PROLOG •Projek Hybrid

144 20 2
                                    






Hujan renyai tidak berhenti membasahi bumi,melencekkan lantai hutan pada malam itu.Langit yang mendung,menggelapkan lagi suasana di hutan tersebut.Tetapi,dalam kegelapan malam itu juga,terdapat bangunan megah yang disinari oleh cahaya daripada dalam,lumut hijau juga jelas kelihatan di mana-mana sudut bangunan tersebut.

Namun,dalam suasana ketenagan malam itu,berlaku kekecohan di dalam bangunan tersebut.

"Hidupkan mesin satu!Jangan biarkan projek 155 mati!"Teriak seorang lelaki berkaca mata bulat dengan jubah labuh putih,dahinya tidak berhenti mengeluarkan keringat.Berlari dari satu sudut ke satu sudut,menyambar kertas yang bertimbun dan bergerak ke pelbagai jenis mesin nyawa,semata-mata untuk menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak yang berada di dalam balang silinder di suatu sudut makmal tersebut.

"Apa kau buat!Hidupkan mesin Silefcrom sekarang!"Seorang lagi lelaki berkulit sedikit gelap menjerit ke arah beberapa orang pelatih yang sedang berkejar-kejar,tangannya juga penuh dengan dokumen,giginya pula telah menggigit pemutar skru yang ketika itu digunakan untuk membaiki mesin yang mengeluarkan asap.

"Abraham!"Seorang lagi lelaki yang turut berjubah labuh putih bergegas ke arah lelaki yang sedang membaiki mesin tersebut."Apa yang sudah berlaku?Mesin hibernasi tak dapat nak berhubung dengan jasad 155!?"

"Boleh tak kau diam!"Tengking lelaki yang bernama Abraham itu tanpa mengalihkan pandangannya daripada wayar mesin yang sedang dibaikinya."Dan bersedia untuk ke fasa dua jika ukuran nyawa dia tak meningkat juga!"

"Tapi,jika fasa dua.....projek tu..."Lelaki itu seperti hendak membantah.

"Kau ingat aku peduli?!Sekarang pergi buat apa yang patut!"Kata Abraham yang telah kehilangan toleransinya pada ketika itu.

"B-baik tuan!"

"Abraham!Degupan jantung projek semakin menurun!"Teriak lelaki berkaca mata tersebut.

Namun,tidak lama kemudian,balang yang menetapkan seorang kanak-kanak di dalamnya,tiba-tiba,berderai pecah,mengakibatkan jasad kanak-kanak itu jatuh tersungkur dengan berlumuran darah.

Melihatkan keadaan tersebut,lelaki berkaca mata itu,membuka cermin matanya sebelum meraup wajahnya yang kelihatan kecewa,manakala Abraham telah lama melutut sambil menggepalkan penumbuknya.Raungan kekecewaan jelas kedengaran,memenuhi ruang makmal tersebut ketika jasad kanak-kanak itu diangkat keluar daripada makmal.

"Abra—"

Belum sempat lelaki berkaca mata itu hendak menegur,Abraham terlebih dahulu bangun sebelum merenyukkan kertas di gengamannya,timbunan-timbunan dokumen yang berselerak di atas meja habis dihumbannya sehingga jatuh ke atas lantai,emosi kekecewaan dan amarah jelas kelihatan di wajahnya.

"KENAPA?!"Tengking Abraham ketika dia menghumbankan satu lagi timbunan dokumen di atas meja."Kenapa tiada satu pun projek Hybrid yang berjaya!Selama bertahun-tahun kita berusaha!Tiada satu,tiada satu pun yang berjaya!"

"Abraham,"Kelvin,lelaki berkaca mata itu,cuba untuk menegur buat kali kedua tetapi dengan wajah yang sayu tetapi terdiam dan kaku apabila mendengar bunyi derapan tapak kaki yang menuju pantas ke arahnya.

Bukan sekadar dirinya yang terpaku,begitu juga dengan Abraham yang berpaling ke arah pintu masuk ke makmal tersebut,pintu kayu oak,terbuka kasar,menyerlah seorang lelaki muda berjubah putih,tercungap-cungap di hadapan pintu.

"Pro-profesor...."Dia termengah-mengah menarik nafas,terbongkok-bongkok memegang lutut ketika dia berada di hadapan Abraham dan Kelvin yang masing-masing memandang ke arahnya dengan penuh kebingungan.

"Spit it out,Merlin,"Kelvin yang jelik menunggu,menyuarakan arahannya,membuatkan pemuda lelaki itu,berdiri tegak dengan wajah yang tegang.

"Project Hybrid,23050,"ungkapnya yang membuatkan Kelvin dan Abraham bertukar pandangan,"Menunjukkan ciri-ciri kesedaran....."

HYBRID PROJECTWhere stories live. Discover now