1

36 4 0
                                    

[Media:Malique Kingston]

Manusia-manusia yang berada didalam bilik mesyuarat yang besar itu hanya diam menikus angkara CEO MK Empires yang mengamuk bila mengetahui kerugian besar yang dialami syarikatnya.

"Shila,you tak elert ke kita punya wang yang keluar masuk?Macam mana boleh rugi 10 juta our money."Shila yang disergah tidak berani bertentang mata dengan manusia yang berkuasa itu.

"Bila I tanya pandang muka I and jawab apa yang I tanya."Shila yang bertanggungjawab dalam hal kewangan syarikat itu memandang CEOnya dengan pandangan takut.

"Saya minta maaf Tuan Malique,memang saya dah betul-betul periksa dengan teliti yang memang setiap duit projek yang Tuan Malique peruntukan memang saya dah serahkan pada yang bertanggungjawab uruskan projek.Memang saya jalankan tugas yang Tuan Malique dah amanahkan untuk saya."

Malique Kingston menghembus nafas dengan kasar.Dia tahu Shila yang dia kenal tidak akan sesekali pecah amanah dengan kerja yang dia berikan.Mata helangnya kembali merenung satu persatu pekerja yang berada didalam bilik mesyuarat besar itu.Dia tidak sangka syarikatnya akan kerugian besar.

Penat lelah dia membangunkan syarikat ini dengan hasil titik peluhnya dan sekarang dia harus menanggung kerugian dengan sendirinya.Malique Kingston mengetap gigi sambil hatinya sudah menyumpah seranah manusia yang berani buat onar

Tanpa kata,terus Malique keluar dari bilik mesyuarat itu.Lagi lama dia berada didalam bilik mesyuarat itu makin sakit kepala dan hatinya.Pintu bilik mesyuarat dihempas kuat dan terperanjat manusia-manusia yang masih berada didalam bilik itu.

Iphone 11Pro Max nya yang berada didalam kot dikeluarkan.Panggilan yang dibuat terus bersambung dengan manusia yang merupakan orang kanannya merangkap kawan baiknya dari kecil.

"Tempat biasa.Aku ada kerja untuk kau."Panggilan terus dimatikan.Malique Kingston terus meloloskan diri didalam Ford Mustang Shelby gt 500 miliknya yang sudah tersedia dilobi syarikatnya.Terus dipecut laju keretanya membelah jalan raya yang semakin padat dengan kenderaan.

🔫🔫🔫

Keadaan restoran mewah yang tenang itu tidak sedikit pun mengganggu pebincangan dua manusia yang terlihat riak wajah masing-masing dalam keadaan serius.Kedua manusia itu merancang sesuatu yang boleh membuat orang lain yang mendengar menjauhkan diri daripada mereka.

"Kau pasti orang yang paling kau percaya dalam syarikat tu yang songlap duit kau?"Keadaan muka Malique Kingston yang kelihatan bengis itu sedikit pun tidak membuat sahabatnya itu takut.Baginya Malique Kingston memang tidak akan ada secalit pun senyuman dimukanya.

"I'm fucking really sure that bastard already take my money."Malique Kingston mengempal penumbuk sehingga timbul urat-urat hijau ditangannya.Azril Kasyaf yang mendengar turut menahan amarah kepada manusia yang berani bermain api dengan mereka.

"Jadi apa hadiah istemewa yang kau nak bagi dekat manusia yang tak sedar diuntung tu?"Malique Kingston hanya tersenyum sinis dan membuatkan sahabatnya tergelak kecil apabila melihat senyuman sinis yang dipamerkan oleh dirinya itu.Baginya senyuman sinis itu merupakan perkara seronok yang mereka akan lakukan pada manusia yang membuat onar dengan mereka.

"So,memandangkan kita dah tahu siapa yang songlap duit syarikat kau,kau nak biarkan dia main-mainkan kita dulu ke?"

"Let's see what games he want play with us.Aku nak tengok sejauh mana permainan budak hingusan tu.Memang bodoh siapa yang try nak jatuhkan aku."Azril.Kasyaf hanya sekadar tersenyum dengan kata-kata sahabatnya.Kerana dia tahu Malique Kingston tidak pernah bermain dengan kata-katanya.

The Darkness Of Love[Hold]Where stories live. Discover now