"Slyvia..
Our intern Nura".Aku memberi senyuman seikhlas mungkin. Debaran kian kuat sebenarnya. Dari pagi, eh tak. Dari malam tadi. Aku tak lena tidur dibuatnya. Risau. Risau baju sesuai ke tak. Tapi ini baju kebangsaan seharusnya sesuai untuk semua.
Baju kurung merah jambu berbunga ungu muda dengan kasut baru beli warna hitam setinggi dua inci ni. Kasut ini mengigit kaki aku tak? Aku rimas sebenarnya berpakaian begini. Dah la kat di universiti pun wajib berpakaian begini cuma kasut tu selalunya aku pakai sneakers. Ini lagi ok dari pakai skirt. Nak kena wax bulu kaki pula.
Oiii.. kasut. Be nice to me ok. Aku tak nak melecet walaupun dari bilik sewa ke stesen LRT, tak la jauh mana. Aku naik bas transit je.
Tetapi dari stesen LRT paling berhampiran dengan pejabat, aku terpaksa berjalan dalam sepuluh minit."Ni tempat you. Tapi you tunggu sekejap ye. I nak inform boss", kata Anitha lembut meninggalkan aku. Tas tangan warna hitam aku letak di dalam laci. Di atas meja, kosong.
Meja depan aku, ada seorang lelaki berjanggut ciput, namanya Iman sedang sibuk memandang paparan skrin komputer, kedua tangannya laju menekan tetikus dan papan kekunci. Sekejap saja diangkat kepalanya ketika Anitha memperkenalkan kami. Air mukanya tak sombong, mungkin mengejar dateline.
Banyak meja kosong tapi bersepah. Kata Anitha, meja yang tu ada tuan tapi masuk lambat. Mereka ni terlibat dalam projek syarikat. Jadi waktu kerja mereka flexi-hour. Bukan standard office hour.... macam aku.
"Nura, boss panggil you masuk. Jom".
Aku rasa nak terkucil. Langkah kuatur kemas. Harus tonjolkan keyakinan diri. Berdiri di depan pintu bilik boss, ada bayangan cermin. Imej aku dan universiti harus jaga. Aku lihat refleksi tubuhku di situ. Cun! Walaupun aku rimas pakai begini. Huh.
Turut bersama aku ketika itu May Tan, juga seorang pelatih dari universiti lain. Jurusan kami sama. Aku sempat bersalaman dengannya dan bertukar 'hai' sebelum kami berdua masuk ke bilik pengurus - Mr. Yong.
****
"Tunggu!", jeritku dari jarak sepuluh langkahan ke pintu lif yang mula merapat. Aku terkial kial berlari dalam baju kurung lama yang dah agak ketat dan berkasut tinggi. Salah aku pilih pakaian begini, susah nak berlari. Patut pakai palazo dengan kemeja je. Eh.. aku mana ada palazo, jeans banyak la.
Dan disebabkan kononnya ada orang luar nak datang, pakai la proper sikit - no jeans and tshirt. Itu pesan Slyvia, agaknya dia perasan yang aku kerap pakai jika tak berbaju kurung. Haaa... sekarang aku juga yang seksa. Baju kurung yang agak selesa masih terendam dalam besen. Padan muka kau Nura! Rajin sangat. Ketat kan? Asyik makan je. Tah bila nak diet.
Untung saja tak jatuh menangkup, dah la berkasut tinggi. Lantai pun agak licin kerana pagi ini hujan lebat. Aku terasa seperti tergelincir sedikit namun sempat memegang lelaki yang berada paling depan di tengah tengah pintu lif. Sebelah tanganku didadanya, manakala satu lagi mencengkam kuat lengannya. Harapnya orang lain tak perasan. 'Kejap lagi aku minta maaf la kat lelaki ni', bisik hatiku sambil menahan malu.
Semua ini gara gara, aku menunggu hujan reda tetapi bila melihat jam, ahhh! Aku redah juga. Basah pun basah la. Janji aku kena sampai on time. Aku tak nak la rekod kedatangan aku tak cantik.
Sebaik aku berpusing dan menyelit di sebelah lelaki tadi, terdengar bunyi yang nyaring. Aku lihat di paparan LED atas pemuka nombor tingkat bangunan, FULL. Malunya! Gara gara aku, lif sudah terlebih muatan. Mesti sebab semalam aku makan burger ayam special dan masih lagi belum dikumuhkan.
Perlahan aku melangkah keluar. Aku sedar diri, aku yang menyebabkan lif tu menjerit pagi pagi buta. Lelaki di sebelah, yang aku tak sengaja pegang tadi tadi turut melangkah keluar sama.
YOU ARE READING
Ya! Aku Perempuan Itu
Fiction généraletak semua yang kita hajati akan kita miliki segala impian mungkin tinggal angan angan segala cita cita hanya sebagai ilusi semata Namun sebagai makhluk Allah kita harus redha redha akan segala ketentuan Yang Maha Esa