Hari ini sudah 4 hari Qaisara di kampung. Qaisara berasa tenang dan gembira kerana dapat melupakan benda yang tidak patut di ingat semula.
"Saraa bangunnnn" kata Amelia.
Qaisara pun terbangun dan mengeliat.
"Jam berapa dah?" Tanya Qaisara dengan suara yang masih lemah.
"Jam 8:20" kata Amelia.
Qaisara bangun dan menggosok matanya.
"Kita nak buat ape awal pagi ni?" Tanya Qaisara.
"Jalan jalan keliling kampung" jawab Amelia.
Qaisara cuma mengangguk dan bangun lalu mengapai tualanya.
"Aku tunggu kau kat luar yeee" kata Amelia lalu keluar dari bilik.
Qaisara pun masuk ke kamar mandi.
Beberapa minit kemudian, Qaisara keluar dari kamar mandi dengan wajah yang segar.
Qaisara bersiap siap di depan cermin.
'Aku rindu Aiman' kata hati Qaisara.
"Ehh ape aku fikirkan nii. Aishhh" kata Qaisara seorang diri.
Selepas sahaja Qaisara siap, dia pun keluar dari bilik dan pergi ke dapur.
"Ehh ade Mak Suu" tegur Qaisara bila melihat adik kepada Papanya ada di rumah itu.
"Hehehe. Mak Su dengar kamu ade kat sini. Kenape tak pergi rumah Mak Su?" Tanya Mak Su.
"Saje. Tak nak Mak Su cubit pipi Saraa" jawab Qaisara bergurau.
"Ish kamu ni. Mak Su rindu kamu tahuu. Amelia ni pun tak bagitahu Mak Su" kata Mak Su.
"Awal pagi ni nak pergi mana?" Tanya Tok Ma pula bila melihat anak dan cucunya berkumpul di dapur.
"Kita dua orang nak jalan jalan kampung. Pinjam motor ye Tok Ma" izin Amelia.
"Yela. Hati hati" balas Tok Ma.
Selesai sahaja mereka sarapan, Amelia dan Qaisara pun jalan keliling kampung dengan menaiki motor Tok Bah.
"Wahhh. Lama dah Sara tak tengok pekan kat siniii" teruja Qaisara.
"Kau sejak bila pandai bawa motor ni?" Tanya Qaisara kepada Amelia
"Sejak aku tingkatan 3. Kau tu ah tak pandai balik balik." Jawab Amelia.
"Bukan tak pandai nak balik balik. Mama dengan Papa aku sibuk, macam mana aku nak balik" kata Qaisara.
"Uishh.. ade sambutan ke kat sinii? Tu ade orang pasang tanglong?" Tunjuk Qaisara sambil melihat orang memasang tanglong.
"Yee. Sambutan tahun baru cina. Hari berape ehh tak silap akuu. Hari sabtu ni" kata Amelia.
"Wahh bestnya. Kita pergi yee" ajak Qaisara.
"Mestilah kita pergi. Ade funfair tahu jugaa" kata Amelia.
Qaisara menjadi lebih teruja.
Selama 2 jam mereka berjalan jalan keliling kampung, akhirnya mereka balik juga.
"Kereta siape tu? Mama papa kau ke?" Tanya Amelia yang baru ingin masuk selekoh tetapi nampak sebuah kereta di depan rumah Tok Ma.
"Eh tak lah. Mama Papa aku takde kereta macam tu" hairan Qaisara.
Amelia mematikan enjin motorsikal.
Mereka berdua naik ke atas kerana tertanya tanya siapa yang datang.
YOU ARE READING
Aku Jatuh Cinta Lagi..
Short StoryMengisahkan tentang seorang remaja perempuan yang berumur 17 tahun iaitu Aliya Qaisara. Dia pernah bercinta dengan seorang remaja lelaki yang seumurnya dengannya pada 1 tahun lalu iaitu Amirul Amizan. Mereka berpisah kerana Amirul Amizan menghilang...