Oh Sehun melepaskan keluhan kecil sambil matanya melihat ke arah kertas berwarna warni di atas mejanya .
"Hoi!", Luhan menepuk belakang badannya membuatkan Sehun terserdak kecil . Dia menjeling tajam ke arah Luhan yang sudah terkekek ketawa . "Woi sakai , kalau segala anak tekak aku terkeluar cemna ? Kau ni elak aku cekik tau", Sehun mengigit bibir ke arah Luhan yang tua 10 bulan dengannya .
"La Rilek lah . hahahah", Luhan menghabiskan ketawanya lalu terpandang kertas di atas meja itu .
"Lol . pebenda ni ?", soalnya sambil membaca surat itu . Terbuntang matanya .
"Ya paling . Banyak gila surat cinta . Pa cita ni haa budak", Luhan agak takjub dengan kepopularitian Sehun itu . Sungguh tak disangka .
Sehun mengeluh bosan . "Alah . Bosan dah aku tengok menda sama jadi . Asal dorang taknak confess depan-ii .. Eyy", Sehun malas mahu melayan segara kertas bagaikan nakharom itu . Lalu dia mencampakkannya ke dalam tong sampah .
"Hotlah katakan", Luhan membuat muka sedangkan dia pun 2x5 jugak . Takde beza pun dengan Sehun ni .
Mereka dengan bosannya memandang cikgu yang sedang mengajar di hadapan .
Tiba tiba .
Knock Knock
Pintu kelas diketuk . Semua bebola mata memandang ke arah pintu . Seorang gadis sedang berdiri di muka pintu itu .
"Ahyeong , ya masuk", Puan Jungah memanggilnya masuk , Ahyeong masuk sambil membawa kertas .
"Nah puan . Kertas yang puan nak tu . Saya dah siap print", Ujar Ahyeong , seisi kelas senyap oleh kerana memandang Ahyeong yang cantik itu .
Tanpa dia sedari , Sehun dan Luhan sedang memandang mereka dengan wajah yang gatal , eh Luhan je . Sehun tak . Sehun kekal dengan wajah coolnya sambil memandang Ahyeong yang sedang berbual dengan Puan Jungah .
"LuGe , siapa pompuan tu?", Soal Sehun kepada Luhan .
"Oh ? Tu Kim Ahyeong kelas sebelah . Dah apahal ?", Luhan pulak bertanya .
"Ouuu . Eh takde pelah . saje", Sehun membalas balik , dia terus memandang Ahyeong yang berada di depan , Ahyeong yang terasa dirinya diperhati seseorang , lalu memandang ke arah Sehun .
Mata mereka bertembung . Tiba tiba , satu perasaan elektricity masuk ke dalam hati Ahyeong membuatnya berpaling daripda Sehun . Malu . Dia mengaku , Sehun sangat kacak dan menawan . Tapi tak tahu kenapa , hatinya berdebar pula walaupun baru pertama kali berjumpa dengannya .
Sehun perasan tindakan Ahyeong itu . Dia tersenyum nakal . Dia mula tertarik dengan wajah , penampilan dan gaya Ahyeong . Dia terus menatap Ahyeong .
Ahyeong meminta diri untuk pulang ke kelasnya daripada Puan Jungah , semasa mahu keluar , matanya bertembung lagi dengan Sehun , kali ini Sehun memberikannya kelipan mata membuat Ahyeong berdebar lagi . Dia terus keluar dari kelas .
"Ahyeong , we will meet again", Ujar Sehun dengan senyuman manisnya .