8

3 0 0
                                    

POV Author

Seminggu berlalu sejak peristiwa di mana Jimin menyatakan penyakitnya pada Min Joo.  Jejaka itu terus setia berada disisinya dan memberikan sokongan agar dia tidak merasakan keseorangan. 

Majlis perkahwinan Na-young dan Dong Min tinggal lagi 3 minggu dan mereka masih lagi tidak mengetahui tentang penyakit yang dialami oleh Jimin.

Jimin sedang termenung merenung bintang dilangit saat dia terdengar bunyi loceng rumahnya ditekan berulang kali.  Lantas dia bergegas turun untuk melihat siapa yang datang.

"Park Jimin!"  jerit satu suara yang amat dikenalinya.

"Dong Min!  kau buat apa dekat rumah aku malam-malam macam ni?"  tanya Jimin yang nyata terkejut dengan kehadiran Dong Min dirumahnya.

"Jimin ah, kenapa kau balik?  Kenapa kau kelirukan aku?  Hah?"  tanya Dong Min membuatkan Jimin terdiam.

Jimin menyambar tubuh Dong Min yang hampir jatuh ke tanah akibat hilang keseimbangan.

"Dong Min, kau mabuk ni."  Ujar Jimin memapah tubuh Dong Min masuk ke dalam rumahnya.

"Tak.  Aku tak mabuk.  Jimin ah,  aku cintakan kau sangat-sangat."  Ucap Dong Min membuatkan gadis itu merasa sedih.

"Kau duduk sini kejap.  Aku ambil kain basah."  Arah Jimin meletakkan Dong Min ke atas sofa diruang tamu sebelum berlalu ke dapur.

5 minit kemudian, Jimin kembali ke ruang tamu dengan sehelai kain dan juga sebesen air suam.  Dia merenung wajah jejaka yang tertidur itu dengan pandangan sayu.

"Dong Min ah, kenapa kau jadi macam ni?"  bisik Jimin sambil meletakkan kain basah ke dahinya.

Dong Min membuka matanya secara tiba-tiba  membuatkan Jimin terpaku dengan tangannya masih lagi didahi Dong Min.

Lantas jejaka itu memegang tangannya dan menarik tubuh gadis itu ke dalam pelukannya dan Jimin hanya membiarkan sahaja perlakuan Dong Min itu.

"Jimin ah, hati aku ni sakit sangat.  Kenapa aku cintakan kau kalau ini yang harus aku tanggung?"  rintih dia bersama linangan airmata sambil memeluk erat tubuh Jimin.

Jimin hanya membiarkan lelaki itu menangis dan terus menangis dibahunya sehingga tertidur.  Lalu dia membaringkan kembali tubuh Dong Min ke atas sofa sebelum berlalu ke dapur.

"Na-young ah, mianhe.  Chongmal mianhe."  Racau Dong Min dalam tidurnya saat Jimin menyelimutkan dia.

Gadis itu duduk menghadap jejaka yang sedang tidur itu dan merenung wajahnya yang penuh kesedihan dengan rasa bersalah.  Dia memeluk erat kedua lututnya dan hanya merenung wajah Dong Min. 

Pagi menjelma dan turut membangunkan Dong Min dari  lenanya.  Dia mengesat kedua matanya sebelum bangun dari pembaringan.  Dia memerhati sekeliling dan cuba untuk mengenalpasti di mana dia berada.

"Aku  kat mana ni?" tanya Dong Min memegang kepalanya yang masih berdenyut.

"Kau dekat rumah aku."  Jawab Jimin yang keluar dari dapur mengejutkan Dong Min.

"Ru...rumah kau?  Macam mana aku boleh sampai ke sini?"  tanya Dong Min meminta kepastian.

"Semalam kau mabuk teruk dan kau tak sedar apa."  Balas Jimin berpeluk tubuh memerhatikan Dong Min yang kelihatan bingung.

"Aku ada buat apa-apa tak dekat kau?"  tanya Dong Min lagi dengan nada risau.

"Jangan risau.  Kau mabuk teruk sampai kau pengsan."  Balas Jimin masih lagi berdiri dalam posisi yang sama.

Cerita Kita (Completed)Where stories live. Discover now