🐼195

25 6 0
                                    

JANGAN TERHEGEH-HEGEH UNTUK DISAYANGI

Ramai antara kita, gunakan alasan sayang dan kerap kejar manusia yang sama. Ada juga manusia yang gunakan alasan sudah lama bersama dan terkejar-kejar manusia yang dia suka, kononnya jika dia dikejar, dia akan kembali dan sayang semula. Itu mengarut.

Jika dia sudah tidak mahu kau, sudah tidak kisahkan kau, usahlah kau membuang dan menghentak maruah kau untuk terkejarkan dia. Jika dia betul-betul mahu bersama kau, dia tidak akan biarkan kau terkejarkan dia seperti seorang manusia gila. Sudahlah kau hidup kerna manusia, sudah-sudahlah kau terfikir yang kau tidak boleh hidup tanpa dia.

Hidup kau masih panjang. Jika dia ikhlas, dia akan sama-sama usaha dengan kau dan hubungan itu tidak kelihatan seperti hanya ada satu orang. Hubungan itu sepatutnya berdua, kau kongsi rasa yang sama dan kau tidak akan tergamak biarkan orang yang kau suka, menagih masa dan perhatiannya kau.

Berhenti jadi pokok kelapa, yang hanya monyet panjat ketika mahu dapatkan buahnya.

@pengemiskata✒💬

⋆Quotes Of Daily [Complete✔]Where stories live. Discover now