Perlahan-lahan aku membuka mata dan aku terkejut bahawa sekarang aku merasakan tiada seurat benang pun yang menutupi badan aku. Aku bangun dari pembaringan dan toleh ke sisi menampakkan setubuh lelaki yang sedang lena tidur.
Aku tutup mata ingin mengingati apa yang sudah berlaku atas diri aku. Namun gagal, semakin bayangan itu datang semakin kuat rasa sakit di kepala aku. Aku celik mata kembali.
Ya ampun, apa yang aku sudah buat dengan Taehyung?
Aku jenguk sedikit kepala ke arah tepi katil. Seperti yang aku sangka. Baju dan seluar aku yang berselerak di situ aku ambil. Aku merasakan ingin menangis tetapi air mata tidak mahu keluar.
Selesai sahaja aku menyarung pakaian, aku selak selimut yang sejak dari tadi menutupi tubuh aku ke tepi. Aku turun dari katil dan menuju ke tandas.
Cermin di depan aku, aku tatap. Aku tunduk ke bawah dengan mata terpejam. Kali ini aku berusaha mahu mengingat semula.
Aku nampak. Aku ingat. Semalam dia mengajak aku keluar dengan alasan dia bosan berada di rumah. Namun lain tempat diajak lain tempat aku dibawa. Tempat di mana tidak pernah aku jejaki.
***
"Kita nak buat apa dekat sini?" Soal aku padanya. Mata aku tertacap pada kelab di hadapan ini. Melihat suasana di luar sudah pun tidak menyenangkan diri aku apatah lagi apabila berada di dalam.
Dia tersenyum pada aku sebelum menjawab. "Kau tak pernah datang sini, kan? Apa kata kita berseronok dekat sini sahaja?"
Dia cakap seperti aku ini sudah terbiasa datang sini. Berseronok? Keseronokan apa yang dia mahukan?
"Appa saya memang larang diri saya datang ke tempat seperti ini."
"Sekarang ini appa kau ada ke dekat sini? Tak ada, kan? Jadi buat apa kau mahu takut."
"Saya bukan takut tapi saya tidak suka libatkan diri dalam hal seperti ini." Ujar aku, berani menatap matanya.
Dia terdiam untuk seketika sebelum mendengus lembut.
"Please.. Areum. Teman aku, kali ini sahaja." Rayunya sambil mengenggam tangan aku.
Muka dia nampak.. comel apabila bertingkah seperti ini. Macam mana aku tidak terpujuk dengan muka dia seperti itu?
Walaupun sudah lebih setahun kami mengjalinkan hubungan, aku tetap akan tergoda setiap kali dia membuat muka comelnya.
Huh.. patutkah aku mengikuti dirinya?
"Uhm.. baiklah. Tapi sekejap sahaja."
"Tidak akan lama, sayang."
***
Masuk kali ini sudah lima gelas air wine aku habiskan. Pada mulanya tekak aku tidak boleh menerima cecair itu mengalir ke dalamnya tetapi setelah aku mencuba beberapa kali, aku akui yang aku memang menikmatinya. Itu pun selepas kekasih aku menawarkan minuman tersebut.
Dan seperti yang aku jangka, kepala aku mula berasa berat, pening yang amat. Beginikah rasa selepas menikmati air kencing syaitan ini? Macam mana mereka yang setiap hari menghadap minuman ini boleh menahan diri daripada sakit seperti ini? Mungkin mereka sudah terbiasa.
Aku pula, kali pertama.
"Sayang,"
Aku menoleh ke arahnya dengan mata separuh terbuka, maklum diri aku sudah lima puluh peratus dikuasai oleh air wine yang aku minum tadi. Mabuk rasanya.
YOU ARE READING
(OG) Daddy Kim + KTH
FanficGod created you just for me. [A Kim Taehyung Fanfiction] Cover by @onjidesu- [BAEKCORNS GRAPHIC]