Haera , seorang gadis polos bersekolah di Dongguk International High School . Satu satunya sekolah terbaik di Korea yang hampir keseluruhan pelajar di sekolahnya berprestasi baik samada dari segi pelajaran mahupun sukan . Rata rata daripada mereka merupakan anak berada . Hanya segelintir pelajar mendapat biasiswa dan antaranya Haera sendiri . Haera sangat disenangi oleh guru guru di sekolah tersebut kerana sikapnya yang berani dan merendah diri .
Namun begitu , setiap yang suka pasti ada duka . Taeyeon , penyumbang dana terbesar di sekolah tersebut mendengki akan Haera kerana Haera mendapat lebih perhatian di sekolah berbanding dirinya sendiri .
Taeyeon menarik tangan Haera dengan kuat . Haera yang sempat mengelak menepis tangan kasar Taeyeon .
“Kau nak apa lagi ?” Kata Haera .
Taeyeon menjeling mata kucing birunya ke arah Haera . Anak orang berada seperti Taeyeon tentu saja dipatuhi arahannya oleh sesiapapun pelajar di situ . Setakat mata biru kucing yang dibelinya tidak seberapa baginya walaupun harga mata itu separuh harga rumah sewa Haera .
“Kau jangan berani nak kurang ajar dengan aku . Lap kasut aku sekarang lah” Kata Taeyeon sambil menolak badan Haera ke lantai .
Haera jatuh ke lantai . Perlahan lahan , dia menggerakkan sapu tangan miliknya di tangannya ke arah kasut Taeyeon . Haera merenung kasut Taeyeon seketika .
“Takkanlah ,,, aku nak terus jadi macam ni” Bisik hati kecil Haera .
Haera meludah ke arah kasut Taeyeon menandakan kesabarannya dibuli oleh Taeyeon sudah habis . Dia perlu membela dirinya . Taeyeon menampar Haera kerana perbuatan Haera . Haera menolak Taeyeon sebelum menamparnya kembali tetapi En.Lim telah datang dan menghentikan pergaduhan mereka berdua . Taeyeon segera mengubah riak wajahnya .
“Ouch . Sakitnya . Sampai hati awak buat saya macam ni Haera . Apa salah saya ?” Taeyeon mula mengeluarkan air mata palsunya .
Haera mengerutkan dahinya . Dia ingin mengeluarkan kata kata yang mampu membela dirinya namun En.Lim terdahulu memotong kata katanya .
“Saya jumpa dompet ni dalam beg sekolah awak . Tak sangka saya , awak seorang pencuri . Saya sangkakan awak seorang pelajar yang rajin dan baik .”
“Dompet saya , cikgu” Taeyeon menyergah pergi mendapatkan dompetnya .
“Kim Haera . Ikut saya ke bilik tahanan” En.Lim terus menarik tangan Haera menuju ke bilik tahanan .
“Dia tipu , cikgu . Percayalah cakap saya . Saya tak mencuri pun cikgu . Tolonglah , saya tak nak ada dalam bilik tahan tu . Ramai budak jahat . Saya tak nak cikgu , tolong lah . Tolonglah .”
Walau sekuat mana pun Haera merayu kepada En.Lim tetap diendahkannya . En. Lim terus menarik Haera lalu meletakkanya di sebelah Leo .
“Awak duduk situ sampai saya datang. Jangan berani nak lari !” Kata En.Lim dengan kuat .
Haera menendang mejanya sehinggakan pelajar nakal yang lain dalam bilik tahanan memandangnya . Namun , Haera tidak mempedulikan pandangan mereka . Haera berpeluk tubuh .
“Argh! Tak guna punya Taeyeon . Untung kau ramai geng , kalau tak dah lama aku tenyeh tenyeh kau . Ishhh!” Kata Haera dengan geram .
Leo terbangun dari tidurnya . Dia memandang seorang wanita polos yang sedang diapi kemarahan di sebelahnya . Leo menghela nafas .
“Wey pompuan! Kalau nak marah pun jangan marah kat sini . Pergi marah kat orang tu . Faham tak sakai ?” Kata Leo sambil menegakkan lehernya.
Hara bertelinga panas apabila mendengar kata kata Leo . Haera memalingkan mukanya ke arah Leo . Dia menunjukkan pandangan tajam yang mampu menusuk ke jantung Leo .
YOU ARE READING
Beautiful Love Affair
FanfictionLeo , seorang k-idol yang sangat dikenali ramai namun di sisi lain di sekolah dia seorang pelajar sekolah yang sangat agresif dan tidak disukai ramai . Tiada sesiapa pun yang tahu tentang dirinya di luar kerana sikapnya yang sangat menjengkalkan di...