Bab 01 : 1
“KAT!!!"
Suara itu bergema dan mengasak lubang telinga di daerah parkir yang sepi sunyi. Wajah pagi masih malu-malu menyapa. Kepala tak automatik menoleh macam biasa kalau dengar orang seru nama aku. Untuk yang ni, aku tak perlu buat macam tu. Tak perlu nak terkejut atau terperanjat. Tahu sangat dah gerangan makhluk yang seru nama aku. Tak kuasa nak pusing.
Aku tolak pintu dan tekan punat kereta. Tangan kuak pipi tas tangan yang dijinjit. Kunci kereta kuhumban ke dalam perutnya yang separuh ternganga. Kaki bersarung stiletto Tough Girl lima inci terus berjalan ke arah lif parkir di depan. Hening suasana pagi menyambar kawasan sekeliling parkir yang agak lengang sebab masih awal pagi. Kaki terus laju melangkah. Aku kena segera sampai ke pejabat. Ada masalah server yang perlu ditangani segera seperti yang diberitahu John menerusi pesanan WhatsApp awal pagi tadi. Minggu ini memang aku bertugas memantau di bilik server.
"KitKat!"
Suara tone speaker dia bergema lagi dalam daerah parkir yang masih bisu. Bunyi ketak ketuk stiletto dia makin jelas dan mendekat. Aku terus buat-buat tak dengar. Dia satu-satunya makhluk dalam dunia ni yang sesuka jiwa aje panggil namaku ikut sedap bibir tebal dia yang ber-tagline pink is super sexy. Nasib baik dia kawan baikku. Kalau tidak, harus dia makan terajang stiletto 5 inci aku ni.
“KatBeri!!!"
Aku hempas nafas sambil geleng kepala. Dia jugalah makhluk yang paling berani menggabungkan namaku dengan benda yang aku paling alergi dalam dunia ni. Alasan dia, berries are good for your health, Kat. In returns, you got bright and beautiful eyes. Tak dapat mata cantik pun tak apalah. Cukup tengok mata cantik orang lain okey apa. Huh, I hate berries!
"KatBeri KitKat!!!"
Aku tutup sebelah cuping dengan tapak tangan kanan. Berdesing telinga. Kepala toleh ke sebelah. Mata bola pingpong dia singgah ke muka. Mesti bengang la tu bila tengok aku tutup telinga. Entah bila dia dah terpacak di sebelah. Aku langsung tak sedar. Ada bela saka apa dia ni? Aku lempar muka selamba, buat tak tahu dan terus jalan. Dia tayang riak balas tak puas hati tapi tetap ikut berjalan seiringan dengan aku.
"Eh...kau ni kan Kat memanglah sengaja ek. Aku panggil, kau buat derk aje. Suara aku yang punya merdu ni kau tak dengar ke, Kat?” Merdu? Aku kerling dia sedas.
“Merdu kejadahnya Dell kalau dah macam zink kena potong aje bunyinya suara kau tu. Ni...” Aku hala telunjuk ke cuping. “Nasib tak putus saraf telinga aku.” Mata pingpong dia sudah jadi mata ikan keli. Mengecil tapi tajam.
“Sedapnya kau kutuk suara aku.”
“Tu bukan kutuk. Tu kenyataan. Sila terima kenyataan yang suara kau kurang sedap berbanding suara aku.” Dia lempar jeling tak puas hati. Aku tayang cebik. Seronok mengusik dia. Kaki kami terus berjalan.
“Teruk la kau ni. Tak baik tau buat macam ni sesama manusia. Lagi-lagi aku ni kawan baik kau. Tak menyahut aku panggil satu hal. Kutuk pulak tu suara aku yang lemak-lemak manis ni tak sedap. Aniaya kawan namanya tu. Berdosa tau tak?" Mulut dia kembali membebel.
Aku rasa Dell ni kalau sehari tak membebel, boleh demam denggi agaknya. Tak pun, boleh tumbuh bisul kat mulut kalau tak membebel. Cebik minta simpati dia tertayang di muka. Amende la dia ni. Pepagi dah buat drama. Langkah kami menghala ke arah lif.
"Tu bukan panggil. Tu jerit, laung, pekik dan lain-lain yang sama makna dengannya. Faham, Cik Dalima?" Aku smash jeling. Haa. Itu nama betul dia. Dalima binti Dahari. Dell tu nama saintifik dia…hahahaha. Jari telunjuk aku hala ke telinga semula.
YOU ARE READING
Ketika Cinta Berbisik Kembali
General FictionTajuk : Ketika Cinta Berbisik Kembali Penulis : April Snow