Part 2

30.9K 61 1
                                    

Suasana yang indah ditenung oleh shila yang baru sahaja bangun dari mimpi indahnya itu,mambuatkan dirinya tersenyum dengan kecantikan yang dicipta oleh-NYA. Shila terdengar jeritan dari bawah yang sedang memanggil namanya, tak lain tak bukan siapa lagi kalau bukan orang yang paling dia sayang. "Shila tak bangun lagi ke,matahari dah bertenggek atas kepala dah ni" jerit puan suriya. "Iya ma shila dah lama bangun dah, kejap lagi shila turun ye" jawab shila. Shila terus mengambil tuala dan terus mandi takut mamanya akan bising lagi pada pagi- pagi ni.

Sesudah mandi shila turun ke bawah untuk sarapan dengan mama kesayangnya. "Assalamualikum mama, selamat pagi" kata lembut itu diberi kepada mamanya sambil memeluk dari belakang. "Walaikumsalam, selamat pagi, hishh anak dara ni asik bangun lambat je apa nak jadi ni" sedikit teguran manja dari puan suriya. "Hehe jangan marah mama" jawab shila dengan membuat muka manjanya. "Dah-dah makan cepat dah sejuk makanan tu" kata puan suriya. Sambil menjamah makanan Shila ingin memintak izin pada mamanya untuk mencari kerja dalam fikirannya shila tidak mahu lagi menyusahkan mama. "Mama shila rasa shila patut cari kerjalah ma, shila dah tak nak susahkan mama lagi, boleh mama?". Tanya shila kepada mamanya. "Shila nak cari kerja dekat mana,mama suruh kerja dengan mama tak nak" jawab puan suriya sambil memandang muka anaknya itu. "Bukan shila tak nak ma cuma shila nak cari pengalaman" jawab shila. Puan shila mampu tersenyum dan ikutkan saja apa yang anaknya mahu.Sesudah sarapan shila naik ke atas dan terus baring ke atas katilnya sambil bermain telefon.

Pada pukul 11 pagi shila bersiap-siap untuk mencari kerja. "Haihhh aku nak cari kerja kat mane ni umm" katanya di dalam hati. Sesudah saja siap semuanya shila turun ke bawah untuk berjumpa mamanya. "Mama shila pergi cari kerja dulu ya,mama doakan shila dapat kerja ya" kata shila. "Iyalah sayang jaga diri tu" jawab puan suriya.

"Hai assalamualikum" kata shila kepada seorang perempuan cantik,rambut panjang itu. "Waalaikumsalam iya boleh saya bantu awak" jawab ika. "Boleh saya tanya disini ada kerja kosong tak kak?" Tanya shila "ohh memang ada,awak nak mintak kerja ya, boleh awak isi borang ni dulu nanti dah lengkap awak bagi saya ya" kata ika. "Baiklah terima kasih" jawab shila. Beberapa minit kemudian, shila sudah isi borang tersebut dan diberi pada perempuan itu. Kemudian shila meminta diri untuk pulang.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, shila berjalan sambil main telefonnya dan tanpa sengaja terlanggar seorang lelaki sehinggalah shila terjatuh di hadapan lelaki itu. Shila memandang ke atas untuk melihat siapa orang yang melanggarnya sehingga jatuh. "Sorry awak, awak tak apa-apa" kata lelaki itu sambil menghulurkan tangannya. Shila yang dalam keadaan marah itu terus bangun berhadapan lelaki itu sambil berkata " awak ni tak ada mata ke langgar-langgar orang haa?. "Ehh sorry sepatutnya awak yang kene mintak maaf pada saya, iyalah main fon tak tengok orang, ini salah saya ke?" jawab lelaki itu dengan muka berlagak. Shila yang kelihatan malu itu terus mintak maaf pada lelaki itu dan terus pergi. Dia tahu dia yang salah sebab main fon tak pandang orang. "Haihhh malunya aku" katanya didalam hati.

Sampai saja dirumah dia ingat kembali pada lelaki yang ingin menolongnya tadi.shila berasa bersalah kepada lelaki itu. "Hensem jugak laki tadi dahlah putih,tinggi,kacak haihh comelnya, umm sorry awak ". Kata shila sambil tersenyum memeluk bantal busuknya. Lama kelamaan shila pun tertidur.

Cinta atau nafsuWhere stories live. Discover now