Seminggu dah pun berlalu. Cepat. Pejam celik dah habis pun minggu orientasi. Afina memandang telefon bimbitnya yang kini terpapar jadual. Nafas panjang dihela. Ada lagi satu jam sebelum kelasnya yang pertama sebagai pelajar ijazah sarjana muda bermula. Kelas bahasa inggeris. Lebih tepat lagi, professional english. Nafas dihela lagi.
Bila lah aku nak jumpa matapelajaran yang ada kira-kira ni. Ini salah satu punca Afina memilih kejuruteraan sebagai pilihan. Kira-kira adalah kegemarannya manakala menghafal bukanlah satu kepakaran dan mungkin juga adalah satu kelemahan buat dirinya.
"Kau kelas jam berapa?" Aisyah menyoal. Ditariknya kerusi mendekati Afina yang duduk di hujung katil. Nurina entah kemana. Mungkin ke kelas.
"Sepuluh." Sepatah yang ditutur Afina.
"Awal kau siap. Nak pergi mana awal-awal ni."
Afina membalas dengan gelengan.
"Kau dah kenapa?" soal Aisyah lagi. Perasan juga Afina dah tak macam manusia normal dah. Senyap aje dari tadi. Tanya pun sepatah yang keluarnya.
Kali ini Afina mengangkat bahu tanda tidak tahu. "Aku cuak kot. Aku selalu macam tu."
"Chill la kawan. Tak ada apa yang nak dicuakkan. Kelas apa kejap lagi?"
"Professional english by Madam Isabell."
"Oh Madam Bell." Aisyah mengangguk.
"Macam lah kau kenal." Afina sudah kembali ke mood asal. Sudah hilang cuaknya barangkali.
"Aku tak kenal sekarang, tapi aku akan kenal nanti. Tak gitu kawan?"
Afina mencubit lembut lengan Aisyah. Macam-macam betul. "Aku dah nak pergi kelas ni."
"Awalnya beb. Nak pergi mana awal-awal macam ni?" Soalan yang sama diajukan Aisyah.
"Tak pergi mana pun. Sementara nak jalan lagi, nak cari kelas lagi. Makan masa tau."
Betul jugak cakap Afina tu kan. Aisyah mengangguk setuju. Tapi Afina kan dah tau selok belok kampus ni. Ah....biar aje lah. "Selamat ke kelas. Kelas aku baru nak mula esok."
"Untunglah." Kunci yang tergantung di tepi pintu diambil. Sengaja digantung di situ. Senang nampak, senang diambil dan tak hilang. "Aku gerak dulu ye. Apa-apa nanti roger."
"Okay." Aisyah kembali ke katilnya. Apa lagi, masa untuk lelapkan mata. Kelas pun tak ada, hati pun senang.
Afina dah berdiri tegak di hadapan kelas AD207. Air liur ditelan beberapa kali. Kenapa yang cuak sangat ni. Relax Afina. Chill. Jangan gelabah. Tak ada apa pun yang perlu ditakutkan. Pintu dikuak. Kelihatan wajah-wajah yang tidak dikenali. Biarkan. Yang penting cari tempat duduk dan macam biasa kat belakang adalah tempat yang paling sesuai. Kerusi sebelah ditarik seseorang. Perempuan.
"Hai." Dia menegur.
"Hai jugak."
"Nama apa?" Dia menyoal.
"Afina. Kau?"
"Panggil Shaz je. Nama penuh Shazreen"
Afina mengangguk. "Okay."
Jam menunjukkan tepat pukul sepuluh tetapi kelibat pensyarah masik lagi tidak kelihatan. Biasalah. Kelas pertama kan. Afina hanya menongkat dagu memandang sekeliling. Ramai jugak yang ambil subjek ni. Dia kemudian memandang tepat ke wajah budak lelaki di hadapan yang kini betul-betul menghadapnya.
"Korang nama apa? Umur berapa?"
"Aku Shaz. Umur sembilan belas." Shaz menjawab dulu.
"Nama aku Afina Kamelia. Umur dua puluh."
"Eh. Umur kita sama. Aku Ezekiel." Ujar budak lelaki berbaju merah hati di hadapan Afina. "Dulu kau belajar mana?" soalnya lagi.
"Kolej Mara Kulim. Asasi kat situ."
"Asasi kau dua tahun eh?" masih lagi dengan soalan dari Ezekiel.
"Taklah. Mula-mula aku masuk UIA tapi aku tak boleh go, keluar then masuk KMKu." Afina menerangkan dengan mudah. Panjang kalau dia bukak cerita nanti. Esok pun belum tentu habis. Baik dia bagi tahu apa yang perlu sahaja.
"Oh. Memang UIA susah sikit kan." Ezekiel mengangguk faham.
"Kau pulak?" giliran Afina pula yang mengajukan soalan.
"Aku dulu GMI. A level."
Budak pandai rupanya mamat ni. Gumam Afina sendiri. Patutlah. Nampak pun dah pandai. Gempaklah. A-level kot. Aku mintak dulu pun tak lepas. Ini mesti result SPM warna berterbangan ni. Tapi kenapa dia tak fly oversea?
"Kenapa tak fly German?"
"Result tak perform." Perlahan Ezekiel menuturkan. Segan barangkali.
Afina hanya membalas dengan senyuman. Tidak tahu untuk berkata apa. Dia bukanlah jenis yang peramah tetapi kalau dah jumpa yang sekepala, bukan setakat masuk air, bercakap macam tak mahu berhenti pun boleh.
Ezekiel memandang dua orang budak perempuan di hadapannya. Yang sorang nampak ayu yang seorang lagi nampak ganas sikit. Macam tomboy versi muslimah pun ada. Dengan hanya mengenakan tshirt lengan panjang, jeans dan tidak dilupakan yang paling menarik perhatiannya, kasut sukan berwarna pink. Pink terang lebih tepat. Tinggi betul konfiden budak yang bernama Afina Kamelia ni. Nama bukan main sedap tetapi dia lebih tertarik pada yang seorang lagi. Iaitu Shazreen. Nampak ayu je. Sejuk mata memandang.
Pandangan dialihkan ke arah Shaz. "Kau dulu belajar mana?"
"Matrik." Sopan dan lembut dia memberi jawapan.
"Matrik mana?"
"Matrik Penang. Dekat je."
"Tak pergi jauh la kiranya. Kenapa dulu tak mintak belajar jauh sikit?" Ezekiel masih dengan soalannya.
"Entah. Dapat sini. Aku teruskanlah kat sini. Tak jauh. Senang. Boleh selalu balik rumah." Buku nota di hadapannya, Shaz bukak dan kemudian tutup. Dia berniat untuk menulis namanya tapi Ezekiel nampaknya lebih tertarik untuk berborak dengannya.
Ezekiel hanya mengangguk. Pandangan masih lagi pada Shaz. Tertarik betul dia dengan Shaz. "Kau....." belum sempat dia menghabiskan kata-kata, rakan sebelahnya memotong.
"Kelas hari ni batal. Dah, jom pergi makan."
Ezekiel memandang Syafiq dengan muka tak puas hati. Kacau betullah mamat ni. Baru nak suai kenal. Buku dan beberapa batang pen yang dikeluarkan tadi dimasukkan semula di dalam beg. Dia kemudiannya bangun dan mencapai beg yang berwarna hitam. Kerusi disorong perlahan kembali ke bawah meja. Setelah semua dalam kedaan yang baik dan tidak ada apa yang ketinggalan, Ezekiel mengorak langkah ke luar kelas dan menuju ke kafe. Hanya beberapa tapak, langkahnya mati. Dia berpusing menghadap kedua gadis di belakangnya. "Korang nak pergi makan ke?"
"Kau nak makan tak Afina?" Shaz menyoal.
Afina hanya menggeleng tanda tidak. Dia masih kenyang lagi. Baru pagi tadi dia sudah makan sepinggan nasi goreng. Lagipula dia dalam mood menjaga badan. Berat dah turun jadi kenalah jaga elok-elok.
"Aku pun tak pergi makan kot."
Ezekiel hanya mengangguk. Tak apalah. Baru ingat nak ajak makan sekali. Dia kembali mengorak langkah yang terbantut tadi. Laju je berjalan mengejar Syafiq yang sudah jauh di hadapan menujuk ke kafe.
YOU ARE READING
Hanya Kamu
RomanceHanya kamu sentiasa. Mulanya aku buta. Permata depan mata tapi masih memandang yang kaca. Apa rasanya kalau crush yang kita suka, minat kita balik? Indahkan dunia ni.