Kringgg!!! Loceng berbunyi menandakan bermulanya waktu rehat.Kelihatannya seperti seseorang sedang menapak menuju ke meja Ong.
"Woi! Kau ni! Kerja kau tidur je tapi result kau tak pernah berubah pun...Asyik-asyik kau je nombor satu.... jealous aku" marah Wonwoo.
Ong bangun dengan muka hairannya, " Kau ni dah kenapa? Aku tidur je pun. Lagipun bukannya ada saem yang masuk kelas pun.So, tak salah kalau aku nak tidur pun. Relaxlah bro, benda boleh chill😎"sambil menepuk-nepuk bahu kawan baiknya itu.
"Banyaklah kau punya relax! Dah, jom pergi kantin. Perut aku dah lapar. Alang-alang tu aku nak usha aku punya crush sekali, hihi.."sambung Wonwoo.Selepas itu mereka pun berjalan menuju ke kantin.
•~•
"Wei, aku dengar cerita yang ada budak baru dari Malaysia nak pindah masuk sekolah kita. Betul ke? " tanya Jun."Entahlah Jun. Biarlah kat budak tu nak masuk sekolah kita ke, sekolah mak dia ke, even sekolah mana-mana jelah..."balas Ong acuh tak acuh.
"Kan?!" Yoora dan Wonwoo mengiakan kataku tadi serentak. Hrmm, sesuai betullah diorang berdua. Padanlah bercinta senyap-senyap kat belakang...Nak sorok daripada aku konon, huh.... Bila teringatkan perkara tadi aku rasa geram pulak.Kata tadi nak pergi kantin sebab nak usha crush padahal usha girlfriend sendiri. Ceh, boleh blah la!
"Haihhh, korang ni. Aku tengah seriuslah. Aku dengar jugak cerita yang budak tu kan sebenarnya anak pengetua sekolah kita, Puan Yoon. Dia pindah ke sini pun sebab nenek dia yang tinggal dengan dia selama ni kat Malaysia dah mati baru-baru ni. "kata Jun lagi. Haih si budak Jun ni pun satu.. Dia cakap macam buat aku rasa kasihan pulak kat budak tu tapi masih belum cukup untuk runtuhkan pendirian yang aku pegang selama ini iaitu untuk tak ambil peduli tentang orang yang aku tak kenal dengan rapat.
"Ya ke? Alahh, kesiannya dekat dia..Mesti dia rasa sunyi kan? Yelah.. orang yang paling dia rapat dan tinggal dengan dia bertahun-tahun dah takde. Tapi tak apa! Aku kan ada. Mesti best kalau dia masuk sekolah ni sebab.... bolehlah aku dapat kawan baru!! Yesss! Nak dapat kawan baru!! "kata Yoora sambil bersorak girang dia sebab nanti nak dapat kawan baru. Aku dengan ahli geng kami yang lain hanya melihat telatah Yoora, satu-satunya ahli geng kami yang perempuan lantas menggelengkan kepala dan tersenyum.
"Eh, kejap! "kata Yoora pula kemudiannya menyebabkan kami tersentak dan menoleh wajah kepada dia semula.
"Kalau betullah dia masuk sekolah ni, nanti dia masuk kelas mana eh? Aku harap dia masuk kelas sama dengan kita, Kelas 6/1 a. Lagipun budak tu mesti pandai kan kalau dia memang anak Puan Yoon. Kau tengoklah Puan Yoon tu. Pandai, berdedikasi, baik, lawa pulak tu! Mesti dia ikut perangai Puan Yoon kan? Tak sabar pulak aku nak jumpa dia. " teka Yoora pula panjang lebar dengan teruja.
"Korang ni dah-dah la tu....Korang ni kerja bergosip je tahu.Baik korang buat homework takpun study lagi bagus.Barulah result boleh gempak macam aku," nasihat Ong..Sempat lagi bangga diri tu!
"Huh, berlagak!" ucap ahli-ahli geng aku beserta cebikan bibir mereka yang 'khas' dibuat untuk aku. Kedengaran tawa kami selepas itu.
Dua hari kemudian.
Aku sedang berjalan menyusuri lobi sekolahku menuju ke arah loker aku. Tup tup... aku dilanggar dari belakang.
"Mianhae.... " kata seorang gadis yang menundukkan badan untuk kutip buku miliknya yang jatuh sebab terlanggar aku tadi. Belum sempat aku nak balas apa-apa, gadis itu dah terlebih dahulu pergi dengan kelam kabut. Aku hanya melihat tingkah laku gadis itu bersama segaris senyuman kecil di bibir aku. Aku teruskan langkah menuju ke kelas setelah sedar yang aku dah terlewat nak ke kelas.. Tak pasal-pasal satgi aku kena kelas detention kang.. Naya aku!