BOOMMMMM!!!
"LARIIII!!!"
BOOMMMM!!!
HUARGHHH!!!!!
"MAKHLUK TU ADE DIMANA MANA!"
"TOLONGG!!! ARGHHHHH!!!!"
BOOMMM!!!
"Abang...."
Disuatu kawasan,seorang budak perempuan berusia 5 tahun sedang berusaha mengawal tangisannya.Badannya yang kecil membolehkan dia menyorok di sebalik dinding memerhati penduduk yang sedang bertarung menggunakan kuasa mereka.Lainlah dia....
Tiada kuasa malah senjata pun tak ada.
"Abang...Tolong...Ta.huarg-"
"Shhh diam! Nanti makhluk tu dengar!" ucap seorang budak lelaki yang sedang menutup mulutnya. Mata birunya memandang tajam satu makhluk yang sedang menghampiri tempat persembunyian mereka.Budak perempuan itu terus berhenti menangis.Dia mula rasa selamat apabila melihat wajah budak lelaki itu.Wajah yang dia harapkan selain daripada wajah abangnya.
"Argh! Dia nampak pulakk! Kau tunggu sini kejap! Jangan pergi mana mana! Duduk sini diam diam"Tiba tiba budak lelaki itu berdecit lalu keluar menghampiri mahkluk itu.Katana kecil yang terdapat di sisi pinggangnya diambil. Walaupun badannya lebih kecil daripada makhluk itu ,dia langsung tidak menunjukkan yang dia gentar walau sedikit pun. Perlahan lahan aura biru mula keluar di sekeliling badan kecilnya sebelum....
Shringg!!
Shrakk!!
" Erghh!Ape susah sangat nak bunuh kau ni! Matilah cepat bongok !!"jerit budak lelaki itu sambil menyerang makhluk itu tanpa henti. Budak perempuan itu hanya mampu gigit jari melihat budak lelaki itu berlawan.Dua dua ganas baginya.
"Awak nak saya tolong tak?!"
"TAK PAYAH!! DUDUK SITU DIAM DIAM!! ARGHH TEPI LA!!"
Budak perempuan itu makin gelisah apabila melihat budak lelaki itu dihempap.Matanya meliar sekeliling mencari senjata untuk menolong.
"Awak! Lari cepat !" jerit budak perempuan itu sebelum membaling segenggam pasir ke arah makhluk itu.
HUARGHH!!!
"Lari lari ,dia tengah tak nampak tu!" arah budak lelaki itu sambil menarik tangan budak perempuan itu mengikutnya.
"Kau ade senjata tak ?"
"Er..ranting?" Teragak agak budak perempuan itu mahu jawab. Tangannya yang sedang memegang ranting ditunjuk.
"Haih nevermind! Cepat la, makhluk tu tengah kejar lagi !"
"Jap ,saya penat!"
"Sekarang bukan masa nak penat, nyawa kita dalam bahaya!" marah budak lelaki itu .Budak perempuan itu mengeluh sebelum mempercepatkan lariannya.
"Aduhh,jalan mati!" gumam budak lelaki itu dengan keras.Mereka terperangkap! Didepan mereka terdapat satu jurang yang besar.Dibelakang mereka pula, ternantinya makhluk yang menyerang mereka tadi.
"Kita nak buat ape ni ?" Budak perempuan itu mula menangis.
" Takpe,aku boleh lawan!" ucap budak lelaki itu lalu mengeluarkan kembali katana kecil miliknya.Dia berdiri di hadapan budak perempuan itu. Berjaga jaga menanti makhluk yang menyerang mereka tadi.
"No,mahkluk tu terlalu kuat.Awak tak kan boleh lawan.Jangan menempah maut boleh tak ?" marah si budak perempuan.
"Aku tak kisah.Aku akan lawan jugak.Aku akan protect kau!" Ucap si budak lelaki dengan tegas.Budak perempuan itu terus terkedu.
Bunyi makhluk itu makin kuat kedengaran menandakan dia semakin dekat dengan mereka.
Tiba tiba, budak perempuan itu teringat sesuatu. Rantai istimewa yang diberikan oleh abangnya! Rantai teleportasi! Tapi ade masalah.Hanya seorang sahaja yang boleh guna sebab kuasa rantai itu masih rendah.Dia memandang budak lelaki yang sedang berjaga di hadapannya dengan berat hati.
Hanya ade seorang je yang akan selamat.
Dia atau budak lelaki itu .
"Awak?"
"Nak ape ?"
" Tolong cakap dekat abang yang saya mintak maaf sebab tak dapat balik.."
"Ape kau cakap ni ?Kita berdua akan balik dengan selamat.Aku boleh lawan makhluk ni !"
"Saya mintak maaf sebab selalu susahkan awak sejak awak kenal saya.Saya harap awak tak benci saya dah. Selama ni awak je kan yang asyik selamatkan saya.." Budak perempuan itu mula tergelak kecil.
"Kalini biar saya pulak yang selamatkan awak..."
"Ape ka...."
"Sayonara, Noah!" ucap si budak perempuan lalu membaling rantai tersebut ke arah Noah.
"No,no,noo!" Suara Noah mula menghilang sebelum keadaan mula senyap.Yang kedengaran hanyalah tangisan si budak perempuan.
Dia memandang lama jurang yang berada di hadapannya.Suara erangan makhluk itu semakin kuat namun budak perempuan itu masih tenang.
"Bye,abang..Noah.."
Dan dia mula terjun...
Tbc~
Wiii,buku baru! Hehehe,jangan marah readers.Sis tahu ade 2 lagi buku yang tak habis lagi and sis dah buat buku baru hoho.Tapi keinginan sis membuak buak nak publish this story.Tengok la,dia punya excited pagi pagi buta pergi publish.Lagipon kalini lain sikit .Fantasy story..
Ape pon,kalau rajin,sila la komen,ape korang rasa tentang buku nii.kalau x best ,sis unpublish balik.Ni nak test test je.
Kalau best ,sila vote! Okeh tataa...
YOU ARE READING
5 Wishes [Malay]
Fantasy💮5 wishes❄ You only can make 5 wishes.But only one wish will become true. Make your wish now... [A love story between a blue flames Prince and his first love] Starts:17/03/23 End:Seribu tahun akan datang. Pesanan penaja: Cerita ini adalah 200%, i...