Pandanganku berkaca. Aku tak dapat melihat wajahku sendiri secara jelas walhal cermin besar di depan mata. Dari takungan ke titisan kini menjadi rembesan dan aku pasti sebentar lagi akan menjadi lebih lebat mungkin seperti air terjun Niagara.Helaian rambut yang terkorban kubiarkan di dalam sinki. Aku terduduk bersandar dalam keadaan mencangkung di dalam kamar mandi. Kedua tanganku rapat menegak ke atas, dahi kulekatkan di pergelangan tangan. Esakanku semakin kuat, bergema dalam ruangan kecil.
Biar.
Biarlah. Aku sendirian waktu ini. Tiada siapa. Semuanya ada urusan masing masing. Aku? Masih di sini.Hampir saja aku menikam dada dengan hujung gunting yang tajam tatkala telefon bimbitku berdering nyaring. Lantas gunting itu kucampak ke sisi. Muncungnya terhala ke pintu.
Mengapa sedrastik itu?
Aku mahu hentikan sakit di hati ini. Ingin terus saja kuhentikan degupan jantung dan nadi ini. Terasa seakan tak berdaya untuk kuteruskan semua ini.
Deringan yang tadi sudah berhenti, berbunyi lagi. Itu nada deringan telefon yang aku khususkan untuk mak.
Ya, mak.
Orang yang memberi aku kehidupan di dunia. Insan yang menyayangi aku selama ni. Deringan itu seolah menarik keluar aku dari satu dunia yang tercipta tanpa aku sedari. Dunia perih, dunia pedih."Kenapa mata kau bengkak Nura?", soal Hanim ketika kami bertembung tatkala aku keluar dari kamar mandi dan dia baru menutup pintu rumah.
Hanim salah seorang teman serumahku. Dia baru pulang dari kelas. Aku tersenyum nipis berlalu masuk ke dalam bilik, terus merebahkan diri. Baju berhoodie tersarung di tubuhku. Itu baju yang aku sering sarungkan jika berasa tidak sihat. Umpamanya baju istimewa, dipakai jika ada acara. Dan acaranya, aku tak sihat.
"Kau ponteng ke? Tak sihat?", soal Hanim lagi dari ruang tamu. Rumah sewa kami tak sebesar mana. Jadi suara Hanim boleh kudengari dari dalam bilik. Apatah lagi, pintu bilik tak kututup. Tutup pun tiada makna. Tombolnya tak berfungsi.
Ruang tamu rumah bujang - tiada set sofa atau kerusi selesa. Hanya ada kusyen kecil dan bantal comel. Meja lipat plastik tanpa kerusi, kami jadikan tempat meletak barang makanan kering seperti biskut, teh, gula dan sama kategorinya.
"Haah", jawabku lemah dari dalam bilik. Aku menutup mata dan lalu hanyut dek penangan panadol 4 biji kutelan baru tadi.
Dunia mimpi kuharapkan sangat indah untuk hidupku buat saat ini. Aku berdiri kaku di tengah tengah kelompok manusia berpusu pusu ke sana sini dan aku seolah olah tak wujud di kalangan mereka. Sama saja seperti sekarang rupanya. Tiada beza buatmu Nura! Walau di mana kau berada.
•••••
"Kejutkan dia. Dah lama sangat tidur dari aku balik tadi. Ni dah nak habis maghrib".
"Tak panas pun badan dia. Kau kata dia demam". Kurasa ada telapak tangan menyentuhi dahiku.
"Aku cakap tak sihat la bukan demam".
"Ni bekas panadol. 4 biji ke dia telan sekali??"
"Eh, overdose ni. Tak mati ke telan 4 biji sekaligus?"
"Aku rasa something wrong la. Dia mana pernah macam ni".
"Lately ni dia tak banyak cakap. Korang perasan tak?"
"Mmm... perasan perasan"
"Dalam toilet tadi, aku jumpa bungkusan plastik penuh rambut. Aku rasa dia potong..."
"Gila r. Takkan dia potong. Kau tau kan macam mana dia sayang rambut tu. Rambut tu yang Seth .."
"Yes, ni ada kaitan"
YOU ARE READING
Ya! Aku Perempuan Itu
General Fictiontak semua yang kita hajati akan kita miliki segala impian mungkin tinggal angan angan segala cita cita hanya sebagai ilusi semata Namun sebagai makhluk Allah kita harus redha redha akan segala ketentuan Yang Maha Esa