Jam menunjukkan 12 malam , Haera baru pulang . Haera membuka pintu dan berjalan menuju ke ruang tamu .
“Chorong , siapa datang rumah kita sampai lewat malam ni ha?” Teriak Haera dari depan pintu sambil meletakkan kasutnya di rak kasut .
“Aku” Leo terus berdiri ketika Haera sampai di ruang tamu .
Chorong terjaga dari tidurnya . Dia terus berlari mendekati kakaknya .
“Unnie , kawan unnie datang . Nama dia Leo , macam Leo yang ..”
Haera terus memotong kata kata Chorong .
“Masuk dalam sekarang. Pergi tidur . Esok lambat pergi sekolah pulak”
Chorong bermasam muka lalu masuk ke dalam bilik tidurnya. Haera masih tidak mengalihkan pandangannya dari Leo . Leo menggosok gosok leher belakangnya .
“Tengoklah siapa yang datang , Jung Leo Min atau Leo VIXX ekh ?”
“Haera,, kau kena dengar dulu penjelasan aku”
“Sejak bila kau jenis yang suka menjelaskan sesuatu ? Eh lupa , orang yang aku jumpa sekarang ni Jung Leo Min . Aku ingatkan Leo VIXX”
“Boleh tak kalau kau bagi aku peluang untuk bercakap ?” Leo mula meninggikan suaranya .
“Kau jangan bising boleh tak ? Adik aku tengah tidur . Kau cakap kau tak kenal Leo pun . Kau cakap kau ,,”
Haera mendiamkan diri . Dia tidak ingin menyambung kata katanya lagi .
Leo menghela nafas . Dia terus mengambil kotnya dan keluar dari rumah sewa Haera .Leo memandu keretanya dengan laju ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya .
“Kenapa aku care pasal dia ? Kenapa aku sanggup tunggu dia balik rumah ? Sedangkan aku tau dia takkan maafkan aku . Kenapa aku degil sangat dengar cakap hati aku ni ? Tak guna . Kenapa hati aku dah mula mengawal pergerakan aku ? Aku ni dah gila ke ?”
Leo memberhentikan keretanya di tengah jalan raya . Dia memandu kereta dan memarkirnya di tepi jalan raya yang sunyi tersebut .Fikiranya tidak habis habis memikirkan tentang Haera .Leo memasang radio supaya hatinya berhenti mengawal otaknya daripada terus berfikir tentang Haera .
“Pasangan yang kian menjadi perbualan hangat , Baekhyun dan Haera dikenal pasti berada di dalam sebuah kereta malam tadi . Mereka,,”
Leo mematikan radio . Fikirannya mula kalut . Dia keliru dengan perasaannya . Semenjak malam itu , Leo dan Haera sudah tidak rapat seperti dulu lagi . Haera sentiasa di samping Baekhyun agar Leo tidak mengganggunya . Haera benar benar sudah masak dengan muka Leo . Dia langsung tidak ingin bercakap dengan Leo meskipun ketika itu dia perlu menyampaikan pesanan oleh pengarah kepada Leo . Haera duduk berehat seketika setelah selesai latihan menari . Mereka akan menyambung latihan selepas 10 minit . Baekhyun duduk di sebelah Haera .
“Penat ?” Tanya Baekhyun .
Haera mengangguk . “Aku pergi mesin air jap . Kau tak nak pesan apa apa ?”
“Belikan aku air sekali . Cepat sikit tau . Nanti aku rindu” Kata Baekhyun sambil mencubit pipi Haera .
Haera agak janggal . Namun dia masih tersenyum . Haera tidak biasa diperlakukan manja seperti itu . Sejak dia berkenalan dengan Baekhyun , Haera mula dirasa seperti disayangi dan dibelai seperti kanak kanak . Haera pun berjalan keluar dari studio menuju ke mesin air di tingkat satu . Tiba tiba , pada waktu yang sama Leo berjalan menuju ke mesin air . Haera segera memasukkan helaian duit ke dalam mesin air namun tidak dapat .
“Ish , macam mana ni ? Dia makin dekat pulak tu . Egh” POV Haera .
Duit Haera jatuh ke bawah . Haera segera mengutipnya namun Leo sudah terlebih dahulu mengambilnya . Leo senyum simpul lalu memasukkan helaian duit ke dalam mesin air tersebut .
YOU ARE READING
Beautiful Love Affair
FanfictionLeo , seorang k-idol yang sangat dikenali ramai namun di sisi lain di sekolah dia seorang pelajar sekolah yang sangat agresif dan tidak disukai ramai . Tiada sesiapa pun yang tahu tentang dirinya di luar kerana sikapnya yang sangat menjengkalkan di...