Masa

3.4K 13 0
                                    

Pandangannya fokus ke arah dua jejaka yang sedang leka dengan telefon pintar mereka. Matanya bertemu Haziq sedari tadi asyik memerhatinya. Matanya pantas berpaling dan berpura-pura membuat kerja sekolah. ''Kerja apa?'' 

''Akaun.'' Balasnya ringkas.

''Maaflah, kami budak Sains Tulen. Tak mampu mengajar Akaun.'' Ihzam mencelah perbualan mereka. ''Tapi, keputusan Spm, Math juga yang elok daripada Sains kita.'' Haziq berpura-pura sedih sebelum dipujuk manja oleh Ihzam. Ketawa mereka meletus menggegarkan kantin. Ketawa mereka asyik seakan-akan gadis itu tidak wujud di situ. Kenapa ya, perempuan tak boleh ada dua-dua sekali?

'Dah aturan macam tu.' Tak adilnya. 'Tuhan dah tetapkan.'

Kalau macam tu, ambil dua-dua sekali lah tanpa pengetahuan Dia. 'Allah itu Maha Mengetahui,' bibitnya tersenyum dengan fikirannya. ''Nabilah,'' namanya dipanggil dari jauh.

''Kawad?'' Rakannya yang disapa di gerai makanan tadi bertanya, Afifah. Hampir semua orang mengatakan mereka berdua seakan-akan seiras. Perangai mereka yang riang, warna kulit yang serupa. Sehinggaka cikgu pun tak dapat membezakan mereka. ''Jap!'' Nabilah membalas dan mencapai botol airnya setelah mengemaskan bukunya ke dalam beg.

''Nanti, Haziq dekat kawasan Pengakap kawad tau.'' Haziq sempat berpesan. ''Okey! Ihzam dekat mana?''

Jejaka yang asyik dengan telefon pintarnya itu menoleh. Jari telunjuknya di tunjukkan ke arah hatinya sebelum ke arah gadis itu. Ketawanya meletus sekali lagi apabila gadis itu memberi reaksi jijik. ''Dekat kantin!'' Ihzam menjerit sebelum gadis itu berlalu bersama rakan-rakannya.

******************************************                  *****************************************

''Mana satu, Nab?'' Keningnya diangkat. ''Ihzam ke Haziq?'' Matanya terbeliak, mana mungkin dia mahu memilih bila hati ini pun turut tertanya benda yang sama. Bahunya diangkat sebelum berkata ''nak dua-dua sebab nanti tak ada lah yang sakit.'' 

''Mana boleh,'' Hanisa membangkang.

''Boleh lah! Cuma kau kena main kayu tiga senyap-senyap.'' Najjah menyokong pernyataannya.

''Okey lah. Kita ikut hati kau. Kau nak mana?'' Aqilah bertanya.

''Hazim?'' Matanya menoleh ke arah rakanya yang tiba-tiba memanggil nama jejaka yang sudah lama meninggalkan hidupnya. Semua rakannya juga menoleh ke arah Afifah. ''Ish! Mana boleh! Orang dah berpisah kan,'' Najjah menolak.

''Habis tu Haziq boleh pula?'' Afifah membantah. ''Tak kata suruh pilih Haziq,'' Najjah mencebik.

''Tak apa, tak apa. Kau main kayu empat lah Nab. Tak ada lah orang sakit,'' Hanisa cuba berlawak dengan dirinya.


'Hazim?' Lama dia tak dengar khabar jejaka itu. Kali terakhir dia dengar dua tahun lepas.




Have your read 'Sayang? Rindu? Dua-dualah..''

Ada sikit kaitan cuba dalam cerita ni nama dia Nabilah.


Vote & Comment

Jiran Sebelah 2Where stories live. Discover now