"Psst di mana target sekarang?" Tanya Shina melalui phone Samsung A8 nya
Yoongi, budak baru sekolah ni yg baru masuk tak sampai 3 jam menjadi sasaran terbesar kumpulan buli sekolah barunya
Nama yang comel tapi tak dapat menyembunyikan kejahatan perangai kumpulan itu iaitu ongkedekkedek
"Dia baru nak lalu kawasan X" jawab Danny sambil matanya tajam memerhati gerak geri mangsa
4 lagi ahli ongkedekkedek berseronok bertampar bersuka ria di kawasan berdekatan untuk hilangkan syak wasangka dengan menggunakan jumlah ahli di tahap minimum atas arahan Jiyoon.
"Dalam kiraan 5, jatuhkan alat utama kita" sinis Danny melihat Yoongi semakin hampir
"5.. 4.." Shina yang berada di tingkat 2, menunggu sasaran penuh sabar
Yoongi pula hanya berjalan mencari arah kantin di waktu rehat tanpa mengetahui bahaya
"SEKARANG!" Danny menjerit kecil apabila kiraan Shina dah mengenai angka 1
"Bbuk!" air sirap terlebih pewarna dengan ais melimpah limpah dibungkus dan diikat tepi itu dijatuhkan dengan sengaja ke atas Yoongi
Setelah itu dengan pantas Shina menyorok di sebalik tembok dan merangkak laju turun ke tangga dengan muka tak bersalah
Yoongi terpinga pinga dari mana datang air itu, kepalanya ditoleh ke atas pantas tapi tiada apa apa yg mencurigakan untuk dijadikan bukti tuduhan
Habis rambut yg melekit dengan air sirap itu bersama bajunya dah bertukar pink akibat perbuatan khianat ongkedekkedek
Yoongi menoleh pula ke kiri kanan mencari pentunjuk
Yang dia nampak hanyalah Danny yang berbual mesra di talian berdekatannya di pokok.
Pelajar lain yang berkeliaran agak jauh darinya
Yoongi hanya membuat muka blur
"Fuh lega dapat gi toilet!" Shina berpura pura menepuk perutnya apabila turun dari tangga
"Jom Danny, lama lagi ke kau nak call mak kau tu?" Tanya Shina sengaja mengunakan Puan Lee sebagai ayat menutupi kesalahannya
"Huh? Oh chingu Danny datang, bye omma!" Danny juga berpura pura baru menamatkan panggilan bersama ibunya
"Hm jomlah nanti marah pulak ongkedekkedek kalau kita lama sangat" Shina meneruskan lakonannya licik
Danny mengangguk innocent
Tanpa berlengah , mereka terus ke meja ongkedekkedek dan membalas pandangan mata nakal
"First mission completed!" Ucap mereka serentak apabila yakin Yoongi pergi beralih dari tempat kejadian
Shina membuat peace dengan muka tak bersalah dan dibalas dengan gelakan jahat ahli ongkedekkedek
Flashback, Yoongi POV
"Min Yoongi, dari Daegu?" Tanya setiusaha di pejabat itu sambil memegang fail biodata Yoongi
"Haah" angguk Yoongi tenang
"Kenapa kamu lewat ke sini? Kalau kamu datang ke kelas sekarang, saya risau ia mengangguk sesi pembelajaran. Tapi takpe awak boleh masuk kelas setelah makan masa waktu rehat. Jadi ia takkan ganggu kalau ada kawan kawan nak berkenalan" ucap setiusaha itu mesra
Yoongi hanya menyampah seranah di dalam hati teringat kebebalan witch tadi yang mengganggu perjalanannya lebih kurang 15 minit untuk bergaduh hanya disebabkan TERlanggar dia
Kemudian dia ditinggalkan terpinga punya oleh semua pelajar yg berkerumun disebabkan attention seekers tu 2 minit sebelum loceng berbunyi
Belum tambah lagi, dia sesat cari pejabat dan dihiraukan oleh pelajar lain yg masing masing tergesa gesa ke kelas
"Ada hal sikit tadi" jawab Yoongi ringkas+ malas melayan setiusaha yang acah ramah dengannya ni
"Ok takpe disebabkan ini hari pertama kamu jadi saya faham dan saya rasa cikgu lain juga akan memahami kelewatan kamu" tambahnya lagi
"Nae kamsahamida" disebabkan ugutan Mino, Yoongi juga turut berpura pura sopan dan tersenyum menampakkan gummy smilenya
"Wow kamu ada senyuman yang manis walaupun wajah kamu pucat!" Puji setiusaha tu pulak
'Baru tau ke? Aku ni min yoongi jjangg Jiang boom bbom dari Daegulah! Budak paling swag kat sana lagi au' bisik hati Yoongi bangga
Yoongi mengangguk acah kekok padahal dalam hati dah terkembang bontot sebab bangga
"Okay nanti dalam 2 jam 30 minit kamu boleh ke kantin untuk waktu rehat. Saya galakkan kamu hanya makan ala kadar dan ronda sekolah ni ye? Sekarang kamu dilarang sama sekali untuk meronda kerana protokol" nasihat setiusaha tu
"Kamu boleh tunggu kat bilik sebelah" katanya lagi
Ye dan semestinya, Yoongi baring di sofa empuk yg dikhaskan untuk menunggu dan memberatkan kelopak matanya untuk bertugas
Tak senonoh betul
Bila mendengar suasana riuh di luar pejabat menandakan waktu rehat, Yoongi terjaga dan terpisat pisat menggaru wajah
Kemudian dia segera mencari kantin untuk menunaikan hasrat perutnya pula
Walaupun terasa diperhatikan dia tetap berjalan tenang
Hinggalah kejadian tu berlaku meninggalkannya terpinga pinga mencari suspek
End flashback
-Bersambung