제 04 장

12 5 0
                                        


Nama aku, Jung Minhae. Pelajar menengah atas, 17 tahun...

Aku jual pakaian dan aksesori buatan sendiri secara online untuk membantu omma sara keluarga...

Ni hadiah hari jadi daripada aku

Warnailah kedai seputih bajh ni dengan warna kau sendiri.

Kemudian, carilah seorang kawan yang boleh dipercayai dan kembangkan perniagaan kau.

Berusahalah!

- Chimin -

Tak mungkin! Pelanggan tetap aku, ENCIK Chimin hadiah aku sebuah kedai! Seolma-

"Kan aku dah cakap aku nak tolong kau" perwatakan Jimin berubah apabila melihat Minhae seakan tak percayakannya

Renungan tajam daripada lelaki tu membuatkan Minhae berasa hampir pitam, gerun—

Dia mengangkat kedua belah tangannya "err... "

Lelaki ni kawan sekelas aku, Park Jimin merangkap deskmate aku...

Bukan aku tak percayakan dia cuma...

Kalau budak jahat yang terkenal macam dia ada dekat sini...

Apa nasib kedai ni?!

"Lagipun siapa Chimin ni? " soal Jimin lagi, dia menyoal dengan lembut

"Ah...dia? " Jimin masih menunggu jawapan dari Minhae

Minhae tersenyum sedikit—

"Sejak...

...ayah aku seorang peniaga kedai baju meninggal dunia...

...aku cuba tolong omma cari duit untuk sara keluarga dengan menjual baju buatan sendiri. Ayah yang ajar aku menjahit...

...pelanggan pertama beli baju aku masa aku tengah kecewa sebab masih tak ada jualan masa susah...

...adalah Encik Chimin" Minhae meletakkan kedua tangannya didada, dia memang bersyukur kerana ada Encik Chimin

Kalau dia tak ada...

...aku tak akan berjaya macam sekarang...

Jimin menggosok lehernya sendiri "huh- " dia hanya merenung Minhae yang masih tersenyum

Agaknya Encik Chimin macam mana orangnya?

"Lagipun! Aku nak usahakan kedai ni!" ujar Minhae bersemangat, dia melompat-lompat dihadapan Jimin

"Demi Encik Chimin juga! "

Kedua mata Minhae bagaikan bercahaya, dia bertekad

"Rasanya mesti berbeza jual online "

Dia sudah mula berangan—

"Aku akan reka baju...

[OG] Strawberry GardenTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang