Kawan Sepermainan Ku (Bab 2)

43.4K 201 25
                                    

Malam itu, bermacam2 yang bemain di fikiran aku ...

Hati aku bercelaru, bermacam2 perasaan bercampur aduk dalam diri ku, entah kenapa ... 

Aku rasa macam ingin tahu ... 

Aku rasa macam ingin jumpa Amir ...

Aku ingin tahu kenapa hati aku berdegup kecang apabila Amir memeluk erat aku, aku tak pernah rasa perasaan macam ni, dan walau pun kami dah berkawan lama aku tak pernah tengok muka amir semerah itu bila dengan aku ...

Aku ingin tanya dia, kenapa muka dia merah ?

Tak pernah aku rasa teringin sangat nak jumpa dia, padahal esok jumpa juga ...

Aku tak paham, apakah perasaan ini, ianya baru buat diri ku ...

Aku pun cuba mencari akal untuk berjumpa Amir ...

Lantas aku bangun dan membawa buku2 kerja sekolah ku yang sebenarnya aku dah siapkan dikelas waktu relief cikgu BI. 

"Ibu... Airel nak pergi umah Amir jap boleh ? Nak tanya pasal kerja sekolah" Tanya aku kepada Ibu

"Kalau rumah Amir tu boleh, tapi kalau ibu dapat tau kau melencong ke lain malam2 ni jaga kau!! , tapi jangan balik lambat sangat, esok sekolah !!" Tegas ibu, seakan memberi amaran

"Baik Bossku" jawab ku, gembira kerana dapat bertemu amir

Di celah buku2 tu aku dah selitkan plaster yang memang sedia ada dalam bilik ku, ye la aku kan olahraga, plaster tu memang kene ada, sebagai persiapan kot2 jatuh waktu berlari

Setibanya aku di rumah amir aku disambut oleh ibu amir, ibu amir menjemput aku naik ke atas dan masuk ke bilik amir, katanya amir sedang membuat kerja sekolah, tapi aku rasa tak mungkin, si pemalas tu suke meniru je.

Aku pun ketuk pintu bilik amir

"Siapa tu ? " Amir betanya

"Aku la" jawab aku

"Jap2 jagan masuk lagi" jawab amir seakan tahu aku yang disebalik pintu itu, setelah beberapa minit baru kedengaran suara "Ha masuk la rel" jemput amir

Aku pun masuk, kemudian duduk di atas katil amir, kelihatan amir hanya berbaju siglet dan memakai boxer, dia ni memang suka tido macam ni ke? tah apa la dibuatnya tadi ?

"Ha, ada apa kau nak jumpa aku malam2 ni rel" tanya amir

"Tah la, aku pun tak tahu nak cakap macam mana, cuma aku rasa macam aku nak sangat jumpa kau" Balas aku 

"Ha ?? kau ni pelik la rel, ahahaha" Balas amir sambil ketawa sedikit

"Oh ye, aku ada bawakan plaster untuk kau, meh aku tengok luka kau" Aku pun membuka plaster yang aku bawa dan mendekati amir

"Ehh kau bawak plaster ? Ala tak payah susah2 luka sikit je ni, aku dah biasa luka macam ni" balas amir

"Alah, biar la aku care sikit pasal kau, lagi pun kan sebab salah aku juga kau luka2 macam ni" Aku pun merapatkan muka aku ke dahi amir dan melihat luka kesan tumbukkan yang diberi oleh cina lahanat tu, kemudian aku tampal pakai plaster

"Ha dah siap" Kata aku sambil tersenyum, bila aku toleh semula pandang muka amir, sekali lagi muka dia merah padam, tapi tidak semerah siang tadi

Tiba2 aku pun jadi malu tah kenapa "e..ehh amir ke...kenapa muka kau merah tu" aku bertanya

"Ma...mana ada la, kau berkhayal kot" cover si amir, "kau tadi kata kau care pasal aku ? serius la" amir tanya sambil malu2

"Mesti la aku care pasal kau amir, sebab kau la kawan aku yang paling aku sayang tau" Jawab aku

"Sayang ?! serius la kau sayang aku ?!" amir bertanya bersungguh2

"ia la kenapa ?" Aku kebingungan

"Aku pun sayangkan kau juga rel" jawab amir , pantas amir merapatkan mukanya ke aku, lalu bibirku disinggahi bibir amir , pada ketika itu aku tak tahu apa yang perlu aku buat, aku seperti tidak melawan, selepas beberapa ketika amir pun melepaskan ciumanya dari bibirku

Aku speechless, aku terus tutup bibir ku, aku sendiri tidak paham apa yang aku rasakan sewaktu itu, adakah aku suka ? adakah aku gembira ? adakah aku terkejut ?

Aku tak mampu padang muka amir di saat itu, aku pun terus berlari keluar dari bilik amir dan balik ke rumah ....

Setelah aku masuk ke bilik aku, aku baring di katil aku, tangan ku masih menutupi bibir ku

Kenapa ? kenapa dia cium aku ? kenapa dia kata dia sayang aku ? Aku kan lelaki ? Bukan ke amir ku ramai peminat perempuan ? kenapa dia tak sayang perempuan yang sah2 sayangkan dia ? kenapa aku ? kenapa aku rasa macam ni ? aku tak faham ? perasaan apa ni ? kenapa aku berdebar ? 

Malam tu aku penuh pertanyaan yang bermain di minda, aku cuba tenangkan diri dengan mendengar lagu2 anime yang aku minat, kemudian dalam keasyikkan melayan lagu aku pun terlena ....

Ini Cerita Ku (Kisah Gay budak sekolah)Where stories live. Discover now