15

809 78 26
                                    

Vomment Juseyo

Happy Reading😘😘😘

Pengetua Kwang Soo sedang menaip sesuatu pada laptopnya.. Tiba-tiba dia terdengar bunyi pinggan pecah di dapur.."Siapa tu?!"Teriaknya dari dalam bilik..Sekali lagi dia terdengar bunyi pinggan pecah..

"Siapa pulak yang berani sangat pecahkan pinggan mangkuk aku ni?"Kata pengetua Kwang Soo..Dia berjalan menuju dapur..

"Kalau nak mencuri tu,tak payahlah nak pecah pinggan mangkuk aku..Mahal tu.."Katanya,lalu menekan suis lampu.. Matanya mencari kelibat orang yang memecahkan pinggan nya tadi..

"Kenapa takut? keluar lah kau!!biar aku report kat polis"Katanya sambil membawa kayu besbol di tangannya.. Bersedia untuk memukul mangsanya yang tak berguna tu!!

"Kwang Soo yah~~~"Dia terkejut mendengar ada seseorang yang memanggil namanya dengan nada yang seram.."Siapa tu??Hoi!jangan memain boleh tak?!"Katanya..peluh bercucuran di dahinya..

PRANG!!

Pasu bunga di bilik tamunya pecah..Kwang Soo berlari ke ruang tamu.."Woii!!Kau nak apa?!Kau tau tak barang kat rumah ni semuanya mahal tau?!"

"Kwang Soo ah~~tolong lah aku..aku nak sangat hidup seperti biasa..mayat aku... tolong aku...hiks!"Minhee menangis..Dia nak mayatnya dijumpai dan hidup seperti biasa..

"Kau siapa hah?!Kau jangan kacau aku!!aku tak kenal kau pun!!"Marah Kwang Soo sambil mencampak kayu besbol nya.."Tolong aku...Esok aku nak mayat aku mesti di jumpai...aku dah lelah hidup merempat selama ni.."Kata Min Hee..

"Aku....."

Pada waktu pagi yang indah...

Para pelajar berlari ke tandas asrama.."Weyh!Asal ni?!Korang pergi mana?!"Soal Junho bila semua murid berlari ke arah tandas asrama.."Korang tak tau lagi ke?pengetua ada jumpa mayat kat belakang tandas tu!"Kata pelajar itu lalu lari ke tandas asrama..

Mereka bertiga berpandangan antara satu sama lain.."Kang Min Hee?"Mereka bertiga bergegas ke tempat kejadian..

"Woi!!Tepi!!biar kami yang siasat perkara ni!"Kata Eunsang lalu menolak semua orang yang ada di situ.."Min Hee....hiks!!Min Hee..jangan tinggalkan kitorang..kami merayu"Junho menangis sambil menatap mayat Minhee yang dah tinggal tulang itu..

Dan yang paling pelik,ada satu lagi mayat yang dijumpai..Siapa tu?

"Korang cakap hanya mayat Min Hee je ada kat sini..Tapi kami menjumpai seorang lagi mayat..Dan kami percayai mayat yang satu itu adalah perempuan.."Kata seorang pegawai polis..

"Saya tak tau..'Dia'tak pernah beritahu saya tentang tu.."Kata Junho sambil menangis.. Tiba-tiba So Hyun rebah dan tak sedarkan diri.."So Hyun!!Bangun So Hyun!!"Kata Seung Youn sambil menggoncang badan So Hyun..

"Cikgu!So Hyun pengsan!"Seung Youn segera memapah So Hyun dan dimasukkan ke dalam kereta Pengetua Kwang Soo untuk dikejarkan ke hospital..



"Min Hee,kamu jangan lupa kami ya.. Walaupun kau tu hantu,tapi kaulah sahabat terbaik kami.."Kata Junho lalu memeluk tubuh Minhee..

"Yah!!Mana boleh aku ingat korang..aku dah takde lagi lah...aku akan lupakan semua kenangan kita..korang,masa ujian tu jangan meniru tau..aku selalu tengok korang time ujian selalu je meniru..Tak baik macam tu."Nasihat Minhee sambil tersenyum paksa.

Lama-kelamaan bayangan Minhee semakin menghilang.."Minhee yah~jaga diri kau baik-baik..Jangan nakal kat sana tau!!Kami bertiga sentiasa ingatkan kau!!"Jerit Seung Youn bila bayangan Min Hee semakin menghilang..

"Minhee,kami janji kami tidak meniru lagi dalam ujian..Kami mencintaimu Kang Min Hee.."Dan.. bayangan Min Hee pun lenyap..

"Minhee yah!!Kembali lagi ke sini!!Jom kita main sama-sama.. Kembalilah Min Hee!!"Tangis Eunsang..Junho dan Seung Youn mengusap belakang Eunsang sambil menangis..

Di hospital..

"Doktor,macam mana keadaan dia?"Soal Pengetua Kwang Soo,dia pergi ke sana ditemani oleh Cikgu Hyeop..

Doktor itu mengeluh berat dan memicit batang hidungnya.."Kami dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan dia tapi....Hhmm...Tuhan lebih sayangkan dia.."Kata doktor itu berlalu pergi..

Cikgu Hyeop merasakan kakinya lemah dan terduduk di situ.. Lidahnya kelu untuk berkata-kata..Air mata tak terasa jatuh membasahi pipi.. Begitu juga dengan Cikgu Kwang Soo..

"Junho yah..aku pergi bersama So Hyun..ada sesuatu yang ingin aku katakan kepada kamu..Mayat perempuan yang kamu jumpa itu adalah So Hyun..Dia sudah meninggal sejak 50 tahun yang lalu tapi,dia tidak tahu yang dia telah meninggal..

Maafkan aku juga kerana telah membawa So Hyun bersamaku..Kami saling mencintai..Dan.. tolong doakan kebahagiaan kami..Dan lagi satu,kamu semua tidak akan pernah ingatkan aku lagi begitu juga dengan So Hyun..

Bila kamu buka mata,segalanya akan berubah,kamu tidak ingat siapa Min Hee mahupun So Hyun dan kamu juga tidak ingat apa yang terjadi sebelum ini..."

Semua pelajar menjalankan pelajaran seperti biasa.."Kenapa hati aku terasa kosong ya?"Soal Eunsang sambil mencari hpnya di dalam beg.."Mana aku tau..aku hanya biasa saja.."Kata Junho sambil bermain game di hp.. Seung Youn pula sibuk menulis lagu sambil bermain gitar.. Katanya,dia ingin menjadi penyanyi suatu hari nanti..

😭😭😭Apakah yang aku tulis ni??merepek betul lah..Huhu...ff kali ni pendek sangat..Rasa tak puas hati..tapi tu lah,idea dah mati sangat..😔😔

Tamat....

[C]Oh My Ghost!!Where stories live. Discover now