Part 3 (Keputusan)

22 3 2
                                    

Alhamdulillah siap jugak.. rasa tak lengkap kalau tak buat part 3.

Abaikan typo.

Terima kasih kerana membaca, semoga ianya bermanfaat buat pembaca.




3 tahun kemudian

Pengantin baru.. Pengantin baru.. Duduk bersanding, tersipu malu..

Lagu pengantin dimainkan dan suasana majlis perkahwinan sangat meriah.

Aku bahagia pada hari ini.. Akhirnya Salim berkahwin jugak..

"Taniah Salim..Kahwin jugak kau ye.. Lawa isteri kau"

Sapa aku kepada Salim ketika dia dan pasanganya yang tengah sibuk melayan tetamu yang hadir.

"Hehehe.. tunggu kau lambat sangat.. Aku kahwin dulu la."

"Tapi kalau kau nak jadi isteri nombor dua, aku okey je..HAHAHA.. Ouchh"

Isteri Salim mula cubit pinggang Salim secara sembunyi..

"Hahahaa padan muka kau, baru kahwin dan ada niat nak pasang dua"


2 tahun sebelum

"Sari.. Tadi mak ada sembang dengan Mak Cik Gayah.. Dia ada la bagitahu hasrat dia"

"Hasrat apa mak?"

Aku bertanya kepada mak tanpa memandangnya kerana aku menikmati angin sepoi-sepoi yang menyapa wajahku diiringi bunyi perlanggaran antara daun-daun pokok mangga yang rendang di depan rumah. Duduk di bangku halaman rumah di bawah pokok mangga adalah satu tempat yang menyenangkan kerana Allah berfirman di dalam Al-Quran

"Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, akan tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka."[QS. Al-Israa': 44]

Jadi tidak peliklah apabila kita merasa tenang ketika bersama dengan alam dan haiwan.

"Mak Cik Gayah nak meminang kamu untuk Salim."

Jawab mak sambil mengunyah pinang dah sirehnya.

"Hahhh!!!"

Aku memandang mak dengan wajah terkejut

"Biar betik si Salim ni.. ingatkan dia main-main"

"Habis tu, apa mak jawab?"

Tanya aku dengan perasaan gelisah

"Mak cakap keputusan ditangan kamu sebab yang nak kahwin kamu, bukan mak"

"Huhhh nasib baik"

Aku bernafas lega

"Jadi apa jawapan kamu?"

Tanya mak lagi

"Ermmm nanti la saya bagi jawapan.. Saya perlu berfikir dengan tenang soal ni"

Jawab aku sambil memandang langit.

"Mak.."

Panggil aku perlahan tanpa menoleh kearah mak

"Macam mana mak tahu ayah adalah pasangan yang terbaik buat mak?"

Mak diam seketika dan berhenti meraut daun kelapa untuk diambil lidinya.

"Tiada siapa akan tahu pasangan mereka itu yang terbaik atau tak.. Tapi dengan rasa cinta dan tanggungjawab yang dijadikan satu, kita akan berusaha untuk menjadi yang terbaik buat dia dan menerima kekurangan dia.. Untuk jadi yang terbaik, dengan rasa cinta sahaja tak cukup kerana ia bukan segala-galanya, namun permulaan untuk segala-galanya ialah dengan hadirnya cinta"

TEIYNG BORAN (END)Where stories live. Discover now