Mata Hanira Dina meliar mencari lelaki yang sesuai untuk dijadikan suami kontraknya. Sesekali dia melepaskan nafas berat tanda penat. Mana tak penatnya, setelah pulang dari kerja dia berehat sebentar, dan lepas solat isyak dia akan pergi ke kota untuk selesaikan misinya itu .
Sudah setahun dia datang ke Kuala Lumpur . Sengaja dia memilih Kuala Lumpur kerana tempat itu jauh dari tempat tinggal asalnya dan selama setahun juga dia memulakan misi mencari lelaki yang sesuai dengan ciri-ciri yang dia mahukan tetapi hampa . Namun atas matlamatnya untuk mahukan anak dia tetap teruskan misinya .
Tiba-tiba matanya tertacap pada satu tubuh yang agak sasa yang memakai kemeja putih serta seluar jean hitam . Lelaki yang tinggi lampai itu memang memenuhi ciri-ciri yang dia mahukan . Lelaki itu sedang berjalan perlahan untuk melintasi jalan sebelum ke tempat parking kereta sambil menjijit beg plastik 7E.
"Aku mesti dapatkan lelaki ni. No matter what dia mesti kena jadi suami kontrak aku" Tekad Hanira Dina bertutur dalam hati sambil berlari anak ke arah lelaki itu .
Tengku Adam Raiyan terkejut apabila seorang wanita yang cantik bertudung litup berdiri dihadapannya sambil mengangkat tangan tanda menyuruhnya untuk berhenti ketika dia hendak berjalan melintasi jalan untuk ke tempat parking.
"Erm sorry encik tapi saya perlu cakap dengan encik . Really urgent" Perlahan Hanira Dina bertutur
"I okay je tapi did I know you miss? Tanya Tengku Adam yang masih dalam keadaan terkejut .
"Tak , awak tak kenal saya . But I really need your help" Takut pula dia melihat wajah lelaki dihadapannya yang serious itu tapi tetap handsome dan bergaya. Ala-ala lelaki maskulin .
"Okay , cakaplah" Tengku Adam masih serious bertutur tanpa sebarang senyuman terukir dibibir merahnya.
"Listen carefully , saya datang Kuala Lumpur ni semata-mata nak cari lelaki yang sanggup mengandungkan saya then ceraikan saya lepas saya saya mengandung . Tempoh untuk perkahwinan kontrak ni hanya untuk setahun . Selama setahun tu saya tak akan campur apa-apa pun urusan awak termasuk hal harian awak " Panjang lebar Dina menerangkan kepada lelaki dihadapannya
"So you choose me ? Are you out of your mind" Suara Tengku Adam sedikit meninggi tanda tidak bersetuju.
"Ya saya pilih awak . Saya tahu semua ini kerja gila tapi saya terpaksa . Saya tak paksa awak untuk terima tapi saya akan bagi masa untuk awak fikirkan." Suara Dina masih berharap walaupun sedikit hampa.
Dina menghulurkan kad nama berwarna merah muda dari beg tangannya dan memberi kad itu kepada lelaki dihadapan yang masih tidak menginjak walaupun seinci
"Ni kad saya , kalau awak ubah fikiran awak boleh call saya ,saya akan sentiasa menunggu " Kedengaran suara Dina masih berharap.
Tengku Adam lambat mengambil kad itu .
Selepas kad namanya disambut , dia segera memberi salam dan mengorak langkah pergi meninggalkan lelaki itu.
Tengku Adam yang masih terkejut dengan apa yang berlaku tadi masih kaku .
"What the heck she is" Gumam Tengku Adam dalam hati.
Melihat kelibat gadis tadi hilang ,Tengku Adam segera berjalan menuju ke kereta mercedes merah miliknya .
Didalam kereta Tengku Adam membelek kad nama yang diberi kepadanya tadi . Dilihat nama yang tertera pada kad itu.
YOU ARE READING
Cinta Kontrak
RomanceHanira Dina "Macam yang saya cakap sebelum ni .Lepas saya mengandung , awak kena ceraikan saya dan awak tak payah risau tentang kehidupan awak yang sekarang sebab awak dan saya akan buat hal masing-masing . Rules yang saya dah tetapkan dalam kontrak...