SPECIAL EDITION RAYA LAST

1.4K 39 0
                                    

Part edition 4;

Hazmi & Emma

"Amiy... Amiy... Bangun sayang,"kejut Hazmi lembut.

Emma yang lena tidur terjaga dengan kejutan dari suaminya. Matanya terkelip-kelip melihat sekeliling. Rasanya dia kenal tempat ini.

"Abiy! Jangan cakap yang kita kat..."

"Ye,kita kat Ipoh. Selamat datang ke kampung Amiy..."senyum Hazmi.

Emma ternganga. Kampung?

"Setahu Amiy,Abiy mana ada kampung? Kenapa tetiba ada pulak ni?"soalnya dengan riak terkejut.

Hazmi ketawa. Kelakar pulak isteri aku buat lawak.

"Ye,nanti dah sampai rumah Tasya kita cakap okay."ujarnya.

Emma makin pelik. Rumah Tasya?

"Ya allah,macam mana boleh lupa yang Ipoh ni rumah kampung Tasya dengan Riena."

"Hahaha tu la, dah-dah kita dah nak sampai ni. Kejut Hayfa tu. Nanti kesian dia tak dapat rasa suasana kampung."

Emma mengangguk kepalanya. Tubuhnya dipusing ke belakang. Hazmi hanya senyum. Senang dengan penerimaan Emma.

Part edition 4;

Anas & Lina

"Papa! Papa! Nak telefon boleh?"pinta Qila lembut.

Anas yang sedang duduk istirehat tersenyum. Telefon pintar yang berada di poket diberi kepada anaknya.

"Terima kasih,papa."laju sahaja anaknya berlari masuk ke bilik.

Lina yang baru sahaja keluar dari bilik. Pelik dengan anaknya.

"Kenapa tu? Tetiba nak telefon abang?"soal Lina.

"Dia nak call Hayfa la tu. Alaa,awak ni. Macam tak biasa pulak,"

"Bukan tak biasa cuma takut dia bocorkan rahsia yang kita pergi sana esok."

"Tak de nya. Lagipun,Izz dengan Hazmi dah sampai Ipoh dah. Abang dah janji nak bagi dia something."

"Something?"

"Alaaa,ada la nanti."

"Nah! Papa. Terima kasih,"telefon pintar dihulur kembali pada Anas.

"Qila cakap apa dengan Hayfa?"soal Anas.

Qila duduk diantara kedua-dua mama papanya. Wajahnya yang sedikit penat membuatkan dia terlentok di dada Anas.

"Qila cakap yang Qila dah sampai kampung. Lepastu,Hayfa bagitahu yang dia pun dah sampai kampung. Dia kata seronok. Dia tak sangka kampung dia dekat dengan kampung Ibu Tasya. Seronok la dia main dengan Asyraf,Farah,Arif dengan Idhan."

Anas tersenyum manakala Lina pulak mengusap lembut rambut anaknya.

"Tak pe. Esokkan kita nak pergi sana. Qila ada cakap kita nak ke sana ke esok?"

Qila menggeleng. Tangan kecil memeluk tubuh Anas.

"Papa! Qila nak tidur."

"Tidur la sayang... Esok kita nak beraya."

"Baik,papa."matanya dipejam rapat.

Lina memandang anaknya. Hai,manja sungguh dengan papanya.

"Awak tu kenapa termenung?"tegur Anas.

Lina menggeleng perlahan. Bibirnya mengukir senyum.

"Tak de apa. Tapi esok kita gerak awal ye. Kesian Tasya mesti dia masak banyak."

Pabila Cruel Princess vs Prince CharmingWhere stories live. Discover now