"Aku terima nikahnya, Erlin Natasha binti Fauzi, dengan mas kahwinnya,"
"Tunggu!" lafaz ijab kabul yang hampir selesai tadi terhenti seketika dek kedengaran satu suara nyaring yang menghalang lafaz itu diucapkan.
Semua mata tertumpu pada susuk tubuh seorang wanita yang sedang berdiri tercegat di pintu masjid itu sambil menanti perlakuan seterusnya yang bakal dilakukan oleh wanita 20-an tersebut. Termasuklah bakal si pengantin perempuan yang sememangnya insan yang paling gementar sekali dalam situasi tersebut.
"Saya tak akan izinkan suami saya berkahwin dengan wanita lain! Tambahan pula, dalam keadaan saya, isterinya, yang sedang sarat mengandung lima bulan ni!"
Riuh sebentar suasana di dalam masjid itu. Erlin terpana. Hampir-hampir sahaja dia pitam di situ usai mendengar pengakuan dari wanita tersebut.
Perasaannya bercampur baur. Apakah dugaanku ini, ya Tuhan? Hatinya berkata-kata.
Wajah emak dan ayah di pandang sekilas sebelum wajah si pengantin lelaki di pandang. Di tenung lama wajah tersebut. Namun, semakin lama wajah itu cuba dijelaskan, semakin kabur pandangannya dalam kesamaran. Sedikit demi sedikit. Sebelum hilang sepenuhnya..
"Lynn, bangun wei! Dah pukul sepuluh dah ni.. Kau ada group discussion kan hari ni?" Diana sudah mula membebel.
Tangannya sudah terlebih aktif menggerakkan tubuh sahabatnya yang memang sedari tadi seolah-olah tidak mahu beranjak langsung. Selimut pink bercorak abstrak yang begitu kemas membaluti tubuh Lynn ditarik.
"Wei! Aku tahulah semalam kau tidur lambat. Nanti dah habis group discussion, kau sambunglah tidur kau tu balik.." Lynn yang masih lagi tidak bergerak dari atas katil tanpa selimut itu ditenung. Pantas, punggungnya ditampar kuat.
"Auu! Sakitlah..." Kedengaran sayup-sayup rengekkan Lynn dalam serak-serak basah dari tekak baru bangun tidurnya.
"Husna call tadi. Dia kata, semua orang dah sampai. Tinggal tunggu kau seorang je,"
"Tipu.. Takkan Abang Eric pun dah sampai? Dia janji nak ambil aku kat sini.." Lynn sudah buat muka pasrah tanpa rela dalam keterkejutan.
"Manalah aku tahu. Call lah dia? Maybe, dia terlupa kot.."
Lynn sudah angkat tubuh. Selimut dilipat. Bantal disusun kemas. Bed-sheet pun siap ditegangkan.
Tuala dicapai dan bergegas dia menuju ke bilik air.
Diana sudah menggeleng kepala. Telefon bimbit dicapai dan segera dia menaip sesuatu sebelum butang send ditekan,
'Lynn tengah bersiap. Dia ingat kat abanglah. Jangan risau :)'
***
"Abang! Sorry.. Malam tadi Lynn tidur lambatlah. Kena siapkan protocol writing untuk group discussion pagi ni," ujar Lynn dari kejauhan, namun, masih lagi dapat didengari oleh insan yang sedang sabar menantinya di bahagian pemandu kereta.
Pintu kereta dibuka. Punggung dihenyakkan atas kerusi di bahagian penumpang hadapan. Nafasnya turun naik pantas akibat kepenatan berlari-lari mengejar waktu. Dia sendiri sedar bahawa dirinya sudah terlambat dan dia juga tahu bahawa Abang Eric sudah agak lama menunggunya bersiap sedari tadi.
"It's okay. Abang pun, memang tak ada kerja lain kan nak buat, kecuali tunggu Lynn berjam-jam dalam kereta ni.." Eric sudah mula mengeluarkan ayat sarkastiknya. Lynn pandang wajah Eric.
"Abang marah ke?" Lynn sudah buat muka cuak. Abang Eric marah ke? Macam mana ni? Susahlah kalau dia dah merajuk satu hari ni! How about our date? Takkan nak cancel je?
Mindanya sudah penuh dengan pelbagai soalan yang tiba-tiba sahaja keluar satu per satu dari benak fikirannya. Tak boleh! Tak boleh! Kena fikir sesuatu ni!
Tiba-tiba, satu kucupan hinggap di pipi kiri Eric. Eric terpaku sebentar. Pantas, wajah Lynn dipandang.
"Are you seducing me, dear?"
"Mana ada! Tu tanda maaf dari Lynn lah," Lynn sudah merengek. Bukan mudah untuknya memulakan langkah berani sebegitu.
"You know, nasib baik Lynn ada group discussion yang sangat penting hari ni. Kalau tak, abang dah bawak Lynn balik rumah je tau!" Eric terus terang.
Wajah terasa panas. Lynn sudah kematian kata. Jari-jemarinya bermain-main dengan highlighter yang tersangkut pada buku rujukan yang dipangkunya.
"Sesuka hati abang je nak bawak Lynn balik rumah eh?" Lynn balas juga kata-kata Eric tadi.
Eric sudah bergerak merapati dirinya. Wajahnya dan wajah Eric kini hanya tinggal kurang se-inchi sahaja jaraknya. Hembus nafas Eric yang hangat itu lembut menampar pipi mulusnya.
"Why I can't, dear?" Eric berbisik lembut.
Lynn diam lagi. Jantung sudah berdegup kencang. Wajahnya tunduk memandang jari sendiri. Sabarlah, wahai hati. Bertenang! Bertenang!
"Pandang abang, Lynn," Eric masih lagi di posisi yang sama.
Lynn masih tidak berganjak. Urat saraf tidak dapat nak menyampaikan 'signal' dengan betul pada tubuhnya.
"You know what, you need to rememer this always okay?"
Lynn angkat wajah. Matanya bertemu mata hazel milik Eric.
"What is it?" Lynn balas perlahan.
"That you're already my wife," balas Eric sebelum satu kucupan lembut hinggap di bibir mungil Lynn.
Lynn kaku sekakunya, dalam debar yang kian memuncak.