup kasar.Dia bingkas bangun keluar dari bilik itu.

Mueen memandu laju keretanya.Sesekali dibelek henfonnya tetapi matanya masih menumpukan ke arah pemanduan.Dia terkejut apabila mendapati,

30 missed calls from Syifaa,

20 missed calls from mama,

Sekali lagi dia meraup rambutnya kasar ke belakang.Dia tidak rela menadah telinga mendengar bebelan mamanya.

"Apa aku dah buat!?"

*****

Melihatkan Bmw i8 maroon Mueen yamg memasuki perkarangan rumah,Syifaa terus memanggil Puan Sarinah yang berada di ruang tamu.

Mueen yang berura-ura keluar dari perut kereta itu terus diterpa mereka.Puan Sarinah tak ubah seperti singa yang tak lama lagi akan menelan seorang manusia.

"Bertuah punya anak,suami jenis apa kamu ni Mueen!!?kami ni tengah risaukan kamu.Kamu pergi mana??"dipulas telinga Mueen ibarat anak kecil yang enggan mendengar arahan ibunya.

"Aduh! Sakit maa..Een mitak maaf,Een lupa nak bagitahu Syifaa yang Een tidur rumah kawan Een semalam."adu Mueen yang nampaknya perlukan sokongan daripada Syifaa.

"Bini dah ada,nak lagi tidur rumah kawan yer.."

"Mama,maafkan abang Mueen,Dia tak salah.."tuturnya lembut bagi meraih simpati ibu mertuanya.

"Syifaa,abang mitak maaf yer..?"Mueen masih tidak berputus asa meraih simpati supaya dilepaskan daripada hukuman mamanya.Syifaa senyum manis lalu menganggukkan kepalanya.Sejurus itu,Puan Sarinah melepaskan Mueen daripada aksi tarik telinga anaknya.

Nasib baik tidak terputus telinganya.Mueen sekali lagi meminta maaf daripada kedua-dua insan yang sudi memaafkan dirinya.

"Sudah,jom masuk"Puan Sarinah masuk ke dalam rumah meninggalkan mereka berdua di luar.

Mueen tidak memandang wajah Syifaa.Dia malu dengan apa yang jadi.Dia juga tidak pasti sama ada ikhlaskah dirinya meminta maaf daripada Syifaa?

Dari jauh,dia memerhatikan Mueen dan Puan Sarinah dan seorang perempuan yang tidak dikenalinya.

"Siapa dia?"

Bersambung..

BahagiaWhere stories live. Discover now