Prolog

3 0 0
                                    


Dia berlari termengah mengah menghampiri pondok telefon awam yang terletak di tepi perhentian bas Taman Baiduri dengan muka yang cuak. Dia memandang kiri dan kanannya sebelum mencapai gagang telefon awam yang sudah dimamah usia dengan rakus sekali. Cepat cepat dia menekan butang nombor, dia cuak dan keliru. Tidak tahu nombor apakah yang harus dihubunginya pada waktu yang genting ini. Dia cuba sedaya upaya untuk mengingati nombor talian kecemasan, namun hampa. Satu nombor pun tidak mahu muncul di kotak fikirannya ketika ini. Dia menggenggam erat gagang telefon awam sambil tangan sebelah kanan tidak henti henti mengetuk dahinya – sebagai tindak balas refleksi agar dapat mengingati sesuatu perkara yang dilupainya.

"Heh". Suara seseorang ketawa sinis kedengaran di belakangnya.

Serentak itu, dia menoleh ke belakang - ke arah di mana seseorang yang dia cuba untuk mengelak daripada bertemu. Gagang telefon awam yang dipegang terlepas dari gapaian jemari kasarnya. Dia tergamam, matanya bulat terbuntang. Sesungguhnya dia tidak tahu apa yang seterusnya harus dilakukan olehnya. Apa yang dirinya tahu, ketika ini, bermula detik ini, dia hanya mampu menjerit sahaja.

"Arghhhhhhhhh!!!". Nyaring jerit pekik yang keluar dari kerongkong mulutnya. Ternyata, jeritan itu telah menyebabkan 'seseorang' yang berada di hadapannya tersenyum menyeringai.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 25, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The pizza boyWhere stories live. Discover now