Aku manusia.
Hidup aku macam orang biasa tapi sikap aku luar biasa. Kalau yang berkawan dengan aku maybe akan tinggalkan aku. Aku bukan macam perempuan lain. Bak kata mak aku aku special. Mak aku tak pernah marah aku sejak kecil sebab aku mana pernah buat salah hahaha🤨
Namaku Syamimi kot. Orang panggil aku kimi sebab perangai macam lelaki. Hanya mak aku panggil aku adik😂Nak dengar kisah hidup aku. Sambung la baca.
Suatu pagi di tempat yang suasana senyap sepi, udaranya dingin menusuk ke kalbu, hanya dikunjungi beberapa orang sahaja termasuk aku. Aku duduk di sudut paling hujung di tempat istimewa ku tido😂
Tiba-tiba kedengaran suara garau menegurku dengan perlahan.
Manusia : ehem ehem. Boleh sana sikit tak? Aku nak ambik buku.
Ya tempat istimewa aku untuk tido adalah library. Tempat paling senyap, beraircond dan tenang sebab takde sesiapa yang kacau. Dengan satu suara yang ditujukan padaku aku terganggu. Ketenanganku lenyap serta-merta.
Mimi : Aik. Punyalah besar perpustakaan nihh. Kat tempat aku duduk jugak kau nak cari buku? Macam perpustakaan nih ade 1 buku je.
Aku merenung tajam lelaki diihapanku. Sesekali dia kembali bersuara.
Manusia : Em.. Library ni bapak kau punya eh? 🤨
Amboi sedapnya perli aku. Kau tunggu kau. Dahlah kacau ketenangan aku pastu perli aku. Kau ni memang double mencari masalah dengan aku. 😤
Mimi : Herh. Setakat library penuh dengan buku berhabuk je baik tak yah buka library ye idok? By the way, library ni, aku maksudkan spot ni hanya aku je boleh duduk. Sebab apa? Sebab aku punya rules dan tak de sesiapa boleh langgar.Manusia : tapi aku nak langgar and tak payah la tunjuk muka marah kau tu kat aku. Sebab apa? Sebab aku punya rules dan takde sesiapa yang boleh langgar.
Ewah, ewah, ewah. Sedap pulak dengar orang ajuk aku macam ni. Fuhh selama 22 tahun aku hidup first time jumpa orang kerek cam dia nih.
Mimi : Aku takkan berikan kau peluang titik.
Manusia : Kalau aku berkasar jangan cakap aku dayus.
Mimi : Kalau aku cakap dayus macam mana?
Manusia : Macam tu la.
Eh, eh, eh. Panas pulak hati aku ni. Ni kalau panggil bomba sampai esok tak terpadam api kat hati aku ni. Boleh pulak dia loya buruk dengan aku.
Mimi : Adab mana adab? Dahlah baru jumpa, cakap macam berkawan 1000 tahun.
Manusia : Adab? Oh tahu jugak kau pasal adab. Haha kelakar nya kau ni. Kalau adab kau kat sini rasanya. *tunjuk kakinya
Eh dia ni dah tak boleh bawak bincang dah. Hati aku bukan setakat terbakar dah ni tapi dah meletus dah gunung berapi dalam hati aku ni. Aku pantang betul orang cakap pasal adab aku. Dia pulak boleh tunjuk adab aku kat kaki dia. Memang cari nafas betul.
Mimi : Excuse me mister kerek. I mean Encik hampir dayus, aku tak tanya pasal adab aku. Aku tanya pasal adab kau. Haha kau ni buat lawak boleh masuk lawak hambar.com. Eh eh bukan masuk lawak hambar je, masuk balik tadika kot lagi bagus. Emm. Tapi sayang sekali, budak dekat tadika pandai sangat daripada Encik. Saya cadangkan encik masuk balik tadika. Tapi jangan nangis ye.
Ha Hambek kauuu. Setepek aku bagi.
Manusia : oh ye ke? Kalau aku kena masuk tadika kau kena jadi baby balik la kan? Ye la sebab baby tak boleh bercakap. Kau ni terlebih pulak bercakap, haa heloklah jadi baby balik. Betul kan??
Haishh dia ni. Nak suruh aku senyap direct je la. Ni perli aku. Penat aku nak balas. Masa nak tido aku lagi sejam je. Ni semua salah mamat perli nihhh.. hish.
YOU ARE READING
Please Pretend ! (Cerita TAK Klise 😂)
Teen Fiction"no matter how much you know me please pretend" Cerita best tapi tak klise kot? Bacalah and nilai klise ke tak?