Assalamualaikum 🌺
Buat apa tu? Ha saya tahu, main wattpad lerr tu. Okay, nampak tajuk hari ni. Saya akui diri dilanda kesibukan kerja. Tapi tak apa, waktu macam ni je free sokojap.
Watak & perwatakan. Alah semua tahu. Secara ringkas saja saya nak hurai. Baiklah, mari kita teruskan.
1) watak utama -watak penting yang menggerakkan cerita tu. Kalau setakat handsome tapi tak bergerak. Mungkin orang lain yang awak nak jadikan watak utama tapi tak nampak.
2) watak sampingan -watak pembantu; lebih kecil peranannya daripada watak utama tapi watak ni memang membantu lah.
3) watak bundar -complicated sikit. Dia punya watak nampak berbeza daripada sifat watak lain. Paling pelik
4) watak kodi -watak konvensional. Contohnya macam nenek kebayan. Sedikit sifat tersendirinya, terlalu banyak sifat stereotaipnya.
5) watak pipih - watak yang mempunyai satu sifat, tak berkembang dan tidak kompleks.
6) watak dinamik - watak yang berkembang dari segi aksi, emosi, dan fikiran.
7) watak statik - tak ada perubahan. Dari mula sampai akhir, macam tulah.
Sabtu | 15 Febuari 2020
YOU ARE READING
Tips Penulisan
Randomtiada perkataan rugi dan sia-sia jika anda melangkah masuk ke dalam buku ini. Anda akan keluar dengan perasaan membara untuk memulakan sebuah cerita. Percayalah, jika kita sering menuntut ilmu pasti akan memudahkan kita untuk membuat sesuatu. 🌸Say...