CHAPTER 8

1.4K 18 0
                                    

Danial mengerling tajam ke arah Laila. Kalau diikutkan hatinya habis Laila ditamparnya. 'Nasib baik ada cikgu kat sini kalau tak habis kau'. Danial mengutuk Laila dalam hati padahal dia Yang Salah sebenarnya. Cikgu Omar memandang wajah dua orang pelajar yang berada di hadapannya sekarang. Sorang tunduk, sorang lagi buat muka tak bersalah.
"Hmm, cikgu taknak tanya apa yang dah berlaku sebab cikgu tau takde yang sanggup mengaku. Jadi, cikgu putuskan untuk panggil ibu bapa kamu ke sini esok untuk memaklumkan dan berbincang tentang masalah kamu berdua, "keputusan cikgu Omar membuatkan mereka berdua terkejut beruk. Danial tidak dapat meneria keputusan Cikgu Omar lalu berdiri menyuarakan ketidakpuasan hatinya.
"Cikgu, ni masalah saya dengan budak ni. Saya harap cikgu faham sebab saya tak suka libatkan ibu bapa dalam masalah kecik macam ni"

Angkuh Danial berbicara. Ya, dia mengaku bahawa dia merasakan dirinya sudah terbiasa dengan masalah sebegitu. Tapi, yang ini Agak berlainan. Situasi antara dia dan Laila sebentar tadi jelas menunjukkan yang gadis itu tidak menyerahkan diri kepadanya.Berbeza dengan perempuan lain kan?

"Ini memanglah masalah kecik bagi kamu tapi pihak keluarga Laila macam mana? Danial, ini soal maruah kamu tahu tak?!Kalau kamu tak bertanggungjawab atas apa yang kamu buat semua guru dan rakan yang menjadi saksi perbuatan kamu berdua tadi akan fikir yang bukan-bukan tentang Laila, "

Nada suara cikgu Omar yang sudah cukup serius itu tidak menimbulkan apa-apa rasa pada Danial. Dia masih boleh tersenyum sinis. Malah, reaksinya begitu tenang.
Danial tidak bersuara. Begitu juga Laila.

"Huhh hh,Cikgu penat  nak uruskan kes kamu berdua ni. Lebih baik kamu berdua balik rumah sekarang. Lagipun pengetua dah bagi arahan untuk jalankan hukuman start harini. Cikgu dah telefon penjaga kamu berdua. Jadi, kes ni akan diuruskan oleh keluarga kamu berdua, "

Cikgu Omar meninggalkan biliknya dengan rasa kecewa. Tidak menyangka bahawa pelajar yang menjadi  kebanggaan sekolah ini melakukan sesuatu yang melanggar moral.

                                       

                                       😴

Laila masih lagi diam seperti tadi walaupun Cikgu Omar telah keluar dari biliknya. Danial bangun dan menghadiahkan sebuah jelingan maut kepada Laila.

"Bahagialah kau kan? Dapat jadi part of my family. Kau kena ingat ni Laila Izara bt Abdullah...kau akan menderita, "

Sebal hati Danial. Dia keluar dari bilik disiplin dengan hati yang panas. Hidup bersama Laila? Tak pernah terfikir pun. Nak fikir pun geli tau tak?!
Laila pun keluar selepas Danial keluar. Dia tidak tahu bagaimana untuk bertindak. Dia benar-benar bingung dengan apa yang telah terjadi. Hatinya juga hancur saat Danial bersumpah untuk membuatnya menderita. Saat ini dia hanya dapat memikirkan cara untuk mengelak daripada menjalinkan hubungan suami isteri dengan Danial.

Zakhwan masih menunggu kepulangan Laila. Setahunya Laila keluar awal hari ini. Tapi, batang hidung pun tak nampak. Nak tak nak, kena tanya ayah lah jugak.

"Hmmm, ayah ada nampak Ila tak? Wan nak mintak tolong dia sikit ni, "

"Ila ada kat atas tu. Kat bilik dia. Lepas kes kat sekolah tu, cikgu suruh dia orang balik hah. Tapi, dari tadi asyik terperuk dalam bilik. Risau pulak ayah,"

"Ayah, semua ni bukan salah Ila. Wan yakin Ila takkan buat perkara macam tu. Lagipun...."

"Ayah tau dan ayah percaya Ila tak buat semua tu. Hati ayah kuat mengatakan yang Ila dibuli, "

Mata Datuk saifuddin Amar berkaca. Zakhwan tahu kasih sayang lelaki itu terhadap Laila tidak pernah berkurang. Begitu juga rasa bersalah ayah tirinya itu terhadap Laila.

"Ayah akan buat yang terbaik demi membahagiakan Ila, anak ayah. Ayah harap suatu hari nanti orang yang menganiayai Ila akan menerima hidayah daripada perbuatan nya, "

"Wan akan berusaha untuk tolong ayah bahagiakan Ila. Kita akan buat sesuatu ayah,"

"Trima kasih, Wan. Ayah harap Wan tak rendahkan Ila macam orang lain, "

"Wan takkan buat macam tu lah, yah. Wan sayang sangat kat Ila...dan Wan mengaku yang Wan dah jatuh cinta kat Ila tapi Wan tak paksa Ila untuk balas cinta Wan, "

"Wan..., "

"No, ".  Zakhwan memintas budi bicara ayahnya.

"Wan tau yang Wan tak sepatutnya cintakan Ila lebih dari seorang kakak tapi Wan tak boleh, "

Ayah tirinya kelihatan sangat kusut dengan keadaan itu. Zakhwan tahu dia sedang menaruh perasaan terhadap orang yang salah tapi itulah hakikatnya. Dia tidak mampu melawan rasa cinta yang bersemi di hatinya. Ayah hanya mampu mengeluh kecil. Dia tidak pernah menyangka anak tirinya akan menaruh perasaan terhadap anak kandungnya.

"Wan, ayah percaya yang Wan boleh jaga Ila untuk ayah. Jangan pernah sakiti hati dia. Cukuplah dengan apa yang berlaku. Sekarang ni kita cuma perlu tunggu keputusan dari keluarga Tengku Danial.,"

Mendengar sahaja nama Danial wajah Zakhwan merah saya seakan-akan mahu meletup. Sebaris nama Danial mengingatkan dia tentang penderitaan Laila yang dibulinya selama ini.

'Kau jangan risau Danial. Aku akan buat kau tergamam melihat perubahan Laila suatu hari nanti. '

                                      😴

Papp!

"Danial buat apa kat pompuan tu, hah. Danial ni nak jadi apa hah?! Pervert terkemuka?! perogol bersiri?! Jawab mummy! JAWAB! "

pipinya terasa panas akibat ditampar oleh Mummy nya diusap lembut. 'Get cool Danial,'
Ni semua pompuan jerawat tu punya pasal!

"Mum, you know that i'm not gonna that, right? Takkan Danial nak buat camtu, "

"Hei, you listen here Tengku Danial Mikael!
Ini bukan kali pertama Mummy dengar Danial buat kes macam ni tau! Dah berkali-kali dah!, "

Kali ini Danial tunduk. Dia dah terkantoi. Dia dapat merasakan belakang badannya ditepuk  tanda memberi semangat. Daddy!

        "Danial kena bertanggungjawab,"

Terbuntang mata Danial mendengar keputusan orang tuanya. Kedua-duanya mahu Danial bertanggungjawab.

"What?! Are you guys crazy? No, Danial takkan kahwin dengan Minah tu. Sentuh sikit je pun.. Bukannya tak biase, "

Tanpa Danial mengaku kesilapannya.

"See, you admit it. Danial yang kacau dia sampai jadi kes macam ni. So, you have to take responsibility Dan,"

Danial termenung lama memikirkan apa yang dikatakan oleh orang tuanya. Hatinya sakit dan rasa berkecamuk. Dia benar-benar tidak mahu menikah dengan Laila Izara. Gadis itu tidak layak untuknya. Tetapi, mahu tak mahu dia harus 'bertanggungjawab' seperti yang diinginkan oleh orang tuanya.

                    






Hey, guy 🤗.... Thanks for the voted👏👏🎉
Timas sangat tau. Rasa bersemangat nak buat lagi. Habis Spm ni dapatlah sikit masa untuk buat novel. Btw, author belom happy lagi walaupun spm dah habis. Next year kena sekolah jugak😆.Last but not least, harap korang sukalah cerita ni... Keep vote, read and share this novel okay👌

Sorry,but I Love YouWhere stories live. Discover now