| nol |
"Berikan spasi untukku los"~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Untuk kalian
dan hal-hal lain.
menemui kekacauan memberi pukulan pada putaran nyawaku. keberangkalian untuk tak dilihat kukira jilid-jilid penganiayaan. menarik emosi bersama waras minda yang tersekat di kerongkong sering memandu aku ke daerah asing. mesra warna dan manis aroma yang merenjat kehadiranku sering memberi radiasi tidak nyaman di ruang kebisuan ini. aneh, kerana masa akan melingkari persoalan di tubuhku dengan membuka pintu untuk terus bergerak. memetik denyut keanehan, aku mengerti, sehingga menemui kota abadi, perjalanan rawak ini akan terus menjemputku dengan wajah sinis kehidupan. berulang-ulang tanpa sebarang noktah kekal.
tiada yang salah tentangnya, semesta terlebih tahu. cuma, tumbuh bersama api membentuk aku untuk tak memahami kerana setelahnya, tiada apa yang lebih membingungkan berbanding bertanya 'bilakah waktunya untuk aku berteduh di dunia abadi?'.
YOU ARE READING
nol
Poetry"Berikan spasi untukku los." meniti nafas tumbesaran bersama kebingitan hidup menjadikan aku lebih cenderung untuk bingung. melihat dari sudut pandang mataku, terkadang suka ria yang menggapai raut wajah bertukar rumit kerana ketenangan yang aku car...