KAWAN PAPAN KEKUNCI

315 25 2
                                    

Nama Pena: Hayley Dawn Harper
Status: Disiarkan dalam page RASMI ARKIB ANGKER NEGARA (2019)

TAJUK CERPEN:
KAWAN PAPAN KEKUNCI

            Daun pintu aku hempas kuat dan kerusi di depan katil aku tendang. Perasaan aku berkecamuk hari ini. Apa tidaknya, seharian aku dibuli dan dipersendakan oleh kawan- kawan sekelas. Aku gemuk dan tak pandai bergaya seperti mereka. Tapi aku tidak pernah menganggu mereka. Malah, setiap kali mereka lalu di hadapan, aku ambil laluan jalan yang lain.

           Beberapa bulan lagi peperiksaan SPM akan berlansung. Apa pun masalah di sekolah, aku perlu fokus dengan peperiksaan ini. Ibu berharap sungguh dengan pencapaianku di dalam bidang pelajaran. Dia mahu aku menjadi orang yang berjaya dan berpendidikan serta berkerjaya kelak.

       Pagi itu, aku ke sekolah seperti biasa. Beberapa ketulan sampah dan kotak minuman kosong diletakkan di atas mejaku. Aku hanya menggeleng. Pasti kerja Nadine dengan kawan- kawannya. Mereka adalah kumpulan pelajar wanita yang selalu membuli aku di dalam kelas. Aku pungut semua sampah itu dan terus buang ke tempat yang sepatutnya.

       Tiba- tiba bag sekolahku di buang ke lantai. Aku menoleh ke belakang dan terus tunduk. Nadine sedang memandang aku dengan renungan penuh makna.

         Apa lagi yang dia mahu?

         "Selamat pagi si gemuk. Minta maaf ya. Kau tak dibenarkan duduk di meja ni. Kau duduk meja belakang sana!" Bentak Nadine.

        Aku mengambil bag Sekolah ku di lantai itu dan terus melangkah ke meja paling belakang. Memang begitulah kehidupanku sehari- hari. Kadang di meja depan dan kadang di belakang. Aku sudah bosan mahu melawan atau melaporkan mereka kepada guru disiplin. Aku tak mahu menyusahkan ibu datang ke sekolah.

       Ketika bersendirian menunggu masa rehat berakhir, aku hanya duduk memerhatikan gelagat pelajar yang lain. Mereka semuanya gembira. Mereka miliki segalanya. Kawan baik dan juga kehidupan sebagai seorang pelajar yang normal. Bukan seperti aku yang menyendiri. Takut mahu bercakap dengan sesiapapun.

         Perkara yang mengembirakan aku adalah berada di dalam bilik dan bermain permainan komputer. Itulah duniaku yang sebenarnya. Aku boleh menjadi diriku sendiri bila bermain dengan permainan komputer.

           Aku juga mempunyai rahsia yang aku simpan daripada pengetahuan orang ramai termasuk ibuku sendiri. Aku aktif di laman sosial terutama lama muka buku tapi dengan menggunakan akaun palsu. Aku selalu memerhatikan aktiviti Nadine dan kawan- kawannya melalui akaun palsu itu. Mereka memang aktif dan mempunyai banyak pengikut. Aku juga salah satu pengikutnya. Tapi aku bukanlah peminatnya. Aku cuma mengikuti akaun laman muka buku Nadine untuk melihat apa yang dia lakukan setiap hari selain menjadi pembuli di sekolah.

         Malam itu, aku sedang mengulang kaji pelajaran subjek sejarah. Sambil membaca nota, aku menjawab soalan esei. Jam sudah menunjukkan jam 11.45 malam. Aku berehat sekejap untuk minum kopi bagi mengurangkan rasa mengantuk. Aku sempat membuka laman muka buku dan Nadine sedang bersiaran lansung ketika itu. Hanya aku yang melihat Siaran lansungnya ketika itu tapi aku tidak memberikan sebarang komen.

         "Kenapa dengan Nadine ni?" Aku lihat dia sedang menangis ketika bersiaran di laman muka bukunya. Dia sedang meluahkan rasa kecewa kerana ibu bapanya tidak membelikan dia kasut Sneaker jenama Nike yang baru kerana dia sangat gemarinya. Aku menggeleng.

        "Bertuahnya kau Nadine, hidup penuh dengan kemewahan. Kau cantik dan miliki segalanya. Alangkah baik kalau aku jadi kau walau sesaat." Aku perhatikan saja Siaran lansung Nadine. Dia sedang berbaring di atas katilnya bersama linangan air mata. Dia nampak sangat sedih. Tapi apabila mataku fokus melihat dia, aku terlihat ada sesorang masuk ke bilik Nadine melalui tingkap biliknya. Nadine tidak menyedarinya tapi mataku jelas melihat seseorang telah menutup siaran lansung Nadine.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 15, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SETAN KEYBOARDWhere stories live. Discover now