Part 1(Pertemuan)

157 5 4
                                    

Hai guyss..  ni cerpen pertama aku.. Hopefully okey..  jika ada apa-apa penambahbaikkan atau idea boleh komen atau DM kat ig aku.

                                                                                          *

                                                                                          *

                                                                                          *


            Happy Reading


Selepas tiba di Malaysia, aku dan mak terus ke tanah perkuburan Islam di Sungai Petani, Kedah. "Semak dah kubur ayah, tak ada orang datang melawat dan bersihkan" bisik aku sendiri. Selesai sedekahkan bacaan Yasin dan Al fatihah, aku termenung seketika, terkenangkan saat-saat akhir ayah di dunia ini kerana strok. "Nak, jom kita pulang ke rumah pusaka ayah, kamu pasti penat kan. "Sapaan ibuku menyedarkan aku dari lamunan. "Baiklah mak" akur aku. Disebabkan aku anak tunggal, jadi rumah pusaka ayah diwasiatkan kepada aku. Sejak aku ditawarkan berkhidmat sebagai pensyarah Teknologi Alam Sekitar di Universiti Srinakharinwirot (SWU), Bangkok, Thailand dua tahun lepas, aku dan mak berpindah ke Bangkok, memandangkan sejak pemergian ayah tiga tahun lepas, mak kesorangan, jadi aku perlu bawa mak bersama.


Aku meneliti dalam rumah pusaka ayah untuk aku kemas apa-apa yang patut. Reka bentuknya seperti rumah kayu melayu, kayunya dari pokok cengal yang masih utuh walau hampir dua tahun tak berpenghuni dan tak dijaga. Aku menguak jendela kayu di bahagian ruang tamu agar pengudaraan keluar masuk ke dalam rumah lebih lancar. Dapur dan tandas pula berada di bahagian bawah kerana diperbuat daripada simen. "Sari! Sari!" sayup-sayup aku terdengar suara lelaki memanggil namaku. "Suara itu seperti dari dapur" Aku tertanya-tanya sendiri. 'Kling! Kling!" bunyi loceng kecil kedengaran. "Aishh mana pulak datang bunyi aneh-aneh ni" Dek kerana sifatku yang ingin tahu dan kurang percaya perkara mistik membuatku terus mencari arah datangnya bunyi loceng itu. Bunyi loceng itu makin kuat kedengaran di corong telingaku saat aku tiba di setor bahagian dapur. "Kreeeekk.." aku menolak pintu setor yang sudah karat engselnya. "Uhukkk uhukkk, ooo mak ngai, berhabuk bonar setor ni" spontan loghat Negeri Sembilan terkeluar. Kemudian aku menolak suis lampu lama ke atas yang disaluti sarang labah-labah. Aku terjumpa katil antik di bilik stor, katil itu mempunyai empat tiang, dan dikepala katil terdapat sekuntum ukiran bunga kemboja yang besar seperti bunga berbentuk 3 Dimensi (3D). Aku terpesona dengan katil itu, seperti seseorang yang terserempak dengan cinta pertamanya, aku begitu ralit meneliti katil yang unik itu. Saat aku sentuh ukiran bunga kemboja itu. "Sari! Sari!" aku tersentak, sekali lagi suara yang sama memanggilku. Tiba-tiba "Allahu, kenapa ukiran bunga kemboja itu bercahaya?" Aku kebingungan. "Mak!! Mak!!" jerit aku memanggil mak yang sedang menyapu di bahagian ruang tamu. "Ha! Kenapa?" sepantas kilat mak muncul di depan pintu setor. "Mak, ni katil siapa? Milik ayah ke?" "Oh ni teiyng boran hadiah dari Suppapong kepada ayah ketika di Phang Nga, Thailand. Ayah bagitahu mak dulu, yang katil ini katil turun temurun dari nenek moyang Suppapong" "Arwah ayah kamu bagitahu mak yang katil ni di amanahkan kepada ayah untuk diberikan kepada seorang perempuan" mak bernada hairan "Tapi mak tak bertanya banyak sebab mak cemburu, takut nanti perang dunia kedua pulak" sambung mak. "Emmm..Tapi cantiklah ukiran katil ni, unik. Teringin nak tidur atas katil ni. Saya nak bawanya ke bilik saya la." Kata aku teruja. "Suka hati kamu lah, nanti mintak tolong Salim anak jiran kita tu tolong, kamu pun dah lama tak jumpa dia kan." Kemudian aku anggukkan kepala tanda bersetuju.

" Kemudian aku anggukkan kepala tanda bersetuju

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TEIYNG BORAN (END)Where stories live. Discover now